Ahad, 26 Februari 2017

Bazaar Amal Sebaran Kasih

Assalamualaikum warah matullah.

Lama saya tak update blog kan? saya ada banyak perkara nak kongsi selama saya menghilangkan diri. Saya lebih banyak fokus pada kerja-kerja amal yang dianjurkan oleh sebuah NGO yang terkenal dan dipercayai iaitu Amal Team JB. Selama ini kebanyakan kerja-kerja amal saya lakukan secara sendiri serta dibantu oleh rakan-rakan saya tapi Allah telah menetapkan saya bertemu dengan orang-orang yang berhati mulia dan mempunyai tujuan murni kerana Allah.

Antara program yang saya telah ikuti, yang paling best tentulah Bazaar Amal Sebaran Kasih. Daripada hanya hadir sebagai penyumbang peribadi (ingat tak Feb yang lepas sy berpeluang memberikan sendiri barangan alat tulis pd pengunjung di SK Kangka Tebrau) dan Februari kali ini saya berada di SK Kangkar Pulai 2 pula. Cepat benar masa berlalu kan? byk ranjau yg kami lalui tp itu tak mematahkan semangat kami utk berbakti kepada masyarakat.

Saya selalu pegang prinsip ni, kalau niat kita ikhlas kerana Allah, semua cabaran dan dugaan yang Allah bagi pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Kita hanya perlu sabar sedikit sahaja lagi yang adakalanya kita rasa waktu tu dah sangat-sangat hampir putus asa. Ada yang macam tu? pasti ada kan? sekiranya mcm tu, kena relaks kan diri dan berserah segalanya pada Allah. Allah lah sebaik2 tempat kita mengadu dan Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita.

Saya bersyukur sebab dikurniakan rakan-rakan yang baik dan saling memberikan sokongan tak kira di waktu saya susah atau senang. Alhamdulillah. Kerja-kerja amal saya juga tidak terhenti dengan badan NGO ini sahaja. Ada juga program amal lain yang saya join sebab orang macam saya ni kalau tak buat kerja-kerja amal dalam sebulan tu macam makan nasi tak de lauk..hehehe..tp saya bukan orang yang gilakan publisiti atau inginkan apa-apa tp apa yang berlaku kebanyakannya hadir secara kebetulan dan ketentuan dari Allah.

Ok. kita berhenti dulu. kita enjoy gambar pula ye. maaf. tak byk gambar tp sekurang-kurangnya anda boleh dapat gambaran aktiviti yang telah saya sertai.



Rabu, 4 Mei 2016

Obesiti dan saya...






Assalamualaikum,

Sewaktu saya kecil2 dahulu, sekitar sekolah rendah berat badan saya tak pernah naik malah seringkali sakit sebab tak sarapan. Bukan ibu saya tak sediakan tapi diri sendiri yang tak suka makan. Kalau diberi duit poket pun saya akan simpan dan simpan untuk membeli barangan yang dihajati. Saya tahu kalau saya minta sesuatu barangan dari ibu dan ayah pun, belum tentu mereka akan tunaikan. Waktu tu kami susah, jadi sangat berjimat cermat. Saya pula dah terbiasa tidak makan, jadi setakat berpuasa tu tidak menjadi masalah setiap hari.

Perubahan bermula bila saya mendirikan rumah tangga dan mendapat cahaya mata sulung. Berat badan saya naik mencanak-canak sehinggakan ramai yang tidak mengenali saya. Belum sempat kurus, dah dapat anak lain pula. Saya rasa terhiris bila ramai rakan-rakan yang mengata dan memberikan gelaran yang sakit telinga membaca atau mendengarnya. Saya dah cuba pelbagai produk makanan kurus,  cuba gak bersenam di sini sana. Turunlah sekilo dua, adakalanya 3 kilo tapi bila penyakit malas datang, ia akan kembali ke bentuk asal.

Saya cuba mencari satu resepi yang boleh saya ikuti yang bersesuaian dengan keadaan diri saya agar hasilnya nanti berjaya. Saya cuba berjogging bersama kawan-kawan. Bersenam sendirian tp tetap tak puas hati. Ada juga rakan yang telah berjaya menguruskan berat badan dengan jayanya telah menyindir saya dan bila saya tanya pendapat ikhlasnya bagaimana tips nak kuruskan berat badan, dia tak mahu berkongsi sebab biasanya dia cas setiap pelanggannya bersama produk yang digunakan. Ok fine, itu orang yang ada duit tapi kalau yang baru nak hidup macam saya, rasanya tidak berbaloi sebab kalau dia ikhlas nak membantu rakan pasti dia boleh aje bagi tips tu kan? berkongsi ilmu tak menjadikan kita miskin malah pahalanya berganda-ganda. Akhirnya, saya temui seseorang yang ikhlas membantu saya semasa saya menyertai geng zumba di sekolah anak saya.

Kali pertama saya join, saya dah kelelahan. Berat betul badan ni. Saya tanya coach saya, boleh ke saya kurus? dia dengan yakin cakap boleh. Saya bertanya lagi, betul ke coach? boleh ke kurus? saya punya indeks BMI tinggi. Dia cakap memang boleh tapi ambil masa tp kalau saya konsisten ikut apa yang dia cadangkan, mesti boleh. Dia tak kenakan sesen pun untuk bagi tips dan panduan malah dia gembira sekiranya kami kata kami sedang cuba dan tak akan putus asa. Hasilnya dalam tempoh sebulan setengah saya dah kehilangan 4kg. Bukan sesuatu yang mudah tapi saya akan terus istiqomah utk mendapatkan berat badan ideal. Bukan untuk cantik tetapi untuk kesihatan diri. 

Walaupun masih jauh lagi utk capai indeks BMI yang ideal, tp saya yakin boleh. Bagi mereka yang ingin cuba untuk menurunkan berat badan mungkin boleh cuba tips ni :

i) Pantang pertama adalah jangan ambil semua jenis makanan/minuman bergula. Hanya air masak 3 liter sehari. Kalau tekak loya minum air masak terlalu banyak sampai rasa mcm air masak tu letak gula pula, boleh jadikan air masak tu air detox dgn mencampurkan dgn lemon yang dihiris atau timun.

ii) Kurangkan pengambilan nasi. Ada orang terus tak sentuh nasi sbb karbohidrat dlm nasi mengandungi gula yang menyumbang kepada obesiti. Saya kurangkan dari 2 senduk besar nasi kepada 1/4 senduk nasi. Memang sedikit tp lama2 nnti dah terbiasa

iii) No more kudapan seperti jajan, makanan diproses, biskut atau kuih muih Melayu yang sangat tinggi kandungan gula, lemak dan karbohidratnya. Kalau nak juga, snek ringan spt buah buahan tertentu seperti epal hijau, tembikai atau kekacangan. 

iv) Senaman yang konsisten. Jangan ikut org. Setiap orang stamina permulaan tak sama. Jangan paksa diri. Jika kita tak boleh, jangan paksa sangat. Mungkin boleh mulakan dgn aktiviti berjalan santai dan teruskan. Kemudian boleh tukar kepada jogging dan aerobik atau senaman ringan lain. Yang penting mesti konsisten. Ini utk membakar lemak2 tepu yang bertahun kita simpan.

v) Saya juga boleh makan apa saja saya suka tp dlm kuantiti yang sedikit dan hanya sekali dalam seminggu. Seperti orang lain juga. Sy juga ada cheating day. Hari tu sy akan mkn atau minum apa saja yang saya suka tp dlm kuantiti yg sedikit. Contoh : sy akan makan coklat 1/2 keping yg sy potong kecil kecil dan dimakan bersama kacang atau buah buahan utk seimbangkan rasa manis dan bilas dgn air masak yang banyak. Kalau teringin nak makan ayam goreng KFC katakanlah, mkn isi sahaja, tak perlulah makan kulit sbb kita pun tahu kandungan minyak dan lemak tepunya kan?

vi) Tanamkan azam untuk sentiasa positif. Tiada jalan pintas untuk kurus jika tidak berusaha. Jangan cepat putus asa sekiranya hanya turun sedikit sahaja. Kalau lemak dah berkumpul bertahun-tahun takkan boleh susut sekelip mata kan? ambil masa juga untuk hilangkannya, jadi harus berusaha dgn lebih gigih.



Isnin, 18 April 2016

Bazaar amal atau free market

Assalamualaikum,

Dah lama tak menulis jadi rasa kekok nak mulakan bicara. Hari ni nak bercerita fasal bazaar amal atau lebih dikenali sebagai free market. Konsep bazaar amal ini lebih kepada sedekah kepada sesiapa sahaja yang hadir pada hari tersebut. Ketepikan penampilan seseorang sebab seperti kata Syed Azmi, kita harus bersangka baik. Ada kemungkinan orang itu pada hari tersebut memang sangat-sangat memerlukan bantuan dalam bentuk makanan atau barangan. Dengan adanya konsep bersedekah seperti ini maka ringanlah sedikit bebanan mereka. Kebanyakan golongan sasaran adalah kawasan bandar yang ramai jumlah asnaf. 

Selama ini saya hanya menjadi penderma dan membaca sahaja cerita mengenainya dan belum terfikir nak turut serta secara peribadi kerana kesibukan tugas dan masa tetapi pada hari Ahad semalam, 21/02/2016 alhamdulillah saya secara peribadi sangat-sangat bersyukur dapat juga sama-sama menyumbang tenaga dan masa untuk menghulurkan sumbangan barangan keperluan alat tulis untuk anak-anak asnaf di sekolah SK Kangka Tebrau. Kali terakhir saya ke sana adalah untuk menghulurkan sumbangan baju sekolah anjuran Projek Rakyat JB pada 2014.

Tak perlu cakap banyak, kita layan gambar je dulu ye.




Rabu, 30 September 2015

jerebu

Assalamualaikum.

Musim jerebu datang lagi. Dah macam musim panas atau musim tengkujuh cuma bezanya musim jerebu adalah disebabkan kesan tindakan manusia itu sendiri yang menyebabkan persekitaran yang sihat menjadi sebaliknya.

 Ini adalah gambar pemandangan Legoland dari highway. Tapi jangankan icon Legoland, Hotel dia pun kabur dari pandangan.
 Ini pula sekitar highway ke Sg Danga. Agak kabur yang menyebabkan hampir tersasar dari susur keluar.
 Banyak bangunan pencakar langit hanya nampak kabur-kabur dari pandangan.

Itu semua gambar sekitar di kawasan Nusajaya yang terletak tak sampai 42 min perjalanan atau 30.3km dari Tuas, Singapura. Jadi kalau bacaan IPU mereka tinggi, kami yang berada di situ akan sama kesan penerimaannya. Gambar ini diambil 3 hari lepas. Memang agak tinggi bacaan IPU di Singapura tapi kerajaan Malaysia pula mencatatkan kadar IPU kita masih pada paras yg rendah. Tak pasti samada mesin bacaan rosak atau filter hidung mereka sangat tebal.

Memang betul, hujan lebat ada sesekali turun di Johor Bahru tetapi tidak membantu mengurangkan jerebu seperti tahun sebelum ini malah menambahkan lagi kelam pemandangan semasa memandu. Kalau nak berangan seperti di Cameron Highland atau kat London ke bolehlah lupakan angan-angan tu sebab sebaik sahaja melangkah keluar dari kenderaan atau membuka tingkap pasti akan berasa sesak nafas yang amat kerana jerebu tersebut turut membawa bau asap yang kuat. Bagi mereka yang ada asthma atau penyakit kronik berkaitan paru-paru ni pasti bertambah sesak dibuatnya. Anak saya yang bongsu dah berapa kali kena ambil nab di klinik. Nak suruh dia pakai topeng N95 setiap masa memang tak delah, budak kecik mana suka kan? 

Jerebu di sini juga menyebabkan 2 hari sekolah ditutup tapi kemudian dibuka semula walaupun kadar indeks IPU tidaklah molek bacaannya.

Apa perlu dilakukan sewaktu jerebu? Banyakkan duduk di rumah dan banyakkan minum air?. Kementerian Pendidikan Malaysia suruh cuti duduk rumah pun mak ayah akan tetap bawak anak jalan-jalan. Kalau dalam bangunan tertutup yang ada ventilation tu kira ok lagi tapi banyak juga kalangan kawan-kawan yang pergi bercuti makan angin ke tepi pantai. Selepas balik tu pula, kerana jerebu terus jatuh sakit seperti alahan pada mata, hidung dan kerongkong yang menyebabkan kegatalan di muka, hidung serta batuk, demam serta selsema serta jangkitan paru-paru.

Jadi sekiranya anak anda memang disahkan tak sihat atau anda sendiri rasa tak berapa sihat. Berehatlah saja di rumah dan dapatkan cuti sakit bagi mereka yang bekerja atau bersekolah.




Jumaat, 18 September 2015

koleksi cerita anak beranak

Saya masukkan koleksi perbualan antara saya dan anak-anak untuk rujukan saya di masa hadapan. Sebab, bila mereka dewasa nanti saya akan merindui saat-saat indah tersebut.


Membiak

Suatu hari ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, di dalam kereta terjadilah perbualan menarik antara dua beradik berikut.

Afiq       : Akak, apa itu membiak?

Afiqah   : Hai, membiak pun tak tahu? (abang dah geleng kepala dah ni). Membiak tu maknanya                         beranak lah. Macam ibu kita membiakkan Haziq.

Afiq        : Ooo baru faham.

Sabo je lah budak-budak ni.

Bulan beranak
Pening nk jawab soalan anak2.
Afiqah : ibu.kenapa kita perlu tgk anak bulan baru boleh raya? Bulan tu beranak setahun sekali ker?
Afiq : ibu. Td org tv tu ckp kene tgk anak bulan baru boleh raya. Anak bulan tu kuar pg ker mlm. Kenapa mesti mlm, kenapa tak pg? Kita nk tgk guna apa? Kita mana ada teropong?


Tanam pokok tauge

Cite ibu dan anak. Petang smlm semasa dlm perjalanan pulang. 
Afiq : ibu, esok kan kelas abg ada tanam pokok. Esok kene pakai baju sukan tau.
Ibu : iyer. (dlm ati cakap apa ler cikgu ni bulan pose pun nk wat xtvt luar. Kan panas)
Afiq : utk esok ibu tak yah susah-susah nk belikan barang sbb cikgu dh sediakan. Cikgu dh beli kapas dh
Ibu : tanam pokok guna kapas ( dah berkerut dahi waktu ni tp kemudian aku tergelak besar). Abg tanam pokok tauge yer?
Afiq : yer lah. Susah tau dgn mimik muka berianya.
Ibu : kalo setakat tanam tauge ibupun terror
Afiq : eh tidak. Cikgu lg pandai
Tak koser lah nk argue ngan bujang ni. Beria ia dia pertahankan projek tanam pokok taugenya esok. Hehehe smile emoticon




Selasa, 9 Jun 2015

cerita anak-anak

Assalamualaikum semua,

Sejak beberapa minggu ni memang agak sibuk dengan pelbagai aktiviti yang kebanyakkanya melibatkan sekolah anak sulung. Sejak menempatkan afiqah di sekolah amanah ni, ibunya semakin sibuk dengan aktiviti anjuran sekolah termasuk menjadi ajk itu dan ini. grup wassup utk sekolah ini sahaja pun lebih dari 2. Yang grup utk kelas lain, utk pasukan lain, utk ajak kumpulan sokongan ibu bapa lain. Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada saja aktiviti jadi masa di rumah memang sangat terhad.

Bila saya cakap saya penat dan nak rehat minggu ni, abg ngah seakan merajuk bila dengar ibunya tak dapat hadir menyaksikan hari sukan sekolahnya. Serba salah bila dapat tahu dia terlibat juga. Hendak tak hendak, terpaksa le juga menunjukkan diri pada hari sukan tersebut. Ternyata dia gembira sekali. Abang ngah ni memang manja dan pendiam tapi adakalanya tindak tanduk perangainya sukar diramal. Minggu yang sudah dia humbankan anak kucing ke dalam mesin basuh yang sedang berputar. Alasan dia, kucing tu sangat busuk sebab tak mandi. Dia beranggapan semua benda masuk mesin basuh boleh bersih agaknya. Bulan yang sudah dapat komplen dari kawan sekolah anak katanya abg ngah cucuk dada dia dengan pensil smp luka. Bila tanya mengapa, dia cakap dia tak tahu. Mujur tak de kecederaan serius. Bila tanya guru kelasnya pula, cikgu cakap dia seorang yang pendiam dan jarang kacau orang. Ada kemungkinan, budak tu pernah menganggunya, jadi dia balas dendam bila budak tu tak perasan.

Sy perasan masa berinteraksi dgn anak sangatlah kurang sbb disibukkan dengan kerja di pejabat, balik umah harus kemas umah dari bersepah, memasak, membasuh dsbnya. Adakalanya tertidur tanpa sedar. Sungguh tugas seorang ibu yang bekerja sangat memenatkan. Kalau jadi surirumah lagi le penat sebab tak pernah rehat dari celik mata sampailah pejam mata.

Sy cuba pratikkan teknik Nabi yang sy sering baca tp adakalanya memang sgt payah mengawal emosi dan lidah dari mengeluarkan perkataan yang tidak molek. Sangat stres tau.





Selasa, 20 Januari 2015

Kini yang tinggal hanya kenangan...sayang papa


Terlebih dahulu saya berharap sesiapa yang membaca coretan ini dapat menyedekahkan al Fatihah utk arwah ayahanda saya, Mod Saleh bin Othman yang telah pulang ke rahmatullah pada 15 Januari 2015 yang lalu.

Arwah pada mulanya hanya sekadar semput sahaja kemudian keluar ketumbuhan di celah ketiak kanan dan tepi muka kanan sebelum merebak ke bahagian lain. Ketumbuhan tersebut pada mulanya tidak sakit katanya tapi semakin lama tangan kanannya tidak boleh diangkat hingga terpaksa dipotong pada akhir Disember 2014. Sejak pembedahan itu, ayahanda saya seperti hilang semangat untuk hidup. Dia macam pasrah bila keadaan kesihatannya semakin merudum ditambah pula dengan semput dan batuknya. Dua kali ulang alik berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan tapi keadaan tidak berubah. Dalam tempoh itu, dia mula batuk bercampur darah hingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital.

Di hospital selama 11 hari, masih tidak menampakkan perubahan malah kesihatannya semakin merosot dan dia sudah tidak mahu makan lansung. Semua makanan katanya berminyak, tak bagus dan pelbagai alasan. Daripada boleh berjalan, dia hanya terbaring lesu dan bergantung pada gas oksigen setiap masa. Patah hati ini melihatnya. Daripada badan yang tegap dan sasa, tubuhnya semakin kecut dan hanya tinggal tulang dan kulit sahaja. Sebagai anak, sampai ke hati nak melihat keadaan akhir hayat ayah ibu anda seperti itu? Kami adik beradik cuba mendapatkan penjelasan tentang keadaan bapa kami. Sudahlah kami tidak cukup tidur, bergilir menjaganya siang dan malam kerana dia memang tidak berdaya dan banyak meracau bila tidur. 

Doktor kata dia tidak dapat nak mengesahkan atau meneka selagi hasil ujian scan tidak diterima tapi keadaan ayahanda saya katanya pada tahap kronik. Kami adik beradik sepakat menghantar ayahanda kami scan di pakar sebelum menghantar semula ke hospital dan dari analisis tersebut, doktor mengesahkan ayahanda saya menghadap barah paru-paru tahap 4. Hancur luluh hati ini. Tiada ubat yang dapat menyembuhkan atau mengurangkan sakitnya. Kami kene redha dengan ketentuan ini. Kemo tidak dapat dilakukan kerana keadaan ayahanda kami yang tidak stabil dan semakin lemah. Kami membuat keputusan untuk membawa pulang ayahanda dengan harapan kami akan cuba rawatan alternatif utknya tapi Allah Maha Penyayang. Tak sampai seminggu kami bawa pulang, ayahanda kami meninggal ketika tidur. Seakan tidak percaya akan semua ini tapi kami redha dengan pemergiannya daripada melihat dia menderita setiap hari.

Kini tiada lagi suara dan senda gurauannya. Anak-anak saya yang rapat dengannya juga tidak lagi berpeluang bermanja dan bergurau senda dengannya. Dunia ini sementara, akhirat kekal abadi. Hingga kita bertemu lagi nanti. Saya sayang papa walaupun tak pernah diucapkan di bibir ini.