Selasa, 4 Februari 2014

Bumi kita semakin tua..

Sekitar akhir Januari lepas, sibuk fasal salji melanda Indonesia dan Filipina tapi yang peliknya kat Malaysia tak de terdengar pula kes ganjil tersebut tetapi fenomena angin sejuk ala di tanah pergunungan ada.

Ada sesetengah kawasan, suhu boleh jatuh sehingga 7 darjah celcius (Cameron Highland) atau 17 darjah celcius bagi kawasan utara semenanjung (Perlis). Menurut pakar meteorologi, ini adalah fenomena biasa apabila angin Siberia dari Utara China melanda ke selatan. Tak kisah lah teori apa pun kan, bagi yang tak biasa pastinya akan terkejut. Dalam seminggu jugaklah aku merasa angin sejuk tersebut terutama awal pagi, angin nya hingga menusuk tulang hitam. Tak perlu bukak penghawa dingin pun dah mengigil. Maklum le tak biasa dengan cuaca dingin. 

Tapi suami ada cakap gak, biasanya selepas sahaja cuaca sejuk ni berakhir, musim kemarau akan tiba. Mungkin berdasarkan pengalamannya agaknya, memang betullah cuaca berterusan panas hingga petang kemudian bertukar mendung seperti nak hujan tapi kemudian terus malam. Begitulah seterusnya hingga pada saat aku menaip ni.

Yang sedihnya, kasihan pada tumbuh-tumbuhan yang mengering dan banyak yang mati, jalan pula berdebu tapi setakat ni paras air belum lagi di paras kritikal. Semalam sibuk berita fasal letusan gunung berapi Sinabung, Indonesia meletus dan diramalkan debu dan habuk dari letusan tersebut akan dibawa angin dan menyebabkan beberapa kawasan di negara ini berjerebu. Mungkin tu lah sebabnya kot tadi tengok langit macam berabuk aje. Namun begitu, sangat berharap hujan akan turun dalam minggu ni sebagai rahmat untuk makhluk lain di dunia ini, iaitu tumbuh-tumbuhan dan haiwan melata.

Bumi ini semakin tua nampaknya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan