Isnin, 17 Februari 2014

Ikhlas kah saya?

Ikhlas tapi jauh atau ikhlas tanpa perlu berkata apa-apa? pengertian ikhlas itu membawa seribu satu pengertian, terpulang pada niat individu itu sendiri tapi utk mengikhlaskan diri dalam membuat semua perkara memang sesuatu yang payah. Adakalanya kita ikhlas sepenuh hati tapi bila kita dipuji atas tindakan tersebut pasti hati akan berdetik gembira yang secara tidak lansung timbul pula niat riak. Maka hancurlah pahala ikhlas itu kan?

Katakanlah: “Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am: 162). Surat Al-Bayyinah ayat 5 menyatakan, “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” Rasulullah saw. bersabda, “Ikhlaslah dalam beragama; cukup bagimu amal yang sedikit.”
Tatkala Jibril bertanya tentang ihsan, Rasul saw. berkata, “Engkau beribadah kepada Allah seolah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah melihatmu.” Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas dan mengharap ridha-Nya.”
(Sumber: http://www.dakwatuna.com/2008/05/03/582/tiga-ciri-orang-ikhlas/#ixzz2t5lIqbQf 
Follow us: @dakwatuna on Twitter | dakwatunacom on Facebook)

Daripada petikan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa hati yang bersih serta niat dalam melakukan ibadat hanyalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaanNya walaupun sedikit lebih bermakna dari melakukan ibadah atas sebab-sebab lain yang tidak membawa apa-apa pahala dan manfaat.

Kenapa aku ceritakan tentang ikhlas sbb ia berkait dengan hati atau niat kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Selama 15 tahun aku bekerja dengan niat mencari rezeki utk keluarga kerana Allah Taala dan selama itu juga hati ini sudah banyak kali terguris dengan sikap-sikap manusia di sana sini. Asam garam kehidupan kan? ada kalanya manis dan adakalanya pahit untuk ditelan tapi jika takdir mengatakan memang itulah cabaran yang harus ditempuh, maka banyak-banyakkan bersabar. 

Sebagai manusia biasa, pastinya adakalanya ada perasaan kecewa, marah, geram dan akhirnya hanya air mata peneman diri. Selepas puas menangis, bangkit kembali dan sangat mudah melupakan peristiwa pahit semalam walaupun sebenarnya ia sangat berbekas di hati. Aku sebenarnya kecewa bila HOD aku tak nampak usaha yang aku lakukan untuk membantu jabatan yang pernah tersenarai yang paling teruk dalam syarikat kepada yang lebih baik pada tahun ini tak nampak malah tak dianggap memberi apa impak pun walaupun jabatan-jabatan lain lebih nampak kerja aku. Yang buat aku bertambah kecewa bila melihat orang yang aku label sebagai tin kosong pula yang naik pangkat padahal semua orang tahu sikap sebenarnya. Aku anggap ini sebagai rezeki masing-masing. Kalau dah bukan rezeki aku kan, ramai org rekomen utk aku naik pangkat tapi bos aku tak nampak aku patut naik pangkat nak buat macam mana kan?memang dia buta agaknya. Geram gak dengan sikapnya. Sudahlah begitu, bos aku ni suka ati je nak campak aku ke mana-mana department yg memerlukan orang. Ini bukan kali pertama dia lakukan. Masuk ni dah lebih 5,6 kali dia nak transfer aku tanpa berbincang dengan aku dahulu sampai aku terpaksa fight utk diri sendiri. Macam mana aku tak marah kan, ko dah assign aku utk special project A dan aku telah berusaha merealisasikan impian kau, tiba-tiba tak tahu ujung pangkal atau barangkali dia nyanyuk suh aku masuk dept B, tak lama kemudian tukar fikiran tukar ke dept C pulak. Setelah aku jelaskan bahawa aku sedang kendalikan special project A, baru dia tersedar bahawa dia jugak yg hantar utk projek tu. Apa? dia ingat aku ni duduk tak buat kerja ker? habis selama ni yg ke hulu he hilir mengangkut barang-barang dan dia lihat sendiri aku bersusah payah melakukan semua kerja berat, dia ingat aku tengah buat apa? saja suka-suka?..

Oleh kerana aku bengang sangat bila dapat tahu promotion aku dia reject dan akan di transfer ke project lain, aku memang tak boleh terima lagi dan penyudahnya aku hantar surat transfer dan jelaskan sebab kenapa aku nak dia keluarkan aku dari team dia. Bukan kecewa tak dapat promotion sbb itu hak dia tapi kecewa sebab sikap dia tak ada mata menilai kerja orang. Baik aku keluarkan diri terus sebelum dia keluarkan aku dari team dia. Aku ni ibarat kain buruk yang tak bernilai agaknya. Sedeyy ni..


note: ini hanya sekadar luahan hati saya yg kecewa semalam. Ari ni dah ok. 



Ahad, 9 Februari 2014

resepi char kue goreng salut coklat


contoh roti salut coklat

Aku tak pernah kongsi cerita fasal resepi ek? mungkin sebab aku bukanlah pakar atau peminat masakan jadi aku memang tak pernah kot kongsi dalam weblog. Kat fb pernah le sekali dua, tu  pun yang memang aku dah cuba berkali-kali dan hasilnya tak menghampakan.

Oklah, ari ni aku nak kongsi satu resepi simple sebagai juadah minum petang atau waktu santai bersama keluarga. Al kisahnya begini, Jumaat lepas, member seofis ni bagi lah aku rasa sejenis kuih yg dibeli kat Aeon. Tak tahu le berapa regenya tp yang pasti, regenya pasti mahal kan sebab jenamanya je orang dh boleh Oh..ok. patutlah. Awalnya, aku ingatkan pisang goreng celup coklat seperti trend sekarang tapi rupanya sejenis ala cakui @chakoi (sebutan aku kat sini char kue) yang dicelup coklat. sedap ker? kali pertama rasa, pandangan peribadi aku yg memang peminat coklat, ala aku buat cakui sendiri lagi berbaloi dan mengenyangkan. Jadi balik umah ari tu terus aku kongsi cerita ngan en suami dan suami pun terus ke kedai membeli bahan utama cakui iaitu yis jenama mauripan. :D

Bahan utama :
Tepung 1 kg
Yis kering (mauripan)
Air
Gula 1 sudu
sedikit garam
minyak utk menggoreng


Bahan salutan :

Coklat masakan yang dicairkan


Cara-caranya :

Campurkan air, yis dan gula dan kemudian bancuh adunan bersama tepung dan biarkan selama sejam.

Setelah naik, uli tepung dan biarkan lagi 10 minit sebelum tepung diuli lagi sekali dan dipotong segiempat atau panjang dan sedia utk digoreng.

Goreng hingga kekuningan dan toskan.

Celupkan ke dalam sos coklat.



Selasa, 4 Februari 2014

Bumi kita semakin tua..

Sekitar akhir Januari lepas, sibuk fasal salji melanda Indonesia dan Filipina tapi yang peliknya kat Malaysia tak de terdengar pula kes ganjil tersebut tetapi fenomena angin sejuk ala di tanah pergunungan ada.

Ada sesetengah kawasan, suhu boleh jatuh sehingga 7 darjah celcius (Cameron Highland) atau 17 darjah celcius bagi kawasan utara semenanjung (Perlis). Menurut pakar meteorologi, ini adalah fenomena biasa apabila angin Siberia dari Utara China melanda ke selatan. Tak kisah lah teori apa pun kan, bagi yang tak biasa pastinya akan terkejut. Dalam seminggu jugaklah aku merasa angin sejuk tersebut terutama awal pagi, angin nya hingga menusuk tulang hitam. Tak perlu bukak penghawa dingin pun dah mengigil. Maklum le tak biasa dengan cuaca dingin. 

Tapi suami ada cakap gak, biasanya selepas sahaja cuaca sejuk ni berakhir, musim kemarau akan tiba. Mungkin berdasarkan pengalamannya agaknya, memang betullah cuaca berterusan panas hingga petang kemudian bertukar mendung seperti nak hujan tapi kemudian terus malam. Begitulah seterusnya hingga pada saat aku menaip ni.

Yang sedihnya, kasihan pada tumbuh-tumbuhan yang mengering dan banyak yang mati, jalan pula berdebu tapi setakat ni paras air belum lagi di paras kritikal. Semalam sibuk berita fasal letusan gunung berapi Sinabung, Indonesia meletus dan diramalkan debu dan habuk dari letusan tersebut akan dibawa angin dan menyebabkan beberapa kawasan di negara ini berjerebu. Mungkin tu lah sebabnya kot tadi tengok langit macam berabuk aje. Namun begitu, sangat berharap hujan akan turun dalam minggu ni sebagai rahmat untuk makhluk lain di dunia ini, iaitu tumbuh-tumbuhan dan haiwan melata.

Bumi ini semakin tua nampaknya....