Selasa, 16 September 2014

Petua berjimat cermat utk insan marhain seperti aku

Adakalanya kita macam cemburu kan bila tengok kenkawan kita yang sama jawatan dan gaji lebih kurang mcm kita boleh berbelanja sakan setiap bulan tanpa perlu pening kepala memikirkan budget akan burst atau pe. Itu dia, rezeki dia dan mungkin sebab dia ada side income lain dan juga suami dia bergaji mewah jadi jangan cepat cemburu atau buat sebarang spekulasi jahat. 

Nasib manusia tak sama. Seperti satu ceramah agama yang aku pernah dengar di slot Raudhah setiap hari di corong radio tentang rezeki yang diberi Allah. Ditakdirkan katalah, suatu hari pakcik bas ari tu dapat RM1 juta, esoknya pakcik tu tak bawak bas sebab dah kaya, jadi orang tak boleh naik bas sbb tak de drebar bas, cuba naik teksi pun tak boleh sebab malam tadi pakcik teksi pun dapat RM1 juta jugak. Perut dah lapar ni, g kedai pula, kedaipun tutup sebab makcik kedai pun dapat RM1 juta malam tadi. Kalau semua orang kaya dan berduit pun tak guna sebab duit tu tak bernilai di saat kita sangat memerlukan khidmat mereka. Sebab itu Allah jadikan ia saling bergantungan supaya rezeki yang diberi oleh diagih-agihkan kepada semua. betul kan?

Ok berbalik pada cerita aku tadi. Bagi insan yang makan gaji ngam-ngam macam aku ni bagaimana aku nak pastikan perbelanjaan aku tak melebihi pendapatan? ada orang cakap pastikan 10% gaji kita masuk dalam tabungan. Hello..kalau gaji besar dan tak de hutang tu lain ler cite kan tapi kalau memang itu lah sahaja rezeki yang ko ada sedangkan banyak servis dan hutang piutang kene bayar setiap bulan (kereta, rumah, PTPTN, bil2) belum lagi hutang diluar jangkaan seperti nak bayar road tax insurans (tahunan) cukai harta, cukai pintu, yuran sekolah anak-anak, baju sekolah, perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri (perbelanjaan yang besar tu) atau apa jualah yang boleh buat sesak dada memikirkan tapi harus lalui. Dalam keluarga aku, suami aku yang bekerja sendiri berpendapatan tak tetap tapi dia tetap perlu membayar ansuran rumah, bil pelbagai dan segala kos barang dapur sementara aku pula membayar kos penyelenggaraan anak-anak seperti van sekolah, kelas ngaji, kos penjaga anak, kos minyak kereta, dan lain-lain. Bila dikongsi, tak rasa berat sangat tp bolehlah dgn pendapatan kecil aku membantu suami.

Ok, ini petua yang aku amalkan dan mungkin boleh digunakan. Setiap tahun, pihak syarikat pasti mengumumkan bonus atau pinjaman tanpa bunga kepada kakitangan kat tempat aku. Kalau korang bekerja swasta macam aku ni, kalau tanpa bonus kenelah buat pinjaman kan. Gunanya utk wat modal byr segala piutang yg aku senaraikan kat atas tu ler dan biasanya potongan adalah dalam tempoh setahun atau 10 bulan bergantung pada berapa byk kita pinjam tapi biasanya kurang dari sebulan gaji sbb takut karang gaji tak berbaki lak. Ada member bagi petua begini. Kalau anda memang nak pakai RM500,pastikan pinjam lebih seperti RM1,000 tetapi pastikan baki RM500 tu anda masukkan ke dalam satu akaun mati (mati disini bermaksud tak boleh disentuh hingga cukup tempoh setahun mcm ASB ker) supaya pulangan dividen nanti akan tinggi. Ramai yang buat begitu dan mereka dapat lebihan duit yg boleh dibuat byr cukai bagai dan ada juga yang buat pergi bercuti.

Bagi aku, memang biasanya sejak awal tahun, aku dah ada budget bagi sekian sekian perkara. Aku tak mengharapkan bonus sebab adakalanya syarikat membayar kurang dari yang kita impikan jadi tak perlulah memasang angan-angan setinggi langit. Cam contohnya untuk raya, aku dah tempah baju raya seawal bulan Feb jika raya bulan Julai atau Ogos dan aku hanya tempah sehelai sahaja. Itu budget keluarga aku, kalau ditakdirkan aku memang tak mampu nak beli kain dan nak bayar upah tempahan yang agak mahal jugak, aku beli yang dah siap aje dan itupun jenama biasa-biasa aje. Pakai sekejap jer kan lagipun ada jer jenama murah bila sale time nak raya tapi nak cari yang matching satu family tu tak der lah. Jadi bulan Feb yang sepatutnya aku beli kain tu, duit tu aku dah ketepikan utk beli baju dah siap bila bulan Mei tiba nanti. Jadi bulan berikutnya iaitu Mac, April aku dah start beli baju atau seluar anak sikit-sikit. Dalam sebulan tu aku ketepikan dalam RM50 atau kurang dari tu untuk beli pakaian anak-anak dan sembunyikan. Kalau tak sembunyikan nanti dia pakai sebelum waktunya. Jadi bila time nak raya hanya perlu beli kasut sahaja dan budget tersebut biasanya ayah dia yg handle.

Itu kalau musim perayaan tiba lah kan. Kalau nak naik sekolah macam mana pula. Sama gak. Aku beli baju sekolah beberapa bulan sebelum sekolah bermula. Aku budget seorang anak minimum 2 pasang baju yang saiznya besar sedikit dari saiz sedia ada. Mungkin pada orang lain berapa sen sangatlah sehelai baju. Tapi bagi yang berpendapatan cam aku, kene betul-betul budget supaya aku tak perlu berpuasa setiap hari. Sehelai baju kurung siap  putih jenama biasa pun sekitar RM30+. tu baju sahaja belum lagi kainnya yang rege pun lebih kurang sama. Tak termasuk tudung sekurang2nya dua helai (satu sekolah rendah, satu sekolah agama), anak tudung, stokin, anak baju dan kasut sekolah. Belum lagi beg dan lain-lain. Aku boleh bayangkan orang yang susah lagi bertambah sesak nafas mereka tapi biasanya anak-anak orang susah ni tak cerewet dan sangat memahami kehidupan keluarga mereka. Aku pun alhamdulillah punya anak-anak yang baik dan tak pernah mengeluh atau meminta sesuatu yang diluar batas kemampuanku. Dan biasanya budak-budak ni kan akan dapat duit RM100 dari kerajaan pada awal persekolahan. Duit tu aku gunakan untuk belikan sepasang lagi baju untuk anak dara aku. Jadi baju utk dia setahun adalah 3 pasang. Kira oklah kan, sekurang-kurangnya ada spare kalau satu basah satu lagi kotor. Cuma tahun depan aku nak tambah sepasang lagi kasut untuk si akak. 

Sapa kata orang gaji kecik tak boleh pergi bercuti? Tapi pastikan waktu nak bercuti tu segala masalah telah diselesaikan macam segala hutang piutang telah dibayar. Peruntukan RM50 setiap bulan utk tabung percutian kita. Macam anak-anak aku, masing-masing ada tabung sendiri dan memang menabung dari awal tahun utk bercuti pada akhir tahun. Destinasi juga memainkan peranan penting. Pastikan ianya tak lah membebankan kerana kos penginapan, minyak, makan dan minum harus diambil kira. Aku pernah bercuti dgn budget tak sampai RM300 utk 2 hari 1 malam (complete set-penginapan, mkn minum sepanjang percutian, minyak kete, souvenier) yang penting anak-anak gembira kan? 

Contoh : anak-anak nak bercuti di tepi pantai, chalet yang ada kolam. Budget penginapan semalam pastinya sekitar RM100+ tp kita kene survey sekitar situ ada tak chalet yang boleh offer lagi murah sebab adakalanya ada tempat yang boleh bagi rege murah tapi kene booking awal lah. Makan dan minum biasanya kita dh boleh set awal-awal. cari gerai kampung atau ada juga kenkawan yang kata dorang masak sendiri samada dalam bilik penginapan (bahan separa siap dah disediakan dari rumah termasuk bawak rice cooker sendiri. kelakar tapi sangat bijak. Macam aku biasanya utk 2 hari, hari pertama tu memang dh bawak bekal dari rumah siap2 utk sarapan dan tengahari sekali. Jadi waktu malam sahaja makan diluar, itupun yg simple2 aje dan juga beli roti, peket minuman 3dlm1 cam milo atau nescafe, air mineral utk alas perut tengah malam atau esok pagi. Biasanya makan tengahari selepas check out selepas penat explore atau beli souvenier. Waktu tu biasanya anak-anak makan dan kekenyangan dan tido sepanjang perjalanan balik. Makanan jajan atau snek utk anak-anak aku dah sediakan awal -awal lagi sebelum perjalanan pergi dan balik sbb tak mau bila perut mereka lapar mereka minta benda merepek repek dan menambahkan kos. (snek termasuklah buah buahan, kek, biskut2, coklat wafer, air kotak).

Oklah, cukuplah utk ari ni cite budget ni. nnti ada masa aku sambung lagi. 





Khamis, 4 September 2014

projek amal 2015

Seawal minggu lepas, rakan projek iqra' aku dari KL dah maklumkan aku menerusi fb bahawa projek untuk shopping raya bagi anak-anak yatim atau orang susah tahun depan bagi Johor Bahru insyaallah akan jadi. Jadi tugas aku adalah mencari sekumpulan anak-anak tersebut untuk dibawa bershopping baju raya. Aku menggaru kepala. Bukan senang tu, kawasan JB ni sangat luas. Aku pula bergerak secara solo. Aku takut kalau aku jumpa satu, pasti ada lagi yang akan turut menyusul ingin menumpang sama. Aku juga perlu kaji latar belakang mereka dulu sebelum masuk ke dalam senarai mereka yang layak untuk bantuan. macam mana yer?

2 hari lepas tanpa diduga ada dua orang yang datang kepadaku secara online meng'offer' diri untuk membantuku tapi masalahnya aku belum dapat apa-apa informasi tentang projek satu lagi sebelum projek ini. Susah nak terangkan sebab tak dapat hitam putih dari tuan punya badan. Doakan segalanya berjalan lancar.

Kali ini aku tak mahu suara-suara sumbang menghalang niat aku untuk meneruskan usaha murni membantu orang. Aku perlu ketepikan apa orang mahu kata atau pertikaikan sebab yang penting aku buat kerja amal kerana Allah. Orang yang cakap tu dah lah tak membantu banyak lak komen dia, itu dan ini hingga rasa cam 'annoying' lah so cantas je lah. Aku tak perlukan dan aku rasa tak rugi pun.