Ahad, 5 Mei 2013

suasana pilihanraya

Pilihanraya kali ni, aku balik BP awal 2 hari kerana hendak memberi peluang anak-anak lama sikit bermain di kampung. Bertolak sekitar jam 10 malam dan tiba di kampung sekitar jam 12 tengah malam. Esoknya hari Sabtu, suami mengajak kami sekeluarga berjalan-jalan di sekitar bandar BP dan makan tengahari di sebuah restoran Arab. Nama restoran tu, Restoran Madinat Hadramawt. Memang sedaplah nasi arab dia, boleh pilih ayam atau kambing atau gabungan keduanya pada harga berpatutan. Jus air dia pun sedap. Ini bukan kali pertama lah makan nasi arab tapi rasanya hidangan yg dimasak kali ni antara paling sedap yg pernah aku makan.

Mlm pula kami terpaksa ke bandar semula sbb afiq (anak bujang)  aku dicakar kucing hingga bengkak. Masa siangnya pun dia dh kene sekali tapi aku sapu minyak gamat aje tp tak sangka mlm tu dia kene taring kucing yg sama hingga berdarah dan bengkak jadi terpaksa dirujuk juga ke klinik. Mujur ada klinik 24 jam. Tapi pemandangan malam itu di dataran BP dan sekitarnya, humang aiii. mcm pesta. Dipenuhi anak-anak muda bermotor membawa sepanduk parti masing masing dengan pelbagai gaya. Bertembung pula dengan parti lawannya hingga menimbulkan suasana kecoh jugalah. Macam pelik juga, di mana para polis yg bertugas? sedangkan balai polis hanya seberang jalan aje. ker dorang tido awal sbb esok kene bertugas kat pos-pos mengundi?Bila tengok fiil (perangai) dorang ni buat aku terfikir. Inikah lambang anak pasca merdeka? inikah caranya hendak menunjukkan cara mereka mengekspresikan budaya remaja mereka? kalo mati kemalangan kerana bertembung dengan kenderaan lain atau pergaduhan, sangat tidak bernilai nyawa mereka sebenarnya sedangkan calon yg mereka banggakan sedang relaks kt umah.

Pada pagi hari mengundi, suami dh pergi dulu sbb katanya takut kalau keluar lambat beratur semakin panjang dan cuaca semakin panas. memang cuaca agak terik di BP pg tu. menjelang tengahari baru suami balik, ramai orang katanya. Kami bersiap dan terus nak balik JB sbb giliran aku pula hendak mengundi tapi biasalah ada je sangkaknya bila ada sedara datang bertandang. Selepas sedara beredar, kami pun cadang guna jalan lama je (tapi ikut shorcut di sana sini) tapi aku salah perhitungan bila tidak memilih jalan alternatif ke highway utk segera ke tempat mengundi apabila terperangkap di dalam kesesakan jalan raya di kawasan 'hot spot' di Gelang Patah. aduuhhh..dekat 1/2 jam jugaklah sedangkan masa semakin suntuk tapi alhamdulillah akhirnya sampai gak ke tempat mengundi yang lengang bagai tak de orang. Aku mengundi tak smp 5 min pun..bagus gak mengundi petang ni kan? tp aku tak singgah umah mama aku sebab aku sekeluarga masih lagi kepenatan jadi terus balik ke rumah dan berehat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan