Rabu, 20 Mac 2013

Mengimbau kenangan lama...




Isnin lepas atau lebih tepat pada 18/03/2013 lalu, anak sedara aku Nazreen telah memperolehi keputusan 4 flat dlm STPMnya. Alhamdulillah kerana segala kepayahan yang dilaluinya tidak pernah memadamkan semangat untuknya terus berjaya. Aku tahu STPM tidak semudah disangka. Ia bukan macam SPM dan sudah pastinya semasa tidak dapat menerima tawaran dari mana-mana pusat matrikulasi walaupun berkeputusan cemerlang  dan juga gagal dalam temuduga ATM pasti sedikit sebanyak mencalar hatinya.

Aku selalu nasihatkan dia, jangan mudah putus asa dan jangan beranggapan STPM tidak membawa apa-apa makna sebab aku pernah melaluinya dan aku yakin di sebalik kepayahan pasti akan membuahkan kejayaan dan hari ni dia boleh tersenyum bangga. Dia bukan saja menjadi pelajar terbaik di sekolahnya malah di daerahnya dan hari ini dia diundang untuk menerima sijil penghargaan sebagai pelajar terbaik STPM oleh Jabatan Pelajaran Negeri, menurut suami aku yang turut menemaninya tadi mengatakan bilangan pelajar Melayu yang cemerlang boleh dikira dengan jari tidak kira le SPM atau STPM. Pastinya akak ipar aku boleh tersenyum bangga kerana walaupun mereka bukan dari keluarga senang tapi boleh berjaya. Cuma pastinya dia juga terkilan kerana keputusan ini tidak dapat ditunjuk dan dikongsi bersama arwah ayahnya iaitu Abg Din. Menurut akak ipar aku, semasa pulang dari membawa slip keputusan berlari-lari anak dia ke halaman rumah tapi malangnya orang yang dia cari tiada. Pasti korang dapat bayangkan perasaannya kan?

Aku harap semangat juangnya masih lagi tinggi kerana masa hadapan kini terbentang utk dia mencipta sejarahnya sendiri. Kalau dia tanya aku, pastinya aku akan tanya soalan ini kembali, "Abang dah fikir ke nak jadi apa sebenarnya?". Abang adalah panggilan untuknya di rumah. Dia cuma tersengih. Insyaallah, semoga apa yang dia impikan akan tercapai. Suatu ketika dulu ketika aku berjaya mendapat 4P walaupun tidak le cemerlang tidak melayakkan aku untuk kemana-mana bukan kerana tidak mendapat tawaran tapi kerana kekangan kewangan keluarga. Tapi anak sedara aku ini dalam kategori bernasib baik walaupun dia bukan dari orang senang tapi ada saja bantuan perseorangan dan kerajaan yang membantu anak yatim sepertinya.



Khamis, 7 Mac 2013

Pindah pejabat lagi...


Assalamualaikum semua dan salam jumaat,

Entri ari ni berkenaan pindah opis. Utk kali yang ke 4 kata mereka (member sejabatan lah yang kata). Perpindahan sebelum ini aku tak terbabit sbb aku dulu kat tempat lain lagipun lokasi perpindahan pada ketika itu hanya sekitar tukar pintu aje tapi kali ini lokasi perpindahan agak jauh, sewa di rumah kedai 2 tingkat dan kawasan itu agak pedalaman. Kebanyakan kat situ terdiri dari mat-mat bangla, nepal dan yang sewaktu dengannya. Boleh pulak pihak pengurusan pilih lokasi cam tu, sangat menakutkan bila tengok dorang bersidai beramai-ramai. Dah macam pergi kota Bombay atau Dhaka, kata member. Tapi nak buat macam mana, kami hanya mencari rezeki halal kan.

Jadi sepanjang minggu ini hingga minggu depan, jabatan kami penuh dengan kotak-kotak. Bukan setakat humban aje dlm kotak, kena labelkan dan pastikan hanya fail aktif saja yg boleh dibawa kerana ofis baru tu tak luas dan ruang utk penyimpanan dokumen pun sangat terhad. Yang merisaukan aku, adalah kedudukan aku sekarang ni. Aku dalam dilema samada aku kene ikut jabatan aku atau aku ditinggalkan kat opis ni dan menumpang di mana mana jabatan lain kerana aku ada projek bersama dengan jabatan lain. Masalah yang timbul bila bos jabatan aku macam tak nak lepaskan aku walaupun dia tahu projek tu agak penting. Aku rasa dia takut kalau dia pinjamkan aku ke jabatan tersebut secara sementara nanti esok lusa jabatan tersebut terus tarik aku ke dalam jabatan dorang. Serba salah dibuatnya. 

Ahad, 3 Mac 2013

Bila anak-anak demam

Sebenarnya sejak akhir bulan Feb ari tu, si abg Afiq yang muntah-muntah dan buang air besar kemudian terus demam. Doktor kata ada kemungkinan keracunan makanan dan kebetulan tonsilnya merah dan bengkak. 

Berjangkit pulak pada akaknya si Afiqah yang suka mengecek makanan adik dia. Ye lah, kalau dah si abg sakit tekak jadi tak berselera le nak makan. Akak dia pun sapu je lah ikut selera dia, mana le tak montel. Tup-tup dia pula kene demam tapi selera makan tetap tak surut cuma mengada je lah lebih. Demam diapun tak kebah sangat, nak kata panas sangat pun tak, nak kata dah baik pun tak juga tapi hari-hari sibuk suh g jumpa doktor. Bukan tak nak bawak tp dia ni memang payah nak makan ubat. Jumpa doktor memang dia suka tapi nak abiskan ubat memang le payah. Lagipun stok ubat bulan lepas ada lagi jadi aku ingat kalau tak kebah seminggu ni baru bawak jumpa doktor. 

Tup-tup si kecik Haziq pulak kena sebab si akak rajin melayan si kecik tu bermain cuma bagusnya si kecik ni tak de merengek atau menangis tapi mulut bising aje. Aku tersedar sekitar jam 3.30 pagi bila si kecik ni mcm bising mulut dia. Bila aku pandang dia senyum aje. bila aku rasa badan dia panasnya. terus aku jelum ngan air kasi suhu turun. dia masih senyum aje. terus tak pakaikan stokin atau sarung tangan, pakaikan baju yg longgar dan pakai pampers aje. Pada fikiran aku, biasanya budak kalau demam panas sangat dia akan buang air besar kerap tp tak de pulak cuma malam sebelum tido tu dia memang banyak buang air besar, lebih 3 kali sampai penuh alas plastik di tilamnya sebelum aku sempat nak tukar lampin baru. 

Tadi pun semasa aku pulang ke rumah mama melihat anak-anak, si kecik tu tersengih sengih walaupun panas badannya susut sedikit setelah aku lap tapi akak dia badan masih ada dedar sikit tp dah terpengsan kerana kepenatan balik dari sekolah agaknya. Nampak gayanya malam ni kene pergi klinik juga lah ye.