Selasa, 25 Jun 2013

Alhamdulillah..hujan juga akhirnya



Alhamdulillah,syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana tidak disangka-sangka tengahari ini hujan turun mencurah-curah. Sejuk dan nyaman suasana setelah musim panas dan kering berserta jerebu teruk melanda bumi Malaysia.

Tidak pasti samada hujan ini adalah hujan buatan hasil dari pembenihan awan atau memang rahmat daripada Allah tapi yang pasti ramai yang menarik nafas lega dan bersyukur sangat-sangat. Insyaallah, selepas hujan reda nanti pasti awan tidak lagi kelabu dipenuhi asap yang menyesakkan dan anak-anak aku tak perlu pakai topeng lagi utk ke mana-mana. Memang ada hikmahnya peristiwa jerebu ni kerana ia membuatkan kita sedar betapa pentingnya kita menjaga alam sekitar dan bumi Allah ini. Umpama jiran sebelah membakar sampah tp asapnya masuk ke rumah kita, mungkin bukan rumah kita sorang tapi mungkin merebak ke rumah yang berdekatan sedangkan rumah jiran yang memulakan pembakaran tu tidak le seteruk mana kan? itulah perumpamaannya. Tapi jika jiran itu seorang yg prihatin dia akan kekang pembakaran dengan mengambil pendekatan lain, mungkin dengan cara menimbus ala kompos ke atau recycle balik barang yang tak perlu.

Aku harap hujan akan turun juga di kawasan lain yang teruk dilanda jerebu seperti di Muar dan utara tanahair. Aku pernah merasai kesannya jadi aku harap kawasan lain di Malaysia tidak perlu merasai suasana itu. Sangat tidak sihat.

Rabu, 19 Jun 2013

Jerebu melanda lagi..




Setiap tahun pasti akan datang waktu jerebu melanda kesan dari pembakaran hutan atau ladang dari negara jiran yang mengakibatkan bukan sahaja pandangan mata berkabus tetapi membawa kesan seperti penyakit batuk, selsema dan sebagainya. Ini ditambah pula dengan keadaan cuaca panas kering...aduhai kalau bulan puasa ni mau kering tekak dibuatnya.

Anak-anak aku tak terkecuali mendapat penyakit pakej tu. Si akak awal-awal lagi dah diserang semput. Kesian tengok dia tak dapat bermain di luar sementara si kecil aku juga tak selesa dan meradang bila batuk dan selsema menganggu keaktifannya setiap hari. Aku sendiri pun dah hilang suara dah ni. Mulanya sekadar batuk-batuk biasa je, pastu sakit tekak dan selsema terus hilang suara. Bila gi klinik doktor pulak boleh tak de.. aduhai. Aku teringin nak bawak anak jenjalan kat luar tapi memandangkan cuaca tak molek, terpaksa pergi tempat yang tertutup aje lah. Aku juga sangat berharap akan ada hujan sehari dua ni untuk mencuci udara kotor ni.Insyaallah :(

Khamis, 13 Jun 2013

Kadar gula rendah dalam darah

Semalam buat pertama kalinya aku mencuba mengganti puasa hari pertama kerana mengandung tahun lepas aku kene minum air gula sebanyak 2 kali. Malang sungguh nasib waktu tu, dah le kene tuang puasa 2 kali, aku pula suspek kencing manis semasa mengandung. Jadi sempena bulan Shaaban ni, aku cuba le puasa kan walaupun timbul gak kerisauan sebab aku menyusukan anak sepenuhnya. Dibandingkan akak dan abangnya, yang ni memang bergantung sepenuhnya pada aku. Setelah membaca artikel di internet dan cerita kawan-kawan aku sedikit lega kerana stok susu aku tidak akan berkurangan.

Tetapi masalah lain pula timbul. Kadar gula dalam darah aku mula turun mendadak. Mujur lah waktu tu, dah hampir lewat petang dan aku hampir nak sampai rumah. Pada mulanya aku rasa air cond aku terlalu sejuk dan badan rasa bisa. Sejuk tapi aku berpeluh-peluh. Ditambah kepala yang memang tengah sakit, aku buat tak kisah lagi. Tiba tiba tangan aku start mengigil dan kebas kebas. Bila pandang tapak tangan aku pucat sangat. Nak berhenti kat tepi rasa cam tak sesuai kerana kalau aku berhenti pasti aku akan terus pitam dan kemalangan kat situ juga.Jadi aku kene kuatkan semangat utk sampai ke rumah walaupun aku memang rasa bila-bila masa sahaja aku boleh tumbang. Aku siap sempat pesan kat anak dara aku, suh kunci pintu gate setiba saja di rumah. Pandangan mata masa tu memang dah berpinar. dah nampak mcm tompok-tompok hitam di sana sini. Dalam hati kata, sabarlah wahai hati, ini dugaan sementara saja, lagi seminit je nak berbuka. Aku memang tak rasa lapar atau haus tapi badan aku memang tak boleh bangun, terbaring begitu sahaja sehingga aku terdengar azan maghrib berkumandang. Gagahkan diri utk buat air panas dan makan roti tapi nampaknya tak berkesan jadi aku baring semula. Kepala sangat sakit, rasa cam nak muntah pun ada. Mujur le suami balik awal, dia terus buatkan milo dan masakkan lauk ringkas utk aku. Baru rasa lega sikit tapi telinga aku panas le kene dengar bebelan suami. Kalau tak bersedia jangan puasa dulu, awak tu menyusukan anak. ye saya tak buat lagi, kataku.

Selasa, 11 Jun 2013

Bulan yang pack

Tahun ni aku boleh katakan bulan Jun adalah bulan yang paling pack manakala bulan Februari adalah bulan paling stres. Kenapa aku kata pack sebab dari awal bulan hingga akhir bulan hampir penuh dengan pelbagai aktiviti hujung minggu yang telah dibook awal-awal, seawal bulan Januari. fuhh..ada gak yg dpt tahu last minute. Contohnya akhir bulan Jun ni aku dah plan nak ke Perak bersama keluarga untuk menghadiri jemputan kawin sepupu (anak kedua makcik Hartina). Jadi aku dh block tarikh tersebut awal-awal lagi tapi pada masa yang sama aku dapat tahu ada company trip ke USS, Singapore pada 23 Jun nnti. Wajib pula tu. aduhai..pening pale.

Pada 8hb (sabtu lepas), aku ingat tak de apa-apa (xde kelas, xde yassin) aku telah volunteerkan diri utk membantu Corp Comm menjayakan majlis pemberian anugerah utk pelajar cemerlang area sini, dan tak disangka akak ipar aku pula datang bersama anaknya kerana nak mengajak pergi jemputan kawin di Kong Kong, Masai. Dia tak tahu lokasi jadi terpaksa le kami hantar. Mujur aku bertugas dapat disudahkan awal dan boleh ikut tapi malamnya pula aku kene hadir mesyuarat ahli perkumpulan kariah aku. Maklum le AJK le katakan, nak tak nak terpaksa le hadirkan.

15 hb pula ada dinner dekat The Zone, pun wajib hadir tapi kali ni tak kisah bab melaram sebab function nya lebih kepada rebranding dan makan-makan aje. Ini belum lagi kelas mingguan yang perlu hadir. Kalau fikirkan balik sangat meletihkan bagi aku yang masih punya anak kecil ni tp bak kata member seofis, kalau rasa diri tak mampu, kene lepaskan begitu sahaja. Adakalanya kita tak boleh jadi seperti apa yg kita mahukan, kudrat kita terbatas jadi redha aje cara terbaik. tul tak? ;)