Ahad, 28 Julai 2013

Isu -isu semasa

Setiap kali musim perayaan atau musim cuti sekolah pastinya rege ayam akan naik mencanak pada kadar luar biasa menyebabkan pembeli mengeluh sebab terpaksa bayar lebih. Itu satu fakta yang tak dapat dinafikan tapi bila pengguna menyuarakan pada pihak yang bertanggungjawab jawapan klise adalah boikot saja tapi seperti yang dipetik dari akhbar tempatan yang aku baca beberapa hari lalu mengatakan adakah orang tersebut tahu harga pasaran barangan mentah lain seperti ikan dan makanan laut lain dan kesan kepada masyarakat golongan bawahan? harga sekilo cencaru dan seekor ayam sangat jauh berbeza. Bagi golongan mewah tak menghadapi masalah utk menukar menu tapi golongan rendah macam aku ni, tak dpt makan ayam, telur pun dah cukup baik. Aku tak kata ikan itu terlalu mahal tapi adakalanya aku terpaksa menelan keinginan utk merasainya jika bahagian tersebut terpaksa diperuntukkan utk perkara lain yang lebih penting seperti contohnya bulan tu terpaksa tukar tayar kereta atau maintenance kereta atau persekolahan anak. Ayam pun kalau dibeli aku akan potong kecil-kecil yang boleh dimasak hingga seminggu. Kalau ikan ni, sekilo pun kalau saiz sebesar tapak tangan adalah 4 ekor. Boleh cukup ke utk seminggu?

Begitu juga dengan harga rumah yang dikatakan rumah mampu milik. Adakah mereka (pihak kementerian tu) faham maksud 'Rumah Mampu Milik'? Kalau setakat gaji RM1 atau RM2K sebulan aku rasa belum boleh dikategorikan mampu memiliki rumah berharga RM300K ke atas. Abis tu golongan tu nak duduk kat mana? rumah setinggan? rumah sewa? atau rumah pangsa kos rendah? mereka pun inginkan keselesaan terutama bila sudah bekerja dan mempunyai keluarga yang ramai. Aku sendiri pun masih lagi dalam kategori tak mampu nak membelinya. Kene fikir berpuluh kali kalau nak beli walaupun aku teringin.

Aku tak tahu bila le isu seperti ini nak selesai tapi jika ada yang prihatin dan ikhlas ingin merubah kehidupan golongan rakyat rendah mcm aku ni..syukur nikmat. Memang kerajaan ada banyak bagi skim bantu dibawah jenama 1 Malaysia tetapi sebelum tu haruslah difikirkan adakah skim itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat atau adakah ia berkesan untuk membantu rakyat atau sebaliknya? Kalo rasa perlu dimansuhkan kerana kurang bermanfaat atasinya dengan memperkenalkan kaedah baru yang lebih efektif dan berkesan dan yang paling penting pada aku hati rakyat perlu dijaga juga. Jika gaji naik tapi taraf hidup tak setara gaji, tak guna gak. Contohnya naik gaji hanya 0.5% tapi kos pelbagai dalam sara hidup naik 10%..adakah ia berbaloi?

Ahad, 14 Julai 2013

Dugaan berpuasa bagi ibu yang menyusu..

Tahun lepas yg sudah aku berjaya berpuasa penuh (tuang 2 hari pun kerana kene paksa minum air gula) walaupun dalam keadaan sarat mengandung. Alhamdulillah tak de masalah kesihatan yang lenlain tapi tahun ini, baby yang kat dalam tu dah keluar dan sedang membesar dan bergantung sepenuhnya pada susu ibu walaupun dia dah boleh makan.

Aku akui puasa kali ini sangat mencabar kerana kali pertama aku mencuba puasa ganti pun aku dah pengsan apatah lagi puasa di bulan Ramadhan. Adakalanya aku ok, tapi kalau hujung minggu di mana baby bergayut aje maka kering badan di buatnya, bukan setakat itu sahaja aku punya gula dalam darah turun mendadak dan rasa badan bisa macam nak demam. Esoknya pula macam sebu satu badan. Ikutkan ati macam nak bukak aje tapi bila fikirkan dah separuh hari, teruskan ajelah. Lagipun dalam hati cakap, kalau aku ponteng ari ni pun aku kene ganti gak di lain hari dan kesannya pun sama gak macam ni.

Yang paling aku risau tentulah bekalan susu badan adakah mencukupi utk baby. Buat masa ni ok aje tapi tak tahulah di minggu-minggu akan datang. Kalau stok merudum maka terpaksalah aku ponteng sehingga ia naik kembali dan sambung berpuasa kembali. Buat masa ni anak aku tak nak terima susu formula dan kurang makan jadi kesian kalau dia tak cukup zat kan? aku jadi ibu yang dalam dilema dibuatnya.

Rabu, 10 Julai 2013

Persiapan awal utk raya

Baru 2 Ramadhan tapi aku dah sibuk cite fasal raya yek? aku cuma ingin berkongsi cerita ni hanyalah sebagai tips untuk korang yang berpendapatan rendah macam aku yang selalu berada dalam dilema setiap kali ada perayaan besar yang memerlukan budget yang agak besar juga padahal gaji memang ngam-ngam tiap-tiap bulan.

Biasanya aku membeli barangan baju untuk anak-anak awal-awal lagi. Sekitar 3,4 bulan sebelum puasa. Mungkin bulan Januari katalah kan, aku ada lebihan tunai dalam tangan, jadi aku akan beli ikut budget tersebut dan baju tersebut aku akan simpan dan sorokkan dari pengetahuan anak-anak. Biasanya saiz yang aku pilih besar sedikit supaya bila raya nanti tak de le terketat atau singkat kan?. Ini sajalah cara aku berbelanja. Biasanya baju-baju yang aku pilihpun bukannya jenis yg branded tetapi yg sedap mata memandang dan selesa untuk dipakai dan anak-anak aku pun bukannya jenis yang cerewet. Jumlah baju pun aku hadkan kerana tidak mahu dikatakan membazir. Sekadar 2 atau 3 helai sudah mencukupi. Bila bab tu baju dah settle, duit tu diperuntukkan utk kuih muih raya pula. Pun aku dah buat budget awal-awal lagi.

Biasanya untuk budget kuih raya adalah berdasarkan rating prestasi tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya samada ramai yang mengunjungi rumah atau sebaliknya. Biasanya aku hanya membeli kerepek 2,3 jenis dan 2 jenis kuih muih tradisional seperti kuih tart dan biskut coklat tapi tahun ni aku hanya membeli kerepek sahaja 3 jenis. Tu pun tak sampai sekilo setiap satu kerana tahun lepas memang tak ramai orang yg datang rumah. Jadi buat apa membazir ye tak?

Sekarang ni sekiranya hari raya jatuh pada bila masa-masa pun aku masih lagi ada tunai dalam tangan. Untuk juadah raya biasanya budget dari suami dan aku pilih hidangan yg paling ringkas dan senang dimasak seperti rendang ayam, lontong dan sambal goreng jawa sebab aku tahu bila aku tiba di rumah mama, pasti akan penuh meja dengan hidangan yg pelbagai hinggakan juadah yg aku bawa tak tersentuh lansung. Sangat merugikan kan?

Bila balik kampung pastinya budget duit raya dan duit minyak memang tak dapat dielakkan. Aku dah ketepikan budget tersebut dan biasanya tong-tong bersama suami jadi tidak le teruk sangat dan yang penting aku tak berhutang sebelum raya menjelma dan kering kontang selepas seminggu raya berlalu. Biarlah simple janji tidak berhutang. Korang ada buat cam ni? mungkin budget korang besar jadi tidak menghadapi masalah membeli belah last minute atau memilih jenama yang diingini ikut kehendak hati tapi pada aku sekeluarga..kesederhanaan itu adalah trademark kami.hehehe

Khamis, 4 Julai 2013

Menghadiri Kenduri Kawin cum cuti cuti Malaysia


Minggu lepas adalah minggu yang sangat best sebab buat pertama kalinya setelah masing-masing berkahwin dan dewasa (aku dan keluarga akulah) dapat dikumpulkan bersama dan pergi ke rumah makcik kami di Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan anak keduanya. Aku dan anak-anak aku (semua pergi), angah dan anak bongsunya, uda seorang (mengaku bujang waktu tu)dan Ucu serta mama dan papa. Kira padat le Exora mama aku ngan kami semua. Perjalanan memang jauh dan sangat memenatkan. Berhenti di R&R aje dekat 4 kali. Perjalanan dari Johor Bahru sekitar jam 6.00 pagi dan tiba di Kuala Kangsar sekitar 3.30 petang.



Ini adalah antara gambar pengantin bersama ibu bapa serta rakan ibu pengantin. Hajat dihati memang nak beli seberapa banyak ole-ole dari sana kan yang terkenal dengan labu sayung dan pekasam ikannya tapi masa tidak mengizinkan tambahan pula waktu tu hujung minggu jadi tak de kedai yang dibuka pada waktu tu. Tak pe lah..tak dpt beli labu sayung..amik gambar labu aci tak?