Rabu, 31 Disember 2014

salam terakhir bagi tahun ini

Assalamualaikum semua,

Untuk makluman semua, selepas selesai projek baju sekolah untuk tahun ini ada kemungkinan saya akan menarik diri dalam hampir kesemua aktiviti kebajikan yang telah saya rancangkan selama ini.

Jika selepas ini akan terpampang wajah saya bersama kempen itu dan ini, memang tidak dapat dinafikan keinginan untuk membantu orang itu tidak dapat dipisahkan cuma kekerapan tersebut tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Senang cerita, hati berat tapi terpaksa patuh pada ketentuan takdir, ada tuntutan lain yang perlu dipenuhi.

Tapi sebelum melangkah tu, segala amanah telahpun ditunaikan dan selepas ini para sukarelawan yang ditubuhkan akan bergerak sendiri mengikut paksi yang telah ditentukan. Mereka masih muda dan boleh melangkah jauh ke hadapan. Saya selepas ini hanya sebagai penasihat sahaja dan akan bantu mana-mana yang perlu. Mesyuarat tak rasmi kali pertama yang lalu pun telah membariskan barisan peneraju persatuan dan merangka program sepanjang tahun bermula tahun 2015.

Penarikan diri ini juga tidak ada kena mengena dengan situasi politik dalaman atau apa alasan sekalipun dan team projek saya dah pun saya war warkan awal-awal lagi cuma waktu tu mereka macam tak setuju saya melangkah kaki. Ada masanya kita perlu bagi ruang dan peluang pada orang lain supaya kita boleh nampak kemajuan mereka dan mereka boleh berdikari serta lebih ke depan.

Selamat tahun baru semua dan mohon maaf jika ada tersilap bahasa dalam penulisan.