Rabu, 29 Mei 2013

dah tua dah saya...





18 Mei yang lepas genaplah umurku yang ke 37 thn. Dah nak masuk 4 series dah. Tiada sebarang sambutan atau makan-makan ataupun kek yg dihidangkan tapi wish dari anak-anak, suami dan keluarga serta rakan-rakan mewarnai hariku. 

Apa yang aku impikan tahun ini? wish list tu ada tapi aku rasa tak perlulah nak senaraikan kan sbb belum pasti akan menjadi kenyataan. Kalau dah jadi kenyataan nanti barulah aku boleh ceritakan impian tersebut. Aku cuma bersyukur kepada Allah kerana telah diberikan kesempatan olehNya lagi menghirup nikmat dan melalui kehidupan ini untuk setahun lagi.

Orang kata jika umur semakin meningkat, pencapaian peribadi haruslah juga meningkat begitu juga dari segi sikap dan cara pemikiran. Tak tahu nak cakap apa sebab penilaian diri sendiri dan orang yang melihat tidak sama tapi aku berharap pandangan orang terutama sekali dari keluarga biarlah yang positif dan memotivasikan diri sendiri. :D (Maaf entri ini lambat sebab terperap dek dihambat oleh kesibukan tugasan harian).

Nota : aku gembira setiap hari walaupun tidak kaya atau mewah kerana Allah itu Maha Adil dalam segalanya .Biarlah orang nak kata apa yang penting kita wajib bersyukur kepada Nya.

Ahad, 5 Mei 2013

suasana pilihanraya

Pilihanraya kali ni, aku balik BP awal 2 hari kerana hendak memberi peluang anak-anak lama sikit bermain di kampung. Bertolak sekitar jam 10 malam dan tiba di kampung sekitar jam 12 tengah malam. Esoknya hari Sabtu, suami mengajak kami sekeluarga berjalan-jalan di sekitar bandar BP dan makan tengahari di sebuah restoran Arab. Nama restoran tu, Restoran Madinat Hadramawt. Memang sedaplah nasi arab dia, boleh pilih ayam atau kambing atau gabungan keduanya pada harga berpatutan. Jus air dia pun sedap. Ini bukan kali pertama lah makan nasi arab tapi rasanya hidangan yg dimasak kali ni antara paling sedap yg pernah aku makan.

Mlm pula kami terpaksa ke bandar semula sbb afiq (anak bujang)  aku dicakar kucing hingga bengkak. Masa siangnya pun dia dh kene sekali tapi aku sapu minyak gamat aje tp tak sangka mlm tu dia kene taring kucing yg sama hingga berdarah dan bengkak jadi terpaksa dirujuk juga ke klinik. Mujur ada klinik 24 jam. Tapi pemandangan malam itu di dataran BP dan sekitarnya, humang aiii. mcm pesta. Dipenuhi anak-anak muda bermotor membawa sepanduk parti masing masing dengan pelbagai gaya. Bertembung pula dengan parti lawannya hingga menimbulkan suasana kecoh jugalah. Macam pelik juga, di mana para polis yg bertugas? sedangkan balai polis hanya seberang jalan aje. ker dorang tido awal sbb esok kene bertugas kat pos-pos mengundi?Bila tengok fiil (perangai) dorang ni buat aku terfikir. Inikah lambang anak pasca merdeka? inikah caranya hendak menunjukkan cara mereka mengekspresikan budaya remaja mereka? kalo mati kemalangan kerana bertembung dengan kenderaan lain atau pergaduhan, sangat tidak bernilai nyawa mereka sebenarnya sedangkan calon yg mereka banggakan sedang relaks kt umah.

Pada pagi hari mengundi, suami dh pergi dulu sbb katanya takut kalau keluar lambat beratur semakin panjang dan cuaca semakin panas. memang cuaca agak terik di BP pg tu. menjelang tengahari baru suami balik, ramai orang katanya. Kami bersiap dan terus nak balik JB sbb giliran aku pula hendak mengundi tapi biasalah ada je sangkaknya bila ada sedara datang bertandang. Selepas sedara beredar, kami pun cadang guna jalan lama je (tapi ikut shorcut di sana sini) tapi aku salah perhitungan bila tidak memilih jalan alternatif ke highway utk segera ke tempat mengundi apabila terperangkap di dalam kesesakan jalan raya di kawasan 'hot spot' di Gelang Patah. aduuhhh..dekat 1/2 jam jugaklah sedangkan masa semakin suntuk tapi alhamdulillah akhirnya sampai gak ke tempat mengundi yang lengang bagai tak de orang. Aku mengundi tak smp 5 min pun..bagus gak mengundi petang ni kan? tp aku tak singgah umah mama aku sebab aku sekeluarga masih lagi kepenatan jadi terus balik ke rumah dan berehat.


Khamis, 2 Mei 2013

Kenapa le sikap manusia begitu yek?

Ari ni 2hb Mei iaitu ulangtahun ke 15 aku bekerja di syarikat ini tapi bukan itu yang aku nak cerita tapi berkaitan dengan musim pilihanraya. Ramai yang sudah tahu tentang tarikh keramat tersebut dan dah bersedia untuk mengundi pada hari Ahad ini, 5 Mei 2013. Masuk ni kali ketiga atau keempat kot aku akan mengundi. Tempat masih sama tapi DUN selalu berubah, entah tak tahu sebab apa.

Pilihanraya kali ni, memang dari awal lagi dah panas dengan cerita sensasi di sana sini terutama dengan kecanggihan teknologi terkini kan?semua maklumat boleh disebarkan sepantas angin dan di mana saja. Ramai member dah mengeluh kat fb, sms semua fasal pancing undi. Kat suratkhabar dan tv lagilah, sampai kat bonet kereta pun boleh di lihat di sana sini orang mempromosi pancing undi.

Aku sebenarnya tidak lah berminat sangat dengan politik apatah lagi menyokong mana-mana parti sebab padaku asas politik sebenarnya untuk kepentingan rakyat kan? tapi kenapa ia menjadi satu medan untuk mencemuh dan melemparkan fitnah dan dusta pada sesama manusia. Kalau dulu oklah kalo si A dari pembangkang akan bercerita semua yg buruk fasal si B dari parti pemerintah dan si B pun akan mengata si A sekian sekian sekian dan begitulah peel mereka berdua tapi senario sekarang yang aku pelik bukan setakat parti lawan yang mereka cemuh dan fitnah tapi calon-calon dalam parti mereka sendiri pun mereka boleh terang-terang melemparkan fitnah. auzubillah min zalik. Mereka macam tak peduli dosa dan pahala asalkan kononnya dapat pancing undi. Tapi orang yang datang tu pun kalau tahu hukumnya, pasti tak sanggup kat akhirat nanti memikul dosa mengikut sama membenarkan fitnah itu disebarkan kan?

Aku setuju dengan cara salah seorang member aku yang memilih calon yang neutral cara pidatonya. Maksudnya orang tersebut tidak menzalimi lawannya dengan cerita fitnah tetapi dia memberikan perspektif baru tentang cara dia mentadbir nanti. Maknanya, calon tersebut bukan sahaja menunjukkan apa yang dia boleh buat berdasarkan rekod prestasi peribadinya tetapi apa yang beliau boleh janjikan dan direalisasikan dan bukti rekod perkhidmatannya sebelum ni. Dia juga memberikan hujah yang baik. Kan bagus kalau semua calon-calon YB semua ikut cara cam tu. Tak perlu sessi mengata itu dan ini sebab itu dah macam cara ortodoks le. Memang le macam best mengata orang, macam nasi berlaukkan sambal belacan tapi pedasnya dan kesannya merosakkan perut juga kan?.

Satu lagi aku berharap selain akan ada lah wajah2 baru yang memberikan dimensi baru dalam politik dan pentadbiran aku juga berharap calon-calon YB ni semua jagalah kesihatan. Kalau yang memang ada penyakit berat cam sakit jantung, gout atau darah tinggi tak payahlah bertanding dan tak payahlah berebut nak jadi YB sebab nanti tak sampai sepenggal dah kene cari calon lain utk bertanding kawasan tu. Sejarah politik negara kita telahpun menyaksikan begitu ramai YB kat M'sia ni tak panjang umur, tak sampai sepenggal dah meninggal, macam mana nak berkhidmat untuk rakyat?

Satu lagi tu aku pun tak faham kalau dah lama sangat jadi YB tu atau menteri tu, satu ketika kene bagi peluang orang lain untuk duduk di kerusi tu. Macam payah sangat dorang nak lepaskan jawatan walaupun orang dah tak nak lagi dah. Alasan mereka, para penyokong masih lagi menyokong mereka. Iye ker? ker demi kepentingan diri sendiri. Entahlah..tapi yang pasti hidup ini ibarat roda..kejap di atas kejap di atas. Janganlah sampai sanggup menindas orang lain untuk kepentingan diri kerana akibatnya nanti kita juga yang merana. Kat dunia masih lagi orang kata ok tapi kat akhirat nanti..sendiri rasalah.

Aku hanya memberikan sekadar pandangan peribadi ye..jangan terlalu taksub kecuali ketakwaan kepada Allah yang Maha Esa yang Maha Mengetahui dan Maha segalanya.