Rabu, 4 Mei 2016

Obesiti dan saya...






Assalamualaikum,

Sewaktu saya kecil2 dahulu, sekitar sekolah rendah berat badan saya tak pernah naik malah seringkali sakit sebab tak sarapan. Bukan ibu saya tak sediakan tapi diri sendiri yang tak suka makan. Kalau diberi duit poket pun saya akan simpan dan simpan untuk membeli barangan yang dihajati. Saya tahu kalau saya minta sesuatu barangan dari ibu dan ayah pun, belum tentu mereka akan tunaikan. Waktu tu kami susah, jadi sangat berjimat cermat. Saya pula dah terbiasa tidak makan, jadi setakat berpuasa tu tidak menjadi masalah setiap hari.

Perubahan bermula bila saya mendirikan rumah tangga dan mendapat cahaya mata sulung. Berat badan saya naik mencanak-canak sehinggakan ramai yang tidak mengenali saya. Belum sempat kurus, dah dapat anak lain pula. Saya rasa terhiris bila ramai rakan-rakan yang mengata dan memberikan gelaran yang sakit telinga membaca atau mendengarnya. Saya dah cuba pelbagai produk makanan kurus,  cuba gak bersenam di sini sana. Turunlah sekilo dua, adakalanya 3 kilo tapi bila penyakit malas datang, ia akan kembali ke bentuk asal.

Saya cuba mencari satu resepi yang boleh saya ikuti yang bersesuaian dengan keadaan diri saya agar hasilnya nanti berjaya. Saya cuba berjogging bersama kawan-kawan. Bersenam sendirian tp tetap tak puas hati. Ada juga rakan yang telah berjaya menguruskan berat badan dengan jayanya telah menyindir saya dan bila saya tanya pendapat ikhlasnya bagaimana tips nak kuruskan berat badan, dia tak mahu berkongsi sebab biasanya dia cas setiap pelanggannya bersama produk yang digunakan. Ok fine, itu orang yang ada duit tapi kalau yang baru nak hidup macam saya, rasanya tidak berbaloi sebab kalau dia ikhlas nak membantu rakan pasti dia boleh aje bagi tips tu kan? berkongsi ilmu tak menjadikan kita miskin malah pahalanya berganda-ganda. Akhirnya, saya temui seseorang yang ikhlas membantu saya semasa saya menyertai geng zumba di sekolah anak saya.

Kali pertama saya join, saya dah kelelahan. Berat betul badan ni. Saya tanya coach saya, boleh ke saya kurus? dia dengan yakin cakap boleh. Saya bertanya lagi, betul ke coach? boleh ke kurus? saya punya indeks BMI tinggi. Dia cakap memang boleh tapi ambil masa tp kalau saya konsisten ikut apa yang dia cadangkan, mesti boleh. Dia tak kenakan sesen pun untuk bagi tips dan panduan malah dia gembira sekiranya kami kata kami sedang cuba dan tak akan putus asa. Hasilnya dalam tempoh sebulan setengah saya dah kehilangan 4kg. Bukan sesuatu yang mudah tapi saya akan terus istiqomah utk mendapatkan berat badan ideal. Bukan untuk cantik tetapi untuk kesihatan diri. 

Walaupun masih jauh lagi utk capai indeks BMI yang ideal, tp saya yakin boleh. Bagi mereka yang ingin cuba untuk menurunkan berat badan mungkin boleh cuba tips ni :

i) Pantang pertama adalah jangan ambil semua jenis makanan/minuman bergula. Hanya air masak 3 liter sehari. Kalau tekak loya minum air masak terlalu banyak sampai rasa mcm air masak tu letak gula pula, boleh jadikan air masak tu air detox dgn mencampurkan dgn lemon yang dihiris atau timun.

ii) Kurangkan pengambilan nasi. Ada orang terus tak sentuh nasi sbb karbohidrat dlm nasi mengandungi gula yang menyumbang kepada obesiti. Saya kurangkan dari 2 senduk besar nasi kepada 1/4 senduk nasi. Memang sedikit tp lama2 nnti dah terbiasa

iii) No more kudapan seperti jajan, makanan diproses, biskut atau kuih muih Melayu yang sangat tinggi kandungan gula, lemak dan karbohidratnya. Kalau nak juga, snek ringan spt buah buahan tertentu seperti epal hijau, tembikai atau kekacangan. 

iv) Senaman yang konsisten. Jangan ikut org. Setiap orang stamina permulaan tak sama. Jangan paksa diri. Jika kita tak boleh, jangan paksa sangat. Mungkin boleh mulakan dgn aktiviti berjalan santai dan teruskan. Kemudian boleh tukar kepada jogging dan aerobik atau senaman ringan lain. Yang penting mesti konsisten. Ini utk membakar lemak2 tepu yang bertahun kita simpan.

v) Saya juga boleh makan apa saja saya suka tp dlm kuantiti yang sedikit dan hanya sekali dalam seminggu. Seperti orang lain juga. Sy juga ada cheating day. Hari tu sy akan mkn atau minum apa saja yang saya suka tp dlm kuantiti yg sedikit. Contoh : sy akan makan coklat 1/2 keping yg sy potong kecil kecil dan dimakan bersama kacang atau buah buahan utk seimbangkan rasa manis dan bilas dgn air masak yang banyak. Kalau teringin nak makan ayam goreng KFC katakanlah, mkn isi sahaja, tak perlulah makan kulit sbb kita pun tahu kandungan minyak dan lemak tepunya kan?

vi) Tanamkan azam untuk sentiasa positif. Tiada jalan pintas untuk kurus jika tidak berusaha. Jangan cepat putus asa sekiranya hanya turun sedikit sahaja. Kalau lemak dah berkumpul bertahun-tahun takkan boleh susut sekelip mata kan? ambil masa juga untuk hilangkannya, jadi harus berusaha dgn lebih gigih.



Isnin, 18 April 2016

Bazaar amal atau free market

Assalamualaikum,

Dah lama tak menulis jadi rasa kekok nak mulakan bicara. Hari ni nak bercerita fasal bazaar amal atau lebih dikenali sebagai free market. Konsep bazaar amal ini lebih kepada sedekah kepada sesiapa sahaja yang hadir pada hari tersebut. Ketepikan penampilan seseorang sebab seperti kata Syed Azmi, kita harus bersangka baik. Ada kemungkinan orang itu pada hari tersebut memang sangat-sangat memerlukan bantuan dalam bentuk makanan atau barangan. Dengan adanya konsep bersedekah seperti ini maka ringanlah sedikit bebanan mereka. Kebanyakan golongan sasaran adalah kawasan bandar yang ramai jumlah asnaf. 

Selama ini saya hanya menjadi penderma dan membaca sahaja cerita mengenainya dan belum terfikir nak turut serta secara peribadi kerana kesibukan tugas dan masa tetapi pada hari Ahad semalam, 21/02/2016 alhamdulillah saya secara peribadi sangat-sangat bersyukur dapat juga sama-sama menyumbang tenaga dan masa untuk menghulurkan sumbangan barangan keperluan alat tulis untuk anak-anak asnaf di sekolah SK Kangka Tebrau. Kali terakhir saya ke sana adalah untuk menghulurkan sumbangan baju sekolah anjuran Projek Rakyat JB pada 2014.

Tak perlu cakap banyak, kita layan gambar je dulu ye.