Jumaat, 27 Disember 2013

Tak ada rezeki..nak wat cam ner..redha je lah

Mungkin di kala ini ramai ibu bapa sedang sibuk membuat persiapan terakhir membeli barang keperluan anak-anak yang akan bersekolah minggu depan. Tak kisah le samada beli buku-buku sekolah, baju, kasut, beg serta peralatan menulis, yang penting semuanya memerlukan pengorbanan wang dan masa.

Seperti yang pernah aku beritahu sebelum ini, Afiqah sepatutnya bersekolah di sekolah amanah 2014 tapi atas sebab-sebab teknikal, sekolah tu tak dapat dibuka pada Januari ni jadi murid-murid yang terpilih tu katanya akan ditumpangkan di sekolah bistari lain. Namun, sekolah yang diberi tu agak jauh dari lokasi rumah aku dan rumah mama aku. Tak mungkin aku boleh hantar tepat pada masanya, maka dengan berat hati aku menolak tawaran tersebut. Kesian afiqah tapi nak buat macam mana, belum ada rezeki dia agaknya. Sapa lah tak nak anak pintar dan bersekolah di sekolah yang bagus tapi mungkin ada hikmah lain yang tersembunyi. 

Kebetulan pula, adik dia yang no.2 yg mulut berat tu akan bersekolah di pra sekolah 1 di sekolah yang sama dengan afiqah jadi secara tidak lansung akak akan sentiasa perhatikan adiknya. Afiq ni berat mulut tapi boleh tahan ligat juga orangnya tapi aku berharap dia juga secerdas akak. Sekarang ni aku tengah buat budget utk tahun depan. Tambang van utk afiq balik dari sekolah ke rumah mama dan tambang van dari sekolah agama ke rumah mama sbb tengahari aku akan amik afiqah dari sekolah, balik umah mama untuk makan dan tukar baju sebelum dihantar ke sekolah agama. Petang pula kene pergi mengaji. Kurus lah anak dara aku nanti.hehehe..aku dah dapat bayangkan si montel aku nanti pasti tertidur di mana-mana. Dia mana boleh tak tahan ngantuk tapi nak buat macam mana dah lagu cam tu.

Walaupun 2014 bakal jadi tahun mengeluh dengan semua kenaikan harga, aku berharap ada sinar menggembirakan akan terjadi kerana bagi golongan marhain yg berpendapatan rendah macam aku sangat terasa...



Isnin, 23 Disember 2013

musim manisan di dalam botol..hehehe












Yang belah kiri ni adalah cheese cake in a jar dan yg belah kanan ni pula adalah red velvet in a jar. Apa beza dan kesamaannya? bezanya yg satu tak perlu dibakar sbb guna cheese sepenuhnya dan red velvet dibakar guna kaedah double boiler tp masih ada cream cheese di dalamnya.

Kenapa aku tiba-tiba cerita fasal makan? sebab member-member kat ofis ni sangat menggemari kedua-dua pemanis mulut ni hinggakan sanggup cari org yang pandai utk membuatnya. Nak buat sendiri memang tak de lah sebab masing masing sibuk dengan keluarga dan anak-anak termasuk le aku kan.hehehe.

Bila belek-belek resepi tu tak de lah susah mana tapi maaflah aku memang tak akan membuatnya kerana anak kecil aku pasti akan menganggu..huru hara karang dapur. Jalan paling mudah, order je lah. untung sapa yg pandai buat tu..save budget org kata.

Khamis, 19 Disember 2013

aduhai 2014

Aku ingatkan di tahun baru 2014 nnti boleh le menarik nafas lega sekiranya perbelanjaan keluarga dapat dikurangkan dan kenaikan gaji akan berlaku tapi sebelum semua itu menjadi kenyataan <-sesuatu yang tidak pasti dan sukar diramal tiba-tiba berlaku kenaikan dalam semua perkara. 

Dari harga minyak, harga gula, kemudian melarat kepada tambang bas sekolah, tambang LRT, tol lebuhraya, cukai pintu pun naik, bil air dan api pun dah naik. Kemudian GST le pulak dalam semua servis..sangat-sangat membebankan bagi golongan bawahan yang gaji tak sampai RM2,500 macam aku. Aku ada 2 orang anak yang akan bersekolah tahun hadapan. Tentulah kos semakin meningkat sedangkan aku tak der pun merasa sangat nikmat 1M yang diwarwarkan tu. Klinik 1M aku tak pergi, pernah pergi tp apa gunanya kalau ubat selalu habis stok?pergi kedai 1M tp barangan yg ditawarkan tak de lah murah sangat, lagi murah kalau aku beli kat pasaraya hypermarket yg siap ada diskaun voucher lagi utk ahlinya. Kedai 1M, kat tempat aku tak de pun nampak bayangnya. Kalau ada pun bukan tiap-tiap bulan aku kene beli kain kan?BR1M pun aku tak pernah dapat. Yang aku pernah dapat hanya voucher buku bernilai RM250 dan aku sangat memanfaatkan untuk membeli buku-buku rujukan yg memang mahal dan sedikit alatulis.

Kot ye pun nak cover balik kos yg dah over spend tahun lepas takkan le sampai menekan golongan bawahan. Kalau macam ni le gayanya, aku rasa silap ari bulan rakyat negara ni pun akan buat demonstrasi mcm kat Indon mungkin lebih teruk dari demonstrasi Bersih dulu yg lebih fokus kpd politik. Aku tak sukakan keganasan dan aku juga tak sukakan tekanan  yg seperti ini. Aku tertarik dengan kata-kata Ketua Pengarang HM 2 hari lepas berkenaan adakah perlu diadakan sambutan awal tahun 2014 dengan pancaran laser bagai, bunga api mercun import yg mahal serta mengupah artis luar dan dalam negara yg pastinya menelan kos berbillion ringgit sedangkan pada waktu yang sama rakyat negara ini sedang berdukacita atas musibah banjir dan tertekan dengan kos sara diri yg meningkat? adakah patut? tp ada dorang kisah? adakah pak menteri ni merasai kesusahan golongan bawahan? ada? moga Allah memberikan mereka hidayah dan buka hijab mereka utk melihat di luar ruang lingkup keselesaan mereka.

Aku tak menyebelahi mana-mana tapi aku sangat berharap yang kerajaan M'sia kalau beria nak bantu tu, bantu lah betul-betul. Tak payah promote macam-macam kempen tapi semua tak jalan dan tak berkesan pun.





Isnin, 16 Disember 2013

Kalau le aku kaya..hehehe

Sapa pernah dengar lagu ni "Kalau aku kaya", nyanyian Altimet dan Awi Rafael. Kalau terdengar memang boleh hilangkan stress sekejap dan bolehlah berangan-angan. Tak salah berangan jadi kaya kan? bak kata member aku kat dlm fb dia, cuba tulis satu cek kepada diri sendiri dan tulis berapa banyak amaun yg kita impikan dan kemudian letak di mana yang kita boleh nampak sebagai satu bentuk motivasi atau target yang kita impikan.

Mungkin ada betulnya tapi aku ni jenis orang yang realistik jadi aku tak suka berangan tanpa sebarang persediaan dan sekiranya aku rasa ia adalah mustahil jadi aku tak akan beria-ia untuk menggapainya. Tak de lah mati kempunan kalau tak dapat pun. Aku dah biasa susah jadi aku tak heran sangat kalau tak jadi kaya. 

Mungkin ada gak lah sekelumit cemburu di hati apabila terbaca dan terpandang gambar-gambar kenkawan yang bergembira dengan kehidupan mereka sekarang. Muka mereka cantik-cantik, pakaian glam-glam, rumah yang gah, percutian yang menarik di sana sini, harta, pekerjaan dan bla bla bla tapi kemudian aku berkata kepada diri sendiri. Untuk apa aku cemburu pada orang lain pada sesuatu yang hanya akan membuatkan aku rasa menjeruk hati. Kenapa Allah tak berikan kelebihan itu semua kepada aku, satu dua pun cukuplah. Tapi kemudian aku pujuk diri sendiri dengan berkata, mungkin di dalam gambar aku bahagia tapi di dalam hati? ada sesapa tahu? mungkin mereka kaya tapi hutang mereka berkepuk, adakah mereka bahagia? mungkin mereka ada penyakit kronik atau pelbagai masalah lain yang tak kita jangkakan jadi jangan cepat cemburukan orang lain tapi bersyukur dengan segala pemberian yang Allah berikan kerana apa yang di dunia ini hanyalah sementara jadi jangan mudah terpedaya. Kemudian aku pernah mendengar satu ceramah agama yang menceritakan serba sedikit tentang keadaan syurga, mungkin sesuatu yang tak dapat digambarkan oleh pemikiran kita dan sedikit sebanyak memberikan aku sedikit motivasi agar tidak terlalu mendambakan kemewahan dunia. Patutlah ada orang yang alim tapi zuhud, ada orang yang kaya tetapi zuhud sebab mereka tidak memandang dunia semata-mata tetapi menggunakannya untuk pelaburan di akhirat.

Selepas ni, aku patut tulis kalau le aku kaya kat akhirat nanti...hehehe (insyaallah tapi kene tingkatkan iman kalau tak rugi selamanya)

Afiqah dah nak masuk darjah satu

Assalamualaikum.

Rasanya sudah terlalu lama benar tak menulis di dalam blog. Macam-macam cerita nak ditulis tetapi masa seakan mencemburui. Ada ke yang merindui tulisan aku ni?kalau blog ni popular seperti para penulis blog selebriti tu lain le kan? Takpe lah kalau tak de yang membacanya sebab sekurang-kurangnya kurang sikit stres bila menulis ni.

Ini alkisah anak dara aku yang akan memasuki darjah satu tahun depan. Sejak pertengahan tahun lagi aku dah cuba daftar anak dara aku ke sekolah kebangsaan berdekatan rumah mama aku dengan harapan tahun depan tak perlulah aku bersusah payah sangat tapi sampai hujung tahun tak de satu pun surat mengatakan anak aku layak bersekolah di situ. Bayangkan aku ulang alik naik turun pejabat bertanya beberapa kali tentang status sekolah anak dara aku tapi jawapan sangat menghampakan. Kali terakhir semasa konvo afiqah, sekali lagi aku tebalkan muka untuk bertanya fasal penempatan tahun depan dan cikgu yang berkaitan tu dengan konfidennya menolak kata-kata aku tanpa usul periksa. Sakitnya hati ini, apa salahnya kalau dia tak menggunakan bahasa yg lebih lembut atau kata puan balik dululah, nanti kita semak dan telefon puan kemudian ke. Dan memang kebetulan hari itu aku mendapat tahu syarikat aku akan menaja sebuah sekolah menengah dan sebuah sekolah rendah sebagai sebuah sekolah amanah bermula tahun depan. Jadi sebagai motivasi untuk anak aku dan untuk diri sendiri, aku terus bawak anak dara aku pergi melihat sekolah yg dikatakan. Sebenarnya aku dah mohon pun sekolah tu pada tarikh akhir sebab ramai kenkawan kat ofis kata ia bukan sekolah swasta tapi sekolah tu macam sekolah swasta dan yuran seperti sekolah biasa. Mcm mana tu? entahlah.



Bila afiqah tengok sekolah ni dia pun teruja. Sekolah apa ni bu?akupun cakap, kalau ada rezeki, tahun depan fiqah sekolah ni lah. cantik kan? belajar pandai-pandai, tak semua orang berpeluang ke sekolah ni tau. Iye ker? dia dah tersengih-sengih. Dan memang rezeki dia agaknya, tak sampai seminggu kemudian aku mendapat berita gembira yang afiqah ditawarkan ke sekolah ini. Air mata kesyukuran mengalir. Ibu dia yg excited ok! bukan semua orang berjaya tau. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku anak yg cerdas dan comel tapi kemudian jadi cam satu masalah lak. Tempat tu jauh terperuk kat pedalaman dan aku rasa memang ramai orang tak tahu tempatnya dan adalah perkara-perkara yang boleh melemahkan semangat aku untuk menghantar anak aku ke sana. Mama dan adik-adik aku pun macam tak menyokong dengan pelbagai alasan tapi kerana aku yang beria nak hantar jadi aku buat tak dengar je lah bebelan dorang. Tak lama kemudian, sekolah rendah yg afiqah pernah pra sekolah tu pun hantar surat mengatakan dia diterima bersekolah di situ. Masa tu hati aku dah tawar sangat. Kenapa baru sekarang? siap beritahu anak aku ditempatkan di kelas pertama di sekolah tersebut. Aku simpan aje surat tu sebab manalah tahu kan tiba-tiba sekolah ni kata tak jadi buka tahun ni, kesian anak aku tak dapat bersekolah di mana-mana. Oh ye, masa konvo ari tu afiqah dapat gak anugerah tokoh cemerlang. Kategori apa ibu dia tak ingat. minta maaf ye. hehehe..


Rabu, 28 Ogos 2013

Bulan yang agak sibuk

Selesai bab beraya di kampung, raya ke 6 aku dah naik kerja disebabkan dateline kerja yang dah nak sampai sedangkan kerja aku banyak lagi yang tak sudah. Aku tahu tahun ni ramai yang ambil cuti panjang sebelum dan selepas raya kerana tahun ni lah aku rasa cuti raya paling panjang dalam sejarah iaitu 14 hari kerana bersekali dengan cuti sekolah. Anak dara aku sorang je yang bersekolah tu pun pra-sekolah, persiapan untuk naik sekolah aku dah siapkan awal-awal lagi sebelum pulang beraya ke kampung.

Ok cite fasal selepas balik kampung pula. Agak penat sebab ada kenkawan yang datang berkunjung walaupun tak ramai, adik beradik dan jiran-jiran tetangga yang berkunjung ditambah pula dengan aktiviti marhaban, memang penuh le jadual aku setiap hari. Selain itu, aku juga terpaksa menyibukkan diri dengan buku-buku sebab peperiksaan bakal menyusul. Entah boleh jawab ke tidak tapi entah lah, kali ni aku punya mood untuk meneruskan pengajian macam dah paras hidung. Aku penat dan aku perlukan masa untuk diri sendiri tapi itulah yang susah aku nak dapat. Pakkal le ini dh tahun akhir, entah berapa banyak paper lagi aku kene repeat tapi terus terang aku katakan tahap keyakinan aku untuk memperolehi keputusan cemerlang sangat rendah kerana byk halangan sekeliling yang buat aku rasa cepat putus asa. Ada member cakap jangan terlalu menyibukkan diri dengan aktiviti persatuan di kariah aku tu dulu, iye betul tapi aku ni antara AJK yg paling jarang tunjukkan muka utk sebarang aktiviti, ni pun aku rasa tahun terakhir aku nak jadi AJK sebab aku nak tarik diri. Member aku tu cakap lagi, suruh le suami atau keluarga tolong jagakan anak-anak, senang je cakap kalau perkara tu semudah yang dicakap. Kadangkala apa yang kita fikirkan dan mahukan tak semudah yang disangka dan apabila keinginan itu tidak dapat dipenuhi adakah kita akan memberontak? atau menyalahkan semua orang kerana tak memahami kita? 




Tradisi rumah terbuka..

Salam utk semua...

Seperti sudah menjadi trend dalam masyarakat Malaysia, sambutan raya diteruskan selagi masih lagi dalam bulan Syawal dan memang banyaklah rumah terbuka atau istilah open house dianjurkan oleh individu, syarikat mahupun jabatan kerajaan malah Sultan pun menganjurkannya.

Cerita fasal open house ni, seperti orang lain gak, suka lah kalau ada orang nak datang beramai-ramai ke rumah kita kan? tapi berdasarkan pengalaman peribadi aku, aku tak akan meletakkan harapan yang tinggi melihat kedatangan mereka. Cakap je beria nak datang tapi bila tiba masanya, boleh dikira dengan jari sedangkan lauk pauk dan pelbagai juadah yg disediakan tu masih banyak lagi. Kali terakhir aku buat rasanya 4 tahun yang lepas kot. Aku cam serik nak buat kerana tak sukakan pembaziran masa, pembaziran tenaga, pembaziran duit dan pembaziran makanan. 

Adakalanya tertanya-tanya, adakah kerana rumah aku ni tidak se'gah' rumah kenkawan yang lain maka mereka pun tak berminat atau kerana aku ni bukan sapa-sapa  dalam kalangan mereka. Sebab tu kalau ada kenkawan suami nak datang, aku rasa lebih gembira kerana kebanyakan dari mereka jenis tak kisah dan memang akan datang setiap tahun. Tahun lepas pula, aku beria-ia mengunjungi rumah kenkawan sekolah lama tapi ada mereka nak datang umah aku? tak de pun. Setakat ni 2 org je yg memang tak pernah miss datang umah aku setiap tahun. Adakah aku sangat berkira dlm persahabatan? tak tahulah pandangan orang tapi secara peribadi aku jenis orang yang tak kisah dalam berkawan. Takda istilah pilih kawan berdasarkan pangkat ke, status ke, atau apa jua lah kerana pada aku tidak rugi mempunyai ramai kawan tapi adakalanya agak kecil hati bila mendengar cerita kenkawan ni buat kunjung mengunjung ke rumah kenkawan lain termasuklah yang terdekat dgn rumah kita tapi lansung tak nak singgah rumah kita padahal dah boleh sangat kan kalau punya niat utk mengeratkan silaturahim? kalau ada yang terasa tu aku minta maaf banyak-banyak kerana adakalanya kita ada membuat hati orang tersinggung hingga dia akan ingat sampai mati segala kesilapan kita hingga tak sanggup utk melihat wajah kita lagi.

Kalau ada di kalangan kenkawan aku yang berpendapat begitu, aku sekali lagi memohon ribuan ampun dan maaf dengan kalian semua dan aku berharap kalian menegur jika ada yang tidak enak dari segi sikap atau kata-kata kerana manusia memang tak boleh lari dari melakukan kesilapan dan haruslah menerima teguran dengan berhemah. 

Kenapa aku cite semua ini di sini kerana aku sekarang berada dalam keadaan dilema samada nak meneruskan niat utk memasak utk jamuan makan-makan bagi kenkawan sekolah yang konon-kononnya nak datang berkunjung ke rumah pada hujung minggu ni. Masalahnya, tak de seorang pun yang awal-awal kata dorang confirm nak datang, dan yang beria mengajak kenkawan datang ke rumah aku tu pun sendiri tak confirm nak datang pukul berapa. Aku tak nak kisah 4 tahun lalu berulang. Untuk apa aku memasak untuk 50 orang tapi yang datang tak sampai 10 orang. Apa patut aku buat?


Khamis, 1 Ogos 2013

Pengertian puasa dan raya

Apakah pengertian puasa dan raya pada diri korang? Adakah dengan kedatangan Ramadhan hati gembira sebab fikir akan raya atau adakah waktu Ramadhan adalah waktu untuk berehat dari kesibukan dunia dan banyak menumpukan ibadah atau bulan untuk buat duit?

Aku teringat satu ceramah agama tentang bulan Ramadhan yang mengatakan bila tibanya Ramadhan, terdapat 4 golongan yang biasa kita temui iaitu :

i) Golongan yang memang tak ambil tahu lansung- Ramadhan ke Zulkaedah ke dia memang tak amik kisah. Pada dia semua hari adalah sama.

ii) Golongan kedua pula adalah golongan yang merasakan Ramadhan adalah bulan siksaan kerana terpaksa menahan lapar dan dahaga selama sebulan di waktu siang hari.

iii) Golongan ketiga pula adalah golongan yang sangat gembira dengan kehadiran Ramadhan kerana inilah masanya untuk menambahkan amalan yang dilipat gandakan pahalanya dibandingkan hari-hari biasa.

iv) Golongan keempat pula adalah golongan yang gembira dengan kehadiran Ramadhan kerana mengingatkan tentang raya. Keseronokan menyambut raya mengatasi penghayatan bulan Ramadhan itu sendiri.

Menurut ustaz itu lagi, Ramadhan bagai sebuah institusi yang hadir setahun sekali dan semua golongan wajib memasukinya bermula dari awal Ramadhan dengan niat hinggalah akhir Ramadhan.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang barakah sebab itu kalau kita meniaga apa pun pasti akan untung lumayan walaupun bak kata ustaz tu, jual air longkang pun orang akan beli (misalannya lah). Jual kopiah pun boleh untung apatah lagi jual makanan dan minuman di bazaar Ramadhan.

Bulan Ramadhan juga mengingatkan kita tentang kehidupan orang yang miskin dan susah sebab jarang kita ambil tahu atau membanggakan golongan ini kerana kita biasa teruja dengan golongan orang kaya yang mewah dengan jenama mahal-mahal sedangkan golongan yg miskin dan susah ini lebih memerlukan perhatian kita bukan sahaja di bulan Ramadhan tapi di bulan-bulan yang lain juga. 

Bagi golongan berpendapatan rendah seperti aku, peluang untuk menyumbang dari segi wang ringgit tu tak de le banyak mana kan, yang penting ikhlas untuk membantu. Kebetulan ada kenkawan yang prihatin dan menjadi sukarelawan ni mewar warkan program sumbangan itu dan ini, jadi aku sumbangkanlah setakat yang aku mampu sebagai tanda sokongan buat mereka dan juga sebagai doa agar kehidupan mereka yang mendapat sumbangan itu akan bertambah baik dari hari semalam. Bayangkan orang yang susah yang hanya mampu pasrah setelah tiada jalan keluar dari kepompong kemiskinan tiba-tiba muncul bantuan yang tidak diduga. Pasti mereka gembira dan bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Syukur ya Allah.

Di akhir kesempatan ini, berbaki tinggal beberapa hari saja lagi sempena menjelangnya Aidil fitri, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf pada sesiapa yang mengenali diri ini, yang tersalah kata atau perbuatan yang menyinggung perasaan mereka harap diampunkan. 

Wasalam

Ahad, 28 Julai 2013

Isu -isu semasa

Setiap kali musim perayaan atau musim cuti sekolah pastinya rege ayam akan naik mencanak pada kadar luar biasa menyebabkan pembeli mengeluh sebab terpaksa bayar lebih. Itu satu fakta yang tak dapat dinafikan tapi bila pengguna menyuarakan pada pihak yang bertanggungjawab jawapan klise adalah boikot saja tapi seperti yang dipetik dari akhbar tempatan yang aku baca beberapa hari lalu mengatakan adakah orang tersebut tahu harga pasaran barangan mentah lain seperti ikan dan makanan laut lain dan kesan kepada masyarakat golongan bawahan? harga sekilo cencaru dan seekor ayam sangat jauh berbeza. Bagi golongan mewah tak menghadapi masalah utk menukar menu tapi golongan rendah macam aku ni, tak dpt makan ayam, telur pun dah cukup baik. Aku tak kata ikan itu terlalu mahal tapi adakalanya aku terpaksa menelan keinginan utk merasainya jika bahagian tersebut terpaksa diperuntukkan utk perkara lain yang lebih penting seperti contohnya bulan tu terpaksa tukar tayar kereta atau maintenance kereta atau persekolahan anak. Ayam pun kalau dibeli aku akan potong kecil-kecil yang boleh dimasak hingga seminggu. Kalau ikan ni, sekilo pun kalau saiz sebesar tapak tangan adalah 4 ekor. Boleh cukup ke utk seminggu?

Begitu juga dengan harga rumah yang dikatakan rumah mampu milik. Adakah mereka (pihak kementerian tu) faham maksud 'Rumah Mampu Milik'? Kalau setakat gaji RM1 atau RM2K sebulan aku rasa belum boleh dikategorikan mampu memiliki rumah berharga RM300K ke atas. Abis tu golongan tu nak duduk kat mana? rumah setinggan? rumah sewa? atau rumah pangsa kos rendah? mereka pun inginkan keselesaan terutama bila sudah bekerja dan mempunyai keluarga yang ramai. Aku sendiri pun masih lagi dalam kategori tak mampu nak membelinya. Kene fikir berpuluh kali kalau nak beli walaupun aku teringin.

Aku tak tahu bila le isu seperti ini nak selesai tapi jika ada yang prihatin dan ikhlas ingin merubah kehidupan golongan rakyat rendah mcm aku ni..syukur nikmat. Memang kerajaan ada banyak bagi skim bantu dibawah jenama 1 Malaysia tetapi sebelum tu haruslah difikirkan adakah skim itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat atau adakah ia berkesan untuk membantu rakyat atau sebaliknya? Kalo rasa perlu dimansuhkan kerana kurang bermanfaat atasinya dengan memperkenalkan kaedah baru yang lebih efektif dan berkesan dan yang paling penting pada aku hati rakyat perlu dijaga juga. Jika gaji naik tapi taraf hidup tak setara gaji, tak guna gak. Contohnya naik gaji hanya 0.5% tapi kos pelbagai dalam sara hidup naik 10%..adakah ia berbaloi?

Ahad, 14 Julai 2013

Dugaan berpuasa bagi ibu yang menyusu..

Tahun lepas yg sudah aku berjaya berpuasa penuh (tuang 2 hari pun kerana kene paksa minum air gula) walaupun dalam keadaan sarat mengandung. Alhamdulillah tak de masalah kesihatan yang lenlain tapi tahun ini, baby yang kat dalam tu dah keluar dan sedang membesar dan bergantung sepenuhnya pada susu ibu walaupun dia dah boleh makan.

Aku akui puasa kali ini sangat mencabar kerana kali pertama aku mencuba puasa ganti pun aku dah pengsan apatah lagi puasa di bulan Ramadhan. Adakalanya aku ok, tapi kalau hujung minggu di mana baby bergayut aje maka kering badan di buatnya, bukan setakat itu sahaja aku punya gula dalam darah turun mendadak dan rasa badan bisa macam nak demam. Esoknya pula macam sebu satu badan. Ikutkan ati macam nak bukak aje tapi bila fikirkan dah separuh hari, teruskan ajelah. Lagipun dalam hati cakap, kalau aku ponteng ari ni pun aku kene ganti gak di lain hari dan kesannya pun sama gak macam ni.

Yang paling aku risau tentulah bekalan susu badan adakah mencukupi utk baby. Buat masa ni ok aje tapi tak tahulah di minggu-minggu akan datang. Kalau stok merudum maka terpaksalah aku ponteng sehingga ia naik kembali dan sambung berpuasa kembali. Buat masa ni anak aku tak nak terima susu formula dan kurang makan jadi kesian kalau dia tak cukup zat kan? aku jadi ibu yang dalam dilema dibuatnya.

Rabu, 10 Julai 2013

Persiapan awal utk raya

Baru 2 Ramadhan tapi aku dah sibuk cite fasal raya yek? aku cuma ingin berkongsi cerita ni hanyalah sebagai tips untuk korang yang berpendapatan rendah macam aku yang selalu berada dalam dilema setiap kali ada perayaan besar yang memerlukan budget yang agak besar juga padahal gaji memang ngam-ngam tiap-tiap bulan.

Biasanya aku membeli barangan baju untuk anak-anak awal-awal lagi. Sekitar 3,4 bulan sebelum puasa. Mungkin bulan Januari katalah kan, aku ada lebihan tunai dalam tangan, jadi aku akan beli ikut budget tersebut dan baju tersebut aku akan simpan dan sorokkan dari pengetahuan anak-anak. Biasanya saiz yang aku pilih besar sedikit supaya bila raya nanti tak de le terketat atau singkat kan?. Ini sajalah cara aku berbelanja. Biasanya baju-baju yang aku pilihpun bukannya jenis yg branded tetapi yg sedap mata memandang dan selesa untuk dipakai dan anak-anak aku pun bukannya jenis yang cerewet. Jumlah baju pun aku hadkan kerana tidak mahu dikatakan membazir. Sekadar 2 atau 3 helai sudah mencukupi. Bila bab tu baju dah settle, duit tu diperuntukkan utk kuih muih raya pula. Pun aku dah buat budget awal-awal lagi.

Biasanya untuk budget kuih raya adalah berdasarkan rating prestasi tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya samada ramai yang mengunjungi rumah atau sebaliknya. Biasanya aku hanya membeli kerepek 2,3 jenis dan 2 jenis kuih muih tradisional seperti kuih tart dan biskut coklat tapi tahun ni aku hanya membeli kerepek sahaja 3 jenis. Tu pun tak sampai sekilo setiap satu kerana tahun lepas memang tak ramai orang yg datang rumah. Jadi buat apa membazir ye tak?

Sekarang ni sekiranya hari raya jatuh pada bila masa-masa pun aku masih lagi ada tunai dalam tangan. Untuk juadah raya biasanya budget dari suami dan aku pilih hidangan yg paling ringkas dan senang dimasak seperti rendang ayam, lontong dan sambal goreng jawa sebab aku tahu bila aku tiba di rumah mama, pasti akan penuh meja dengan hidangan yg pelbagai hinggakan juadah yg aku bawa tak tersentuh lansung. Sangat merugikan kan?

Bila balik kampung pastinya budget duit raya dan duit minyak memang tak dapat dielakkan. Aku dah ketepikan budget tersebut dan biasanya tong-tong bersama suami jadi tidak le teruk sangat dan yang penting aku tak berhutang sebelum raya menjelma dan kering kontang selepas seminggu raya berlalu. Biarlah simple janji tidak berhutang. Korang ada buat cam ni? mungkin budget korang besar jadi tidak menghadapi masalah membeli belah last minute atau memilih jenama yang diingini ikut kehendak hati tapi pada aku sekeluarga..kesederhanaan itu adalah trademark kami.hehehe

Khamis, 4 Julai 2013

Menghadiri Kenduri Kawin cum cuti cuti Malaysia


Minggu lepas adalah minggu yang sangat best sebab buat pertama kalinya setelah masing-masing berkahwin dan dewasa (aku dan keluarga akulah) dapat dikumpulkan bersama dan pergi ke rumah makcik kami di Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan anak keduanya. Aku dan anak-anak aku (semua pergi), angah dan anak bongsunya, uda seorang (mengaku bujang waktu tu)dan Ucu serta mama dan papa. Kira padat le Exora mama aku ngan kami semua. Perjalanan memang jauh dan sangat memenatkan. Berhenti di R&R aje dekat 4 kali. Perjalanan dari Johor Bahru sekitar jam 6.00 pagi dan tiba di Kuala Kangsar sekitar 3.30 petang.



Ini adalah antara gambar pengantin bersama ibu bapa serta rakan ibu pengantin. Hajat dihati memang nak beli seberapa banyak ole-ole dari sana kan yang terkenal dengan labu sayung dan pekasam ikannya tapi masa tidak mengizinkan tambahan pula waktu tu hujung minggu jadi tak de kedai yang dibuka pada waktu tu. Tak pe lah..tak dpt beli labu sayung..amik gambar labu aci tak?


Selasa, 25 Jun 2013

Alhamdulillah..hujan juga akhirnya



Alhamdulillah,syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana tidak disangka-sangka tengahari ini hujan turun mencurah-curah. Sejuk dan nyaman suasana setelah musim panas dan kering berserta jerebu teruk melanda bumi Malaysia.

Tidak pasti samada hujan ini adalah hujan buatan hasil dari pembenihan awan atau memang rahmat daripada Allah tapi yang pasti ramai yang menarik nafas lega dan bersyukur sangat-sangat. Insyaallah, selepas hujan reda nanti pasti awan tidak lagi kelabu dipenuhi asap yang menyesakkan dan anak-anak aku tak perlu pakai topeng lagi utk ke mana-mana. Memang ada hikmahnya peristiwa jerebu ni kerana ia membuatkan kita sedar betapa pentingnya kita menjaga alam sekitar dan bumi Allah ini. Umpama jiran sebelah membakar sampah tp asapnya masuk ke rumah kita, mungkin bukan rumah kita sorang tapi mungkin merebak ke rumah yang berdekatan sedangkan rumah jiran yang memulakan pembakaran tu tidak le seteruk mana kan? itulah perumpamaannya. Tapi jika jiran itu seorang yg prihatin dia akan kekang pembakaran dengan mengambil pendekatan lain, mungkin dengan cara menimbus ala kompos ke atau recycle balik barang yang tak perlu.

Aku harap hujan akan turun juga di kawasan lain yang teruk dilanda jerebu seperti di Muar dan utara tanahair. Aku pernah merasai kesannya jadi aku harap kawasan lain di Malaysia tidak perlu merasai suasana itu. Sangat tidak sihat.

Rabu, 19 Jun 2013

Jerebu melanda lagi..




Setiap tahun pasti akan datang waktu jerebu melanda kesan dari pembakaran hutan atau ladang dari negara jiran yang mengakibatkan bukan sahaja pandangan mata berkabus tetapi membawa kesan seperti penyakit batuk, selsema dan sebagainya. Ini ditambah pula dengan keadaan cuaca panas kering...aduhai kalau bulan puasa ni mau kering tekak dibuatnya.

Anak-anak aku tak terkecuali mendapat penyakit pakej tu. Si akak awal-awal lagi dah diserang semput. Kesian tengok dia tak dapat bermain di luar sementara si kecil aku juga tak selesa dan meradang bila batuk dan selsema menganggu keaktifannya setiap hari. Aku sendiri pun dah hilang suara dah ni. Mulanya sekadar batuk-batuk biasa je, pastu sakit tekak dan selsema terus hilang suara. Bila gi klinik doktor pulak boleh tak de.. aduhai. Aku teringin nak bawak anak jenjalan kat luar tapi memandangkan cuaca tak molek, terpaksa pergi tempat yang tertutup aje lah. Aku juga sangat berharap akan ada hujan sehari dua ni untuk mencuci udara kotor ni.Insyaallah :(

Khamis, 13 Jun 2013

Kadar gula rendah dalam darah

Semalam buat pertama kalinya aku mencuba mengganti puasa hari pertama kerana mengandung tahun lepas aku kene minum air gula sebanyak 2 kali. Malang sungguh nasib waktu tu, dah le kene tuang puasa 2 kali, aku pula suspek kencing manis semasa mengandung. Jadi sempena bulan Shaaban ni, aku cuba le puasa kan walaupun timbul gak kerisauan sebab aku menyusukan anak sepenuhnya. Dibandingkan akak dan abangnya, yang ni memang bergantung sepenuhnya pada aku. Setelah membaca artikel di internet dan cerita kawan-kawan aku sedikit lega kerana stok susu aku tidak akan berkurangan.

Tetapi masalah lain pula timbul. Kadar gula dalam darah aku mula turun mendadak. Mujur lah waktu tu, dah hampir lewat petang dan aku hampir nak sampai rumah. Pada mulanya aku rasa air cond aku terlalu sejuk dan badan rasa bisa. Sejuk tapi aku berpeluh-peluh. Ditambah kepala yang memang tengah sakit, aku buat tak kisah lagi. Tiba tiba tangan aku start mengigil dan kebas kebas. Bila pandang tapak tangan aku pucat sangat. Nak berhenti kat tepi rasa cam tak sesuai kerana kalau aku berhenti pasti aku akan terus pitam dan kemalangan kat situ juga.Jadi aku kene kuatkan semangat utk sampai ke rumah walaupun aku memang rasa bila-bila masa sahaja aku boleh tumbang. Aku siap sempat pesan kat anak dara aku, suh kunci pintu gate setiba saja di rumah. Pandangan mata masa tu memang dah berpinar. dah nampak mcm tompok-tompok hitam di sana sini. Dalam hati kata, sabarlah wahai hati, ini dugaan sementara saja, lagi seminit je nak berbuka. Aku memang tak rasa lapar atau haus tapi badan aku memang tak boleh bangun, terbaring begitu sahaja sehingga aku terdengar azan maghrib berkumandang. Gagahkan diri utk buat air panas dan makan roti tapi nampaknya tak berkesan jadi aku baring semula. Kepala sangat sakit, rasa cam nak muntah pun ada. Mujur le suami balik awal, dia terus buatkan milo dan masakkan lauk ringkas utk aku. Baru rasa lega sikit tapi telinga aku panas le kene dengar bebelan suami. Kalau tak bersedia jangan puasa dulu, awak tu menyusukan anak. ye saya tak buat lagi, kataku.

Selasa, 11 Jun 2013

Bulan yang pack

Tahun ni aku boleh katakan bulan Jun adalah bulan yang paling pack manakala bulan Februari adalah bulan paling stres. Kenapa aku kata pack sebab dari awal bulan hingga akhir bulan hampir penuh dengan pelbagai aktiviti hujung minggu yang telah dibook awal-awal, seawal bulan Januari. fuhh..ada gak yg dpt tahu last minute. Contohnya akhir bulan Jun ni aku dah plan nak ke Perak bersama keluarga untuk menghadiri jemputan kawin sepupu (anak kedua makcik Hartina). Jadi aku dh block tarikh tersebut awal-awal lagi tapi pada masa yang sama aku dapat tahu ada company trip ke USS, Singapore pada 23 Jun nnti. Wajib pula tu. aduhai..pening pale.

Pada 8hb (sabtu lepas), aku ingat tak de apa-apa (xde kelas, xde yassin) aku telah volunteerkan diri utk membantu Corp Comm menjayakan majlis pemberian anugerah utk pelajar cemerlang area sini, dan tak disangka akak ipar aku pula datang bersama anaknya kerana nak mengajak pergi jemputan kawin di Kong Kong, Masai. Dia tak tahu lokasi jadi terpaksa le kami hantar. Mujur aku bertugas dapat disudahkan awal dan boleh ikut tapi malamnya pula aku kene hadir mesyuarat ahli perkumpulan kariah aku. Maklum le AJK le katakan, nak tak nak terpaksa le hadirkan.

15 hb pula ada dinner dekat The Zone, pun wajib hadir tapi kali ni tak kisah bab melaram sebab function nya lebih kepada rebranding dan makan-makan aje. Ini belum lagi kelas mingguan yang perlu hadir. Kalau fikirkan balik sangat meletihkan bagi aku yang masih punya anak kecil ni tp bak kata member seofis, kalau rasa diri tak mampu, kene lepaskan begitu sahaja. Adakalanya kita tak boleh jadi seperti apa yg kita mahukan, kudrat kita terbatas jadi redha aje cara terbaik. tul tak? ;)

Rabu, 29 Mei 2013

dah tua dah saya...





18 Mei yang lepas genaplah umurku yang ke 37 thn. Dah nak masuk 4 series dah. Tiada sebarang sambutan atau makan-makan ataupun kek yg dihidangkan tapi wish dari anak-anak, suami dan keluarga serta rakan-rakan mewarnai hariku. 

Apa yang aku impikan tahun ini? wish list tu ada tapi aku rasa tak perlulah nak senaraikan kan sbb belum pasti akan menjadi kenyataan. Kalau dah jadi kenyataan nanti barulah aku boleh ceritakan impian tersebut. Aku cuma bersyukur kepada Allah kerana telah diberikan kesempatan olehNya lagi menghirup nikmat dan melalui kehidupan ini untuk setahun lagi.

Orang kata jika umur semakin meningkat, pencapaian peribadi haruslah juga meningkat begitu juga dari segi sikap dan cara pemikiran. Tak tahu nak cakap apa sebab penilaian diri sendiri dan orang yang melihat tidak sama tapi aku berharap pandangan orang terutama sekali dari keluarga biarlah yang positif dan memotivasikan diri sendiri. :D (Maaf entri ini lambat sebab terperap dek dihambat oleh kesibukan tugasan harian).

Nota : aku gembira setiap hari walaupun tidak kaya atau mewah kerana Allah itu Maha Adil dalam segalanya .Biarlah orang nak kata apa yang penting kita wajib bersyukur kepada Nya.

Ahad, 5 Mei 2013

suasana pilihanraya

Pilihanraya kali ni, aku balik BP awal 2 hari kerana hendak memberi peluang anak-anak lama sikit bermain di kampung. Bertolak sekitar jam 10 malam dan tiba di kampung sekitar jam 12 tengah malam. Esoknya hari Sabtu, suami mengajak kami sekeluarga berjalan-jalan di sekitar bandar BP dan makan tengahari di sebuah restoran Arab. Nama restoran tu, Restoran Madinat Hadramawt. Memang sedaplah nasi arab dia, boleh pilih ayam atau kambing atau gabungan keduanya pada harga berpatutan. Jus air dia pun sedap. Ini bukan kali pertama lah makan nasi arab tapi rasanya hidangan yg dimasak kali ni antara paling sedap yg pernah aku makan.

Mlm pula kami terpaksa ke bandar semula sbb afiq (anak bujang)  aku dicakar kucing hingga bengkak. Masa siangnya pun dia dh kene sekali tapi aku sapu minyak gamat aje tp tak sangka mlm tu dia kene taring kucing yg sama hingga berdarah dan bengkak jadi terpaksa dirujuk juga ke klinik. Mujur ada klinik 24 jam. Tapi pemandangan malam itu di dataran BP dan sekitarnya, humang aiii. mcm pesta. Dipenuhi anak-anak muda bermotor membawa sepanduk parti masing masing dengan pelbagai gaya. Bertembung pula dengan parti lawannya hingga menimbulkan suasana kecoh jugalah. Macam pelik juga, di mana para polis yg bertugas? sedangkan balai polis hanya seberang jalan aje. ker dorang tido awal sbb esok kene bertugas kat pos-pos mengundi?Bila tengok fiil (perangai) dorang ni buat aku terfikir. Inikah lambang anak pasca merdeka? inikah caranya hendak menunjukkan cara mereka mengekspresikan budaya remaja mereka? kalo mati kemalangan kerana bertembung dengan kenderaan lain atau pergaduhan, sangat tidak bernilai nyawa mereka sebenarnya sedangkan calon yg mereka banggakan sedang relaks kt umah.

Pada pagi hari mengundi, suami dh pergi dulu sbb katanya takut kalau keluar lambat beratur semakin panjang dan cuaca semakin panas. memang cuaca agak terik di BP pg tu. menjelang tengahari baru suami balik, ramai orang katanya. Kami bersiap dan terus nak balik JB sbb giliran aku pula hendak mengundi tapi biasalah ada je sangkaknya bila ada sedara datang bertandang. Selepas sedara beredar, kami pun cadang guna jalan lama je (tapi ikut shorcut di sana sini) tapi aku salah perhitungan bila tidak memilih jalan alternatif ke highway utk segera ke tempat mengundi apabila terperangkap di dalam kesesakan jalan raya di kawasan 'hot spot' di Gelang Patah. aduuhhh..dekat 1/2 jam jugaklah sedangkan masa semakin suntuk tapi alhamdulillah akhirnya sampai gak ke tempat mengundi yang lengang bagai tak de orang. Aku mengundi tak smp 5 min pun..bagus gak mengundi petang ni kan? tp aku tak singgah umah mama aku sebab aku sekeluarga masih lagi kepenatan jadi terus balik ke rumah dan berehat.


Khamis, 2 Mei 2013

Kenapa le sikap manusia begitu yek?

Ari ni 2hb Mei iaitu ulangtahun ke 15 aku bekerja di syarikat ini tapi bukan itu yang aku nak cerita tapi berkaitan dengan musim pilihanraya. Ramai yang sudah tahu tentang tarikh keramat tersebut dan dah bersedia untuk mengundi pada hari Ahad ini, 5 Mei 2013. Masuk ni kali ketiga atau keempat kot aku akan mengundi. Tempat masih sama tapi DUN selalu berubah, entah tak tahu sebab apa.

Pilihanraya kali ni, memang dari awal lagi dah panas dengan cerita sensasi di sana sini terutama dengan kecanggihan teknologi terkini kan?semua maklumat boleh disebarkan sepantas angin dan di mana saja. Ramai member dah mengeluh kat fb, sms semua fasal pancing undi. Kat suratkhabar dan tv lagilah, sampai kat bonet kereta pun boleh di lihat di sana sini orang mempromosi pancing undi.

Aku sebenarnya tidak lah berminat sangat dengan politik apatah lagi menyokong mana-mana parti sebab padaku asas politik sebenarnya untuk kepentingan rakyat kan? tapi kenapa ia menjadi satu medan untuk mencemuh dan melemparkan fitnah dan dusta pada sesama manusia. Kalau dulu oklah kalo si A dari pembangkang akan bercerita semua yg buruk fasal si B dari parti pemerintah dan si B pun akan mengata si A sekian sekian sekian dan begitulah peel mereka berdua tapi senario sekarang yang aku pelik bukan setakat parti lawan yang mereka cemuh dan fitnah tapi calon-calon dalam parti mereka sendiri pun mereka boleh terang-terang melemparkan fitnah. auzubillah min zalik. Mereka macam tak peduli dosa dan pahala asalkan kononnya dapat pancing undi. Tapi orang yang datang tu pun kalau tahu hukumnya, pasti tak sanggup kat akhirat nanti memikul dosa mengikut sama membenarkan fitnah itu disebarkan kan?

Aku setuju dengan cara salah seorang member aku yang memilih calon yang neutral cara pidatonya. Maksudnya orang tersebut tidak menzalimi lawannya dengan cerita fitnah tetapi dia memberikan perspektif baru tentang cara dia mentadbir nanti. Maknanya, calon tersebut bukan sahaja menunjukkan apa yang dia boleh buat berdasarkan rekod prestasi peribadinya tetapi apa yang beliau boleh janjikan dan direalisasikan dan bukti rekod perkhidmatannya sebelum ni. Dia juga memberikan hujah yang baik. Kan bagus kalau semua calon-calon YB semua ikut cara cam tu. Tak perlu sessi mengata itu dan ini sebab itu dah macam cara ortodoks le. Memang le macam best mengata orang, macam nasi berlaukkan sambal belacan tapi pedasnya dan kesannya merosakkan perut juga kan?.

Satu lagi aku berharap selain akan ada lah wajah2 baru yang memberikan dimensi baru dalam politik dan pentadbiran aku juga berharap calon-calon YB ni semua jagalah kesihatan. Kalau yang memang ada penyakit berat cam sakit jantung, gout atau darah tinggi tak payahlah bertanding dan tak payahlah berebut nak jadi YB sebab nanti tak sampai sepenggal dah kene cari calon lain utk bertanding kawasan tu. Sejarah politik negara kita telahpun menyaksikan begitu ramai YB kat M'sia ni tak panjang umur, tak sampai sepenggal dah meninggal, macam mana nak berkhidmat untuk rakyat?

Satu lagi tu aku pun tak faham kalau dah lama sangat jadi YB tu atau menteri tu, satu ketika kene bagi peluang orang lain untuk duduk di kerusi tu. Macam payah sangat dorang nak lepaskan jawatan walaupun orang dah tak nak lagi dah. Alasan mereka, para penyokong masih lagi menyokong mereka. Iye ker? ker demi kepentingan diri sendiri. Entahlah..tapi yang pasti hidup ini ibarat roda..kejap di atas kejap di atas. Janganlah sampai sanggup menindas orang lain untuk kepentingan diri kerana akibatnya nanti kita juga yang merana. Kat dunia masih lagi orang kata ok tapi kat akhirat nanti..sendiri rasalah.

Aku hanya memberikan sekadar pandangan peribadi ye..jangan terlalu taksub kecuali ketakwaan kepada Allah yang Maha Esa yang Maha Mengetahui dan Maha segalanya.



Rabu, 24 April 2013

saya suka buku..buku dan buku

Aku terpaksa tukar tajuk kat atas tu sbb takut ada provokasi dan sebenarnya sangat jarang aku menulis letak tajuk dulu, tajuk adakalanya asal boleh aje so lepas edit ni, ia akan berubah ye isi kandungannya sekali.

Untuk makluman, ini kali kedua aku dapat voucher buku BR1M dari kerajaan utk membantu para penuntut U khususnya yang memerlukan rujukan tambahan utk belajar. Terima kasih banyak-banyak kerana ia sangat membantu. Sebelum-sebelum ini memang terbeban gak kalau nak membeli buku, bukannya murah ada yang sekitar RM88 sebuah, paling murah pun sekitar RM39.90. Bayangkan kalo setiap semester perlukan rujukan tambahan atau utk buat latihan. Bagi yang dah bekerja macam aku mungkin pada sesetengah orang ala tak de masalahlah setakat beli buku satu dua buah setiap bulan. Memang betul tak de hal tapi pendapatan aku tak de le byk mana pun, gaji takat seorang kerani dengan anak kecik 3 orang ni hanya sekadar cukup makan aje, kalo tak takkan le aku sanggup belajar utk upgrade diri utk jadi bakal eksekutif kan.

Kalo tengok buku rujukan aku, tak de pun aku selitkan novel atau majalah dengan alasan kalo buku rujukan aku pun tebal tak sudah utk dibaca dan difahamkan, aku tak pasti bilalah masanya aku nak membaca novel pulak. Cuma kalau aku beli majalah pun, kebanyakannya dari duit poket sendiri bukan dari BRIM. Kalo aku beli buku lain selain buku rujukan mungkin berkenaan agama, pengetahuan am atau apa saja yang berilmiah. Kalo tukar voucher tu kat kedai buku Popular, perghh plus voucher RM50 serta free membership utk setahun. bestkan? 

Oklah..sambung cite di lain kali ye. (Gambar nnti aku letak kemudian sbb tak jumpa wayar penyambung kamera..boleh gitu?)

Rabu, 20 Mac 2013

Mengimbau kenangan lama...




Isnin lepas atau lebih tepat pada 18/03/2013 lalu, anak sedara aku Nazreen telah memperolehi keputusan 4 flat dlm STPMnya. Alhamdulillah kerana segala kepayahan yang dilaluinya tidak pernah memadamkan semangat untuknya terus berjaya. Aku tahu STPM tidak semudah disangka. Ia bukan macam SPM dan sudah pastinya semasa tidak dapat menerima tawaran dari mana-mana pusat matrikulasi walaupun berkeputusan cemerlang  dan juga gagal dalam temuduga ATM pasti sedikit sebanyak mencalar hatinya.

Aku selalu nasihatkan dia, jangan mudah putus asa dan jangan beranggapan STPM tidak membawa apa-apa makna sebab aku pernah melaluinya dan aku yakin di sebalik kepayahan pasti akan membuahkan kejayaan dan hari ni dia boleh tersenyum bangga. Dia bukan saja menjadi pelajar terbaik di sekolahnya malah di daerahnya dan hari ini dia diundang untuk menerima sijil penghargaan sebagai pelajar terbaik STPM oleh Jabatan Pelajaran Negeri, menurut suami aku yang turut menemaninya tadi mengatakan bilangan pelajar Melayu yang cemerlang boleh dikira dengan jari tidak kira le SPM atau STPM. Pastinya akak ipar aku boleh tersenyum bangga kerana walaupun mereka bukan dari keluarga senang tapi boleh berjaya. Cuma pastinya dia juga terkilan kerana keputusan ini tidak dapat ditunjuk dan dikongsi bersama arwah ayahnya iaitu Abg Din. Menurut akak ipar aku, semasa pulang dari membawa slip keputusan berlari-lari anak dia ke halaman rumah tapi malangnya orang yang dia cari tiada. Pasti korang dapat bayangkan perasaannya kan?

Aku harap semangat juangnya masih lagi tinggi kerana masa hadapan kini terbentang utk dia mencipta sejarahnya sendiri. Kalau dia tanya aku, pastinya aku akan tanya soalan ini kembali, "Abang dah fikir ke nak jadi apa sebenarnya?". Abang adalah panggilan untuknya di rumah. Dia cuma tersengih. Insyaallah, semoga apa yang dia impikan akan tercapai. Suatu ketika dulu ketika aku berjaya mendapat 4P walaupun tidak le cemerlang tidak melayakkan aku untuk kemana-mana bukan kerana tidak mendapat tawaran tapi kerana kekangan kewangan keluarga. Tapi anak sedara aku ini dalam kategori bernasib baik walaupun dia bukan dari orang senang tapi ada saja bantuan perseorangan dan kerajaan yang membantu anak yatim sepertinya.



Khamis, 7 Mac 2013

Pindah pejabat lagi...


Assalamualaikum semua dan salam jumaat,

Entri ari ni berkenaan pindah opis. Utk kali yang ke 4 kata mereka (member sejabatan lah yang kata). Perpindahan sebelum ini aku tak terbabit sbb aku dulu kat tempat lain lagipun lokasi perpindahan pada ketika itu hanya sekitar tukar pintu aje tapi kali ini lokasi perpindahan agak jauh, sewa di rumah kedai 2 tingkat dan kawasan itu agak pedalaman. Kebanyakan kat situ terdiri dari mat-mat bangla, nepal dan yang sewaktu dengannya. Boleh pulak pihak pengurusan pilih lokasi cam tu, sangat menakutkan bila tengok dorang bersidai beramai-ramai. Dah macam pergi kota Bombay atau Dhaka, kata member. Tapi nak buat macam mana, kami hanya mencari rezeki halal kan.

Jadi sepanjang minggu ini hingga minggu depan, jabatan kami penuh dengan kotak-kotak. Bukan setakat humban aje dlm kotak, kena labelkan dan pastikan hanya fail aktif saja yg boleh dibawa kerana ofis baru tu tak luas dan ruang utk penyimpanan dokumen pun sangat terhad. Yang merisaukan aku, adalah kedudukan aku sekarang ni. Aku dalam dilema samada aku kene ikut jabatan aku atau aku ditinggalkan kat opis ni dan menumpang di mana mana jabatan lain kerana aku ada projek bersama dengan jabatan lain. Masalah yang timbul bila bos jabatan aku macam tak nak lepaskan aku walaupun dia tahu projek tu agak penting. Aku rasa dia takut kalau dia pinjamkan aku ke jabatan tersebut secara sementara nanti esok lusa jabatan tersebut terus tarik aku ke dalam jabatan dorang. Serba salah dibuatnya. 

Ahad, 3 Mac 2013

Bila anak-anak demam

Sebenarnya sejak akhir bulan Feb ari tu, si abg Afiq yang muntah-muntah dan buang air besar kemudian terus demam. Doktor kata ada kemungkinan keracunan makanan dan kebetulan tonsilnya merah dan bengkak. 

Berjangkit pulak pada akaknya si Afiqah yang suka mengecek makanan adik dia. Ye lah, kalau dah si abg sakit tekak jadi tak berselera le nak makan. Akak dia pun sapu je lah ikut selera dia, mana le tak montel. Tup-tup dia pula kene demam tapi selera makan tetap tak surut cuma mengada je lah lebih. Demam diapun tak kebah sangat, nak kata panas sangat pun tak, nak kata dah baik pun tak juga tapi hari-hari sibuk suh g jumpa doktor. Bukan tak nak bawak tp dia ni memang payah nak makan ubat. Jumpa doktor memang dia suka tapi nak abiskan ubat memang le payah. Lagipun stok ubat bulan lepas ada lagi jadi aku ingat kalau tak kebah seminggu ni baru bawak jumpa doktor. 

Tup-tup si kecik Haziq pulak kena sebab si akak rajin melayan si kecik tu bermain cuma bagusnya si kecik ni tak de merengek atau menangis tapi mulut bising aje. Aku tersedar sekitar jam 3.30 pagi bila si kecik ni mcm bising mulut dia. Bila aku pandang dia senyum aje. bila aku rasa badan dia panasnya. terus aku jelum ngan air kasi suhu turun. dia masih senyum aje. terus tak pakaikan stokin atau sarung tangan, pakaikan baju yg longgar dan pakai pampers aje. Pada fikiran aku, biasanya budak kalau demam panas sangat dia akan buang air besar kerap tp tak de pulak cuma malam sebelum tido tu dia memang banyak buang air besar, lebih 3 kali sampai penuh alas plastik di tilamnya sebelum aku sempat nak tukar lampin baru. 

Tadi pun semasa aku pulang ke rumah mama melihat anak-anak, si kecik tu tersengih sengih walaupun panas badannya susut sedikit setelah aku lap tapi akak dia badan masih ada dedar sikit tp dah terpengsan kerana kepenatan balik dari sekolah agaknya. Nampak gayanya malam ni kene pergi klinik juga lah ye.

Rabu, 20 Februari 2013

Letihnya...

Kebelakangan ni aku rasa cam letih /penat sangat. Mungkin kerana tak cukup rehat kot? Nak kata kerja kat ofis berlambak tak juga sbb projek belum berjalan lagi. Aku rasa lah yang membuatkan aku letih adalah jarak masa perjalanan ulang alik dari rumah ke pejabat serta masa yang aku amik utk menyelesaikan kerja kat umah sangat memenatkan. Iyelah, anak-anak dh semakin bertambah bilangan dan kenakalannya. Si kecik tu pun dh pandai meragam. Kalo kat umah asyik nak kita dokong aje, letih nya. Adakalanya aku terbongkang tertido tanpa sempat berbual ngan anak anak atau suami. Itu belum lagi dimasukkan ada aktiviti tambahan yang lain seperti terpaksa menghadiri mesyuarat perkumpulan atau aktiviti mingguan perkumpulan. Kalau boleh aku skip, aku lebih rela duduk umah siapkan kerja rumah dan apa yang patut tp nak wat cam ne kalo dh jadi AJK ni kan, terpaksa le tunjuk muka walau sekali sekala. Malam ni pun ada mesyuarat. Kalo terpaksa aku bawak si kecik tu sekali. Entah kul bape habisnya, perghhh tak sempat memasak le aku jawabnya. Ujung minggu ni pula ada kelas dan aku akan pastikan kali ni aku hadir kelas sbb subjek akaun dan makro memang dh lama aku tinggalkan berbelas tahun, aku tak mo fail lagi. Tak perlu le aku repeat paper sekali lagi, kalo boleh aku sudahkan tahun depan degree aku alangkah indahnya. Doakan aku berjaya ye.

Ahad, 17 Februari 2013

Majlis Potong jambul Haziq







Assalamualaikum semua, Alhamdulillah. telahpun selamat majlis potong jambul puteraku, Mohamad Haziq Hazim pada 16/02/2013 tanpa sebarang masalah walaupun dia jenis tak boleh duduk diam dan rambut pun tak byk mana.

Majlis kali ni kira kelam kabut jugaklah tapi berjalan lancar dibantu oleh akak ipar dan rakan-rakan serta adik aku, Angah. Jika nak harapkan aku sorang kompem tak siap-siap sampai tetamu sampai. 

Syukur sangat-sangat cuaca malam tu cerah, makanan pun cukup dan tetamu pulang bersama cenderahati buatan tangan akak ipar aku dan Angah. Cuma pulut kuning aje aku tempah dengan member aku. Mujur majlis dibuat pada hari Sabtu malam. Kalau ari Ahad, sudah tentu aku cuti ari ni. sangat memenatkan, seusai majlis aku kelepakan dibuatnya mengalahkan buat kerja kawin..hehehe gambar aku akan upload dalam fb tapi tak banyak kerana memory card kamera aku dh penuh.

Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan terima kasih kepada akak ipar, adik dan rakan-rakan yang sudi membantu dan sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Walaupun majlis itu kecik-kecilan tapi akhirnya hajat utk melaksanakannya tercapai juga.

Selasa, 12 Februari 2013

cuti-cuti di rumah aje

Cuti raya cina lepas memang aku tak ke mana-mana tapi mujurlah anak-anak memahami. Suami yang selalunya sibuk siang malam keje termasuk buat part time kali ni berehat sepuasnya. memang betul-betul melepakkan diri anak beranak di rumah. Cuaca pulak tidak mengizinkan, hampir seharian hujan tapi mujurlah semalam cuaca ada cerah sikit. Kesempatan itu diambil oleh aku untuk menyidai pakaian yang banyak dan pada masa yang sama kami membuat operasi spring cleaning (buang apa yang tak patut). Banyak le juga koleksi kasut lama-lama yang tak boleh pakai lagi. Semuanya hampir 4 beg plastik. Inilah payahnya kalau masing masing buruk kaki. pakai kasut sume jahanam smp lansung tak boleh baiki. Bilik belakang yang biasanya dijadikan bilik solat dan ruang mainan utk anak dara aku telah diubah menjadi bilik tetamu lengkap dengan langsir dan permaidani. Nampak ceria sikitlah. Mama pula ikut keluarga Angah g bercuti di Bukit Gambang. Biarlah dia bercuti tapi jangan balik mengaduh semua sakit, dia yang beria sangat nak pergi kan? jadi anak-anak suami aku yang jaga sebab aku tak boleh cuti panjang tapi kalau amik cuti 1/2 hari boleh le kot? Soal keje pula. Alhamdulillah, aku ada diberi tugasan utk handle satu special task bersama satu team gabungan dgn jabatan lain dan insyaallah aku rasa tak de masalah utk direalisasikan kerana pengalaman yang aku ada boleh membantu tugasan ini yg dalam proses. Target utk dicapai adalah 6 bulan tp aku rasa tak de masalah cuma yang buat aku sangat terkejut secara tiba-tiba bila hari jumaat lepas bos panggil aku dan kata aku mungkin akan dipindahkan ke jabatan lain. Aku ingatkan jabatan utk projek khas inilah tetapi utk satu jabatan baru dan bos baru. aduhhh..agak panik awalnya dan aku cuba berbincang dgn GM aku ni tapi kemudian dia kata dia akan bincang dgn pihak pengurusan atasan dan tgk mcm mana. Semenjak aku balik semula ke jabatan ni setelah dipinjamkan ke PBT selama 6 thn, ini kali ke 2 aku dikatakan akan dipindahkan. Kali pertama dulu dlm sebuah syarikat JV tp ditarik balik sbb aku tengah sarat. Aku redha jelah. mana-mana pun boleh janji ada keje.

Rabu, 30 Januari 2013

spekulasi diri..diet ker?

Ramai beranggapan aku kini diet dalam pemakanan, satu perkara normal yang berlaku pada ibu-ibu yang teringin nak slim balik tapi payah nak dapat kontur badan asal. Tak de maknanya aku nak diet kalau dah breastfeeding baby ni. Puas le aku cakap aku sebenarnya kuat makan cuma pilihan makanan aku adalah selektif. Aku tidak makan benda yang tidak berkhasiat, sendiri mau ingat le kan. Keluarga aku terutama papa dan mama membebel-bebel memarahi aku bila tengok aku makan macam disukat-sukat kerana kata mereka ia akan mengurangkan susu badan. Yang mereka tak tahu dan harus diterangkan ialah aku jenis tak suka makan banyak sekaligus tapi aku suka makan sikit tp berulang kali dan faktor keduanya ialah aku kene jaga kesihatan memandangkan tahap kesihatan aku dh atas border, bila-bila masa saja aku boleh disahkan pemastautin penyakit kencing manis dan buah pinggang dan atas sebab tu le kot akunya berat badan semakin susut. Jangan ingat makin kurus makin sihat ye tapi itu tanda aku harus berjaga-jaga dalam pemakanan. Keluarga aku selalu marahkan aku kerana kata mereka aku ni berfikiran negatif dan teringin sangat nak merasa sakit tapi tu lah realitinya, kebenaran itu kadangkala menyakitkan dan sukar dipercayai tapi masih boleh dikawal. Nampak kurus tapi tak sihat pun tak guna jugak kan?So sekarang kalo orang masih bertanya kenapa aku semakin susut, adakah kerana diet? janganlah percaya aku buat sedutan lipo atau makan benda-benda mengarut utk kurus termasuk le gi gym.

Selasa, 29 Januari 2013

potong jambul utk si kecik haziq

Salam semua, Si kecil yang bernama Mohamad Haziq Hazim ni sekarang telahpun berusia 3 bulan dan aku memang dah merancang nak buatkan majlis potong jambul untuknya tapi tidaklah terfikir akan buat dlm waktu terdekat ni sebab biasalah budget tak cukup dan sebagainya tapi memikirkan ayah dia punya waktu cuti yang terhad serta tak mau jadi macam kes abang dia, dari majlis potong jambul jadi majlis kesyukuran sahaja sebab budak yang nak dipotong jambul dah besar dan dah pandai hilangkan diri..ekekekek Aku memang tak suka membazir, memang tak de maknalah aku nak sediakan pelamin bagai dihias siap ada deko mcm orang nak kawin atau khemah berscallop scallop. Menu pun hanya amik yang paling simple je. Orang kata ukur budget di kocek sendiri. Yang penting aku dah menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang ibu kepada anak sendiri. Tapi tu lah, rambut anak bujang aku ni mcm akak dan abg dia, sangatlah halus..mcm mana nak dipotong yek. Bila ada rezeki lebih nanti, mana lah tahu dapat bonus besar boleh le aku tumbangkan sekor lembu pd hari raya haji nanti (berangan je dulu tak salah kan?). Untuk kawan-kawan yang mengenali tapi aku tak jemput tu, minta maaf sangat-sangat ye. Aku cuma jemput orang yassin kawasan aku aje serta adik beradik dan keluarga terdekat. Lenkali kalau aku buat open house (kalo ada rezeki) aku akan jemput semua kenkawan datang lagipun aku seganlah, umah aku uzur dan tidak segah umah orang lain.

Jumaat, 18 Januari 2013

bila le sengsara aku ni nak abis?

Sem baru aku akan menyusul Februari ini. Modul dahpun amik, assignment pun dah dapat tajuk tapi aku tak de idea utk mulakan yang mana satu pun. Sebabnya, subjek yang aku amik semakin susah. Semuanya melibatkan kira-kira sahaja seperti statistik, mikro dan makro, akaun (2 subjek)dan semuanya adalah dalam 12 subjek utk diambil termasuk yang terpaksa kene repeat paper lagi. Kalo aku amik satu sem 2 paper bermakna tahun depan je lah aku boleh abis belajar, tu pun kalo lulus. Aku sebenarnya dah masuk tahap bosan dan tak larat nak study lagi. Tapi ramai yang bagi kata-kata semangat cuma aku je yang macam semakin tak bersemangat nak menghabiskan. Kalau le aku muda belia 20an macam dulu-dulu, pasti otak aku masih fresh dan bijak. Poyo jek. waktu tu aku tak dpt peluang belajar macam ni, kemudahan pun tak de semudah sekarang dan aku pun tak de masa utk belajar kerana dihambat dgn kesibukan kerja dan masalah2 lain pulak. Ada hikmahnya Allah jadikan sesuatu perkara tu lambat atau cepat cuma aku ni je yang sengal kot dan slow cam siput bila terpaksa belajar balik. Kadang kala aku terfikir sendiri melihat member yg dh grad tu kan, untungnya akak tu, masa dia study dulu, suami dia byk membantu buat kerja-kerja rumah sume dan hujung minggu tolong jaga anak, laki aku? tengok keadaanlah. selalunya sibuk dgn kerja part time dia yang tak sudah tu. Untungnya bro tu, tak perlu pening-pening fikir masalah sapa nak jaga anak dia, sbb dia datang kelas dgn anak tp anak dia suh lepak kat kafe bawah sementara dia di dalam kelas. lepas kelas terus dia bawak anak dia g shopping complex pulak. Aku suh anak aku g kafe bawah? hilang adala le nanti. Adakalanya aku rasa cam nak nangis sbb terpaksa skip kelas kerana tak de sapa nak jaga anak-anak sedangkan waktu tu aku mmg nak sangat masuk kelas dan jumpa tutor utk membincangkan topik yg aku tak tahu. Bila dh grad nnti aku tak tahu nak jadi apa lak. Update resume dan mohon kerja kosong? ada ke orang nak ek pekerja tua cam aku ni? ekekekek..minta-mintalah berbaloi segala pengorbanan aku ni

Selasa, 15 Januari 2013

merancang aktiviti bersama anak-anak

Biasanya hujung minggu terutama hari Sabtu adalah hari yang paling sibuk dan paling memenatkan dalam kalendar aku sebagai seorang ibu dan suri rumah tak sepenuh masa. Pada waktu yang sama, anak-anak memerlukan kasih sayang dan perhatian dari aku tapi kerana kesibukan menguruskan rumah tangga aku adakalanya buat tak layan aje. Bila aku dah penat aku suh aje anak-anak tido padahal dorang baru nak bermesra dgn ibu mereka. Mulai bulan lepas aku dah start plan aktiviti bersama anak-anak dan biasalah adakalanya menjadi adakalanya tidak. Aktiviti pertama adalah membuat 'kolaj' dari kalendar-kalendar lama. Bahan-bahan yang digunakan: Drawing block A3 size (sorang sekeping kalo tak bergaduh),selambak kalendar lama-lama, gunting yg sesuai utk kanak-kanak, gam, marker pen. Punyalah excited si akak sebab tak pernah buat aktiviti kerja tangan seperti ini. Mula-mula berikan penerangan tentang apa yang ingin dilakukan. Bagi tema untuk memudahkan mereka memulakan imaginasi karya mereka. Tema aku masa tu adalah bersantai di tepi pantai atau di taman. Aku tengok anak dara aku memang mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Sangat kreatif tp sayang aku tak snap gambar yg dihasilkan jika tidak pasti boleh dikongsi di sini (sori ibu dia ni sedikit pemalas). Aktiviti kedua yang aku dah buat adalah teka teki matematik. Afiqah pada mulanya sangat payah nak memahaminya tapi bila dia dah faham konsepnya, dia pulak suruh kita buat lagi dan lagi dan lagi. Sampai sekarang pun dia masih mengulang soalan matematik yang aku berikan dan dia menulis di mana saja dia jumpa kertas tak pakai. Bahan yang aku gunakan adalah buku kotak-kotak matematik tu dan senarai soalan matematik mudah dari angka 1 hingga 10 (untuk permulaan) melibatkan tambah, tolak dan kemudian aku tingkatkan soalan berbentuk gambarajah bagi membuatkan dia lebih memahami konsep tambah tolak dan bahagi dari angka 1-20 pula. Anak dara aku ni matematik terror tp kalo tulisan jawi fail!walaupun 10 kali aku bagi latihan pun, buku latihan pun dh mcm2 tp dia masih tak pandai lagi. Kelas iqra' pun masih merangkak. Aku belum ada masa nak bagi latihan intensif paksa utk dia lagi sbb buat masa ni ibu dia sedang sibuk untuk persediaan masuk kelas sem baru Februari ni tapi aku ada merancang nak buat aktiviti mewarna hujung minggu ni kalo dapat. Dalam semua aktiviti ni afiq paling pemalas dan cepat bosan. macam pelik pulak sbb kat sekolah dia lah yang paling happy, mungkin kat sekolah ramai kawan kot? atau cikgu dia rajin melayan mood swing dia setiap hari? hmm..entahlah.

tayar pancit lagi

Petang semalam semasa dalam perjalanan nak ambil afiq dari taskanya, selepas melalui jambatan Taman Perling menuju ke Taman Tampoi Indah, aku terdengar bunyi seperti meletup seolah-olah bonet aku terlanggar sesuatu tapi bila aku tengok cermin belakang tak de benda pun di jalan raya. Tak de kenderaan dan tak de benda yg aku ter'langgar' kat tengah jalanraya tapi hati rasa macam tak sedap aje ni. Molek je setiba depan taska Afiq, kereta ni terus tak boleh jalan. Aku pun terus keluar nak check. Tepat tekaanku, tayar aku pancit! rim dah jejak tar jalanraya, patut le tak leh bergerak. Hujan gerimis pulak tu, cuaca makin kelam. Aku cuba call suami suruh datang tapi dia bagi alasan tempat aku jauh dari lokasi tempat kerja dia, ambil masa utk sampai lalu aku call adik bongsu aku. Alhamdulillah, pertolongan segera sampai dalam 20 minit kemudian. Tak banyak tanya, dia terus tukar tayar kereta aku dengan tayar spare dan periksa tayar kereta aku. Memang rabak besar tayar aku. Rasanya macam tak boleh tampal ni, kata ucu. Abis tu cam ner? tak lama kemudian suami pula tiba. Dia pun hantar tayar tu ke kedai tayar berdekatan utk check samada boleh tampal atau tidak, memang tak boleh sbb koyak agak besar, terpaksa le tukar tayar baru. Tayar yg koyak tu aku baru beli tau, tak sampai setahun pun, akibat pancit gak tapi di lokasi lain. Mujur le waktu insiden berlaku ni, baby Haziq tak mengarok kalo tak lagi huru hara dunia. Penyudahnya, aku sampai rumah lewat. Mujur mama ada bekalkan lauk masa nak balik tadi, jadi tak perlu ambil masa utk memasak. Rasa cam fobia nak melalui jambatan tu lagi lepas ni. Aku rasa aku langgar besi penyambung jambatan tu ler.

Ahad, 13 Januari 2013

cabaran utkku

Walaupun aku dah punya 3 orang anak tapi terus terang aku katakan sebagai seorang ibu yang bekerja dan mempunyai anak kecil, aku masih lagi tidak pandai dalam bab pengurusan anak-anak, begitu juga dalam bab penyusuan ibu. Mungkin kurang membaca atau kurang dedahan tentang bagaimana membantu penyusuan ibu secara eksklusif jadi aku tidaklah beria-ia mengepam dan menyimpan susu utk buat stok sampai berbotol-botol. Sebab biasanya setiap kali pam, tak kira lah berapa botol aku dapat pasti akan habis untuk hari itu juga. Ini bermakna memang susu aku ngam-ngam untuk diminum si kecil utk hari itu. Sebab tu masa anak kedua dulu, dia tak nak susu badan masa umur dia 6 bulan. Sedih, walau aku dah perah dan cuba bagi direct breastfeeding pun dia tak mo, sangat berbeza dengan akak dia dulu yang sempat menyusu hingga hampir umur mencecah 1 thn 8 bulan. Itupun diberhentikan kerana mengikut nasihat doktor bagi mengelakkan aku 'bleeding' sewaktu hamil kali ketiga. Yang kedua gugur kerana mengandung luar rahim. Seperti mana-mana ibu lain, besarlah harapan aku untuk memberikan sepenuh susu ibu pada anak dari lahir hingga usia 2 tahun. Untuk kandungan kali keempat memang aku dah bersedia kerana aku tahu tiada kebaikan yang setanding dengan susu ibu dan alhamdulillah bila baby Haziq lahir, dia tak menolak cuma waktu tu susu badan aku memang kurang sementara puting lak melecet teruk. Adik aku sampai terpaksa jadi ibu susuan kerana susu badan aku sangat kurang. Masa tu aku memang dah hampir putus asa nak menyusukannya dengan susu badan tapi aku cuba gak google dan tanya member-member tentang apa jenis makanan untuk membanyakkan susu badan. Di situlah kali pertama aku dengar perkataan 'milk booster'dari seorang kawan aku yg memang menyusukan badan secara eksklusif. Menurutnya ada kalanya sesetengah makanan tu memang akan membantu membanyakkan susu badan tapi setiap orang tak sama. Mungkin pada aku, kalau aku makan sayur sawi, susu akan banyak tapi pada orang lain makan bermangkuk-mangkuk pun tak jalan. Jadi aku pun cuba lah kaedah memakan senarai barang utk menambahkan susu tu dan aku dapati makanan yang banyak menambah susu untuk aku yang sesuai yang aku ingat selama ini adalah susu rupa-rupanya adalah sayur sawi dan sayur lobak putih. Kebetulan waktu tu adalah dalam pantang jadi suami aku memasak sayur sawi setiap hari yang dicampur dengan lobak putih. Alhamdulillah, susu banyak dan baby tak melalak sbb asyik nak menyusu (mungkin dia tak puas sebelum ni tu yang menyebabkan dia menangis). Pernah juga aku terdengar 'teknik power pumping' dan kaedah urutan putaran apa tah semasa di wad lagi tapi tak de seorang pun yang pernah menghadiri kursus tentang keibuan tu yang menerangkan secara lebih jelas tentang teknik tersebut. Apa lah salahnyakan ilmu yang bermanfaat tu dikongsikan bersama ibu-ibu yang lain. Jangan ingat ibu tu dah beranak 3 dia lebih pakar dalam penyusuan. Contohnya aku ni, hanya tahu kalo baju dah basah maknanya susu dah terkeluar dan perlu dipam. Balik nanti pasti anak aku hanya nak direct breastfeeding sahaja. Susu yang aku pam tu hanya diminum semasa dia di rumah pengasuhnya sahaja. aku tak terfikir nak buat susu berstok-stok sbb banyak sangat stok pun kalo simpan lama sangat nnti tak sedap, tak segar.hehehe... Bila aku baca banyak blog tentang penyusuan ni, kebanyakan ibu-ibu yang menyusukan anak ni (tak kira le yang direct breastfeeding ke atau susu yang telah dipam tu ker) adalah pengguna produk Shaklee. Hai, pengguna produk lain tak de ke yang nak buat promo produk dorang? setahu aku produk shaklee sama aje barang dia dengan produk supplemen barangan lain. Produk Amway pun ada soya protein, daily vitamin dan vitamin yang lain-lain. Itu belum lagi jenama produk supplemen lain. Produk Gano yang aku makan pun ada gak supplemen untuk menyokong ibu-ibu yang menyusu supaya bukan sahaja badan ibu itu sihat dan ramping tetapi menambahkan kualiti susu yang dihasilkan. Menjadi seorang ibu itu satu tugasan yang bukan mudah terutama jika mempunyai komitmen lain yang perlu diambil kira seperti bekerja (sepenuh masa atau separuh masa, belajar (sepenuh masa atau separuh masa), menjaga ahli keluarga yang uzur (tak kira le samada kedua ibu bapa yang uzur atau adik beradik atau anak-anak lain. Seorang ibu biasanya tidak akan mengungkit segala apa yang telah dilakukan untuk anak-anaknya tetapi yang selalu kita dengar adalah 'nyanyian rapper' atau alunan bebelan di cuping telinga di atas kenakalan kita juga.Kini aku pun mengalunkan lagu rapper setiap kali melihat aksi keletah anak-anak aku. Adakalanya aku dah kepenatan, dah tak kose makcik..lantak le. Nanti dah penat dia berenti sendiri. Oklah..dh panjang aku membebel ni, nnti jadi cerita merepek pulak. Aku ni kalau dah mengantuk memang suka merepek..stop dulu ye.

eiii geramnya...

Dalam kehidupan berumahtangga bohonglah takde selisih faham terutama bila tidak sependapat. Begitu juga dengan kehidupan aku. Aku memang tak boleh terima tolak ansur dalam soal pemakanan utk pembesaran anak-anak aku. Alkisahnya begini. Suami aku ni suka makan jajan. Orang Johor panggil makanan snek ringan mcm keropok makanan ringan, gula-gula, jeruk ke sume tu sebagai jajan. Jadi bila dia ada anak, aku memang tak bagi anak-anak makan tu semua kecuali coklat. Kenapa coklat? sebab coklat boleh membekalkan tenaga tapi bukan sebarangan coklat. Biasanya coklat wafer atau roti coklat atau coklat kit kat sahaja. Gula-gula? anak aku sampai sekarang tak gheti nak makan sebab aku memang tak kasi, selain boleh menyebabkan gigi rosak ia juga tak de mengenyangkan atau khasiat. Sekali sekala ayah dorang ni secara sembunyi sembunyi belikan jajan dan suh anak dia makan. Dia tahu kalau aku nampak kompem aku buang dalam tong sampah. Mula-mula anak-anak aku tak nak makan sebab tak biasa makan keropok pelbagai warna dan rasa tu tapi lama-lama agaknya dah macam satu kemestian suruh ayah dia belikan. Aku pun bisinglah sebab aku tahu banyak bahan pewarna dan bahan kimia di dalamnya. Yang geramnya suami aku ni dia kata sekali sekala tak pe, kalo dia beli semua tak boleh tapi kalau aku pulak semua ok aje. eiii geram betul. Dan semalam, hangin satu badan sebab suami aku selamba aje bagi anak-anak dia makan maggi! sedangkan dia tahu aku tak benarkan anak aku makan. Kalau anak aku teringin sekalipun aku akan beli mee kering dan masak sendiri. Tapi suami aku balik balik kata sekali sekala aje dan mula mempertikaikan sikap aku. Kenapa aku marah sangat sedangkan katanya dia hanya makan sekali sekala. Kalau dia makan sorang aku tak kisah tapi jangan libatkan anak-anak yang tak tahu apa-apa. Aku cakap begitu sebab berasas. Suami aku sendiri tahu bahawa keturunannya ada penyakit darah kanser. Kalau rajin diaktifkan tak mustahil esok lusa macam-macam boleh berlaku. Bayangkan kalau anak-anak aku mewarisi penyakit darah macam tu? nauzubillah minzalik. Mana ada ibu yang nak lihat anak-anak menderita? penyudahnya kami laki bini bertekak dan terus tak bertegur sapa. Bengkek je hati ni. Degil betul suami aku ni, kalau dah sakit nanti baru nak menyesal. Ye ker menyesal? ntah-ntah salahkan aku pulak nanti.

Rabu, 9 Januari 2013

masalah kerak kepala baby Haziq

Selepas baik demam dan timbul ruam satu badan kemudian batuk dan selsema, kini timbul pulak masalah kerak kepala hingga ke telinga dan ruam susu di mukanya. Puas lah aku cuba semua petua yang orang kasi dan yang aku baca kat internet serta mencuba krim yang doktor bagi tapi tak berjaya. Macam pelik le jugak sebab masa si akak dan abang dulu tak pernah lak kene cam ni. Tangan aku ni rasa cam nak garu-garu nak kopek je kuping kat kepala dia tu terutama kat belakang telinga..mcm kulit kering yang menyakitkan tapi kata doktor tak de apa-apa. Adakah alahan makanan dari ibunya? apa ek yang aku makan sampai baby aku jadi cam ni? Aku rasa aku suka makan roti gandum setiap hari. Makan roti gandum boleh menyebabkan alahan ker? aku jarang minum susu tapi biasanya aku minum milo+susu pekat suku camca. Adakalanya aku minum hot chocolate saja sbb buat alas perut sblm aku bersarapan pagi di tempat kerja. Buntu kepala ni memikirkan. Sekarang ni semua pakaian baby aku mmg 100% steril dgn dettol. Biarlah tak wangi janji dia tak sakit. Kalo tengok bahagian pelipat peha dan anu dia mmg merah memanjang dan memang aku rasa baby Haziq ni berkulit sangat sensitif. Krim pureen yang biasa aku guna utk nappy rashes pun tak boleh merawat ruam-ruam tu..tengah pening ni. tengah cari petua lagi utk ilangkan ruam tu

Isnin, 7 Januari 2013

kisah anak-anak

Baru ari tu cakap segalanya baik-baik saja tentang anak dara aku, tiba-tiba dikejutkan dengan panggilan telefon dari tok mak dia mengatakan anak dara aku tak balik-balik lagi. Rasa nak pengsan pun ada. Hati ni risau sangat, ke mana lah manja aku tu pergi? salah naik van ker? aku pun terus menelefon pakcik van tu dan pakcik tu kata dia dh selamatpun sampai rumah dan ketika aku menelefon balik tok mak dia, anak dara aku yang angkat dan cakap, "Eloo ibu. akak baru sampai umah tok mak. akak kuar lambat tadi". Buat cuak je. Apalah tok mak ni..sib baik aku tak de sakit jantung, kalo tak dah pengsan tadi. Tu cerita si akak. Belum lagi cerita si abang dan si adik. Si abang sekarang aku hantar ke taska atas permintaannya sendiri. Katanya dia suka ramai kawan dan ada aktiviti bersama-sama macam mewarna, tampal-tampal dan main ramai-ramai. Hari pertama hantar dia relaks je masuk sekolah seorang diri. Ingatkan dia akan nangis ke pe, leks je. tanya gak cikgu yg jaga. so far ok je dia. Bila aku tgk gambar dia kat dlm facebook taska dia, kelihatan dia mcm malu-malu tp enjoy lah aktiviti seharian yg pelbagai cuma masih berat mulut kalo ajak berbual. Ada masanya dia lebih becok dari si akak tp jarang berlaku. Baby Haziq pula dua minggu lepas tak leh injek sbb demam, lepas demam ruam pulak satu badan. Lepas tu batuk dan selsema pula. Dah tak jadi injek utk kali kedua. Kalo minggu depan aku tak tahu lah nak cakap pe..injek utk bulan ke 3 entah bila pula. takkan selang seminggu kene injek lagi, mau tak demam balik nnti. Sekarang dh semakin bijak sebab dah boleh diagah, senyum-senyum dan adakalanya berbunyi bunyi seolah nak ajak kita berbual dengannya. Kalo aku letak mainan bergantungan di kepalanya, dia suka tengok tp tangannya belum lagi berusaha utk mencapainya. Bila aku tengok perkembangannya setiap hari rasa damai hati ni. Cuma tu lah, kalo lebihkan masa pada dia nnti si abg akan kecik ati sbb dulu aku manjakan abg. Akak yg sulung tupun manja gak, adakalanya dia pulak perasan nak jadi 'ibu' dan cuba buat mcm mana ibu biasa buat kat adik kecil dia. Boleh lah diharap kalo aku sibuk didapur.

Khamis, 3 Januari 2013

afiqah kini di pra sekolah

Alhamdulillah, rasa lega di hati bila anak dara aku yang kami panggil dengan nama manjanya sebagai 'manje' telahpun besar dan pandai berdikari. Aku ambil cuti beberapa hari semata-mata nak pastikan segalanya berjalan lancar,alhamdulillah semalam aku tengok selain dia boleh masuk ke sekolah sendiri, dia dah pandai naik van sendiri malah gembira ketika pulang bersama rakan-rakan sebayanya. Dia memang peramah jadi memang mudah mendapat kawan. Sejak sekolah ni, dia tak de masa nak bermain-main dan waktu petang dia dihabiskan kalau tak menonton tv dia dh terus tido, letih sangat agaknya sebab awal pagi dah kene pergi sekolah. Biasanya masuk sekolah pukul 8 pagi tp kini 7.30 pagi dah ada depan sekolah, dan yang sangat menggembirakan aku ialah dia tak nak minum susu botol lagi malah tak pernah mintak lagi susunya. Susut lah si montel aku tu tak lama lagi. Dia kata dia dah besar dan dah sekolah betul, tok ayah tak kasi dia minum guna botol lagi dan dia pun dh janji depan tok ayah dia. hehehe..