Ahad, 26 Februari 2017

Bazaar Amal Sebaran Kasih

Assalamualaikum warah matullah.

Lama saya tak update blog kan? saya ada banyak perkara nak kongsi selama saya menghilangkan diri. Saya lebih banyak fokus pada kerja-kerja amal yang dianjurkan oleh sebuah NGO yang terkenal dan dipercayai iaitu Amal Team JB. Selama ini kebanyakan kerja-kerja amal saya lakukan secara sendiri serta dibantu oleh rakan-rakan saya tapi Allah telah menetapkan saya bertemu dengan orang-orang yang berhati mulia dan mempunyai tujuan murni kerana Allah.

Antara program yang saya telah ikuti, yang paling best tentulah Bazaar Amal Sebaran Kasih. Daripada hanya hadir sebagai penyumbang peribadi (ingat tak Feb yang lepas sy berpeluang memberikan sendiri barangan alat tulis pd pengunjung di SK Kangka Tebrau) dan Februari kali ini saya berada di SK Kangkar Pulai 2 pula. Cepat benar masa berlalu kan? byk ranjau yg kami lalui tp itu tak mematahkan semangat kami utk berbakti kepada masyarakat.

Saya selalu pegang prinsip ni, kalau niat kita ikhlas kerana Allah, semua cabaran dan dugaan yang Allah bagi pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Kita hanya perlu sabar sedikit sahaja lagi yang adakalanya kita rasa waktu tu dah sangat-sangat hampir putus asa. Ada yang macam tu? pasti ada kan? sekiranya mcm tu, kena relaks kan diri dan berserah segalanya pada Allah. Allah lah sebaik2 tempat kita mengadu dan Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita.

Saya bersyukur sebab dikurniakan rakan-rakan yang baik dan saling memberikan sokongan tak kira di waktu saya susah atau senang. Alhamdulillah. Kerja-kerja amal saya juga tidak terhenti dengan badan NGO ini sahaja. Ada juga program amal lain yang saya join sebab orang macam saya ni kalau tak buat kerja-kerja amal dalam sebulan tu macam makan nasi tak de lauk..hehehe..tp saya bukan orang yang gilakan publisiti atau inginkan apa-apa tp apa yang berlaku kebanyakannya hadir secara kebetulan dan ketentuan dari Allah.

Ok. kita berhenti dulu. kita enjoy gambar pula ye. maaf. tak byk gambar tp sekurang-kurangnya anda boleh dapat gambaran aktiviti yang telah saya sertai.