Rabu, 28 Ogos 2013

Bulan yang agak sibuk

Selesai bab beraya di kampung, raya ke 6 aku dah naik kerja disebabkan dateline kerja yang dah nak sampai sedangkan kerja aku banyak lagi yang tak sudah. Aku tahu tahun ni ramai yang ambil cuti panjang sebelum dan selepas raya kerana tahun ni lah aku rasa cuti raya paling panjang dalam sejarah iaitu 14 hari kerana bersekali dengan cuti sekolah. Anak dara aku sorang je yang bersekolah tu pun pra-sekolah, persiapan untuk naik sekolah aku dah siapkan awal-awal lagi sebelum pulang beraya ke kampung.

Ok cite fasal selepas balik kampung pula. Agak penat sebab ada kenkawan yang datang berkunjung walaupun tak ramai, adik beradik dan jiran-jiran tetangga yang berkunjung ditambah pula dengan aktiviti marhaban, memang penuh le jadual aku setiap hari. Selain itu, aku juga terpaksa menyibukkan diri dengan buku-buku sebab peperiksaan bakal menyusul. Entah boleh jawab ke tidak tapi entah lah, kali ni aku punya mood untuk meneruskan pengajian macam dah paras hidung. Aku penat dan aku perlukan masa untuk diri sendiri tapi itulah yang susah aku nak dapat. Pakkal le ini dh tahun akhir, entah berapa banyak paper lagi aku kene repeat tapi terus terang aku katakan tahap keyakinan aku untuk memperolehi keputusan cemerlang sangat rendah kerana byk halangan sekeliling yang buat aku rasa cepat putus asa. Ada member cakap jangan terlalu menyibukkan diri dengan aktiviti persatuan di kariah aku tu dulu, iye betul tapi aku ni antara AJK yg paling jarang tunjukkan muka utk sebarang aktiviti, ni pun aku rasa tahun terakhir aku nak jadi AJK sebab aku nak tarik diri. Member aku tu cakap lagi, suruh le suami atau keluarga tolong jagakan anak-anak, senang je cakap kalau perkara tu semudah yang dicakap. Kadangkala apa yang kita fikirkan dan mahukan tak semudah yang disangka dan apabila keinginan itu tidak dapat dipenuhi adakah kita akan memberontak? atau menyalahkan semua orang kerana tak memahami kita? 




Tradisi rumah terbuka..

Salam utk semua...

Seperti sudah menjadi trend dalam masyarakat Malaysia, sambutan raya diteruskan selagi masih lagi dalam bulan Syawal dan memang banyaklah rumah terbuka atau istilah open house dianjurkan oleh individu, syarikat mahupun jabatan kerajaan malah Sultan pun menganjurkannya.

Cerita fasal open house ni, seperti orang lain gak, suka lah kalau ada orang nak datang beramai-ramai ke rumah kita kan? tapi berdasarkan pengalaman peribadi aku, aku tak akan meletakkan harapan yang tinggi melihat kedatangan mereka. Cakap je beria nak datang tapi bila tiba masanya, boleh dikira dengan jari sedangkan lauk pauk dan pelbagai juadah yg disediakan tu masih banyak lagi. Kali terakhir aku buat rasanya 4 tahun yang lepas kot. Aku cam serik nak buat kerana tak sukakan pembaziran masa, pembaziran tenaga, pembaziran duit dan pembaziran makanan. 

Adakalanya tertanya-tanya, adakah kerana rumah aku ni tidak se'gah' rumah kenkawan yang lain maka mereka pun tak berminat atau kerana aku ni bukan sapa-sapa  dalam kalangan mereka. Sebab tu kalau ada kenkawan suami nak datang, aku rasa lebih gembira kerana kebanyakan dari mereka jenis tak kisah dan memang akan datang setiap tahun. Tahun lepas pula, aku beria-ia mengunjungi rumah kenkawan sekolah lama tapi ada mereka nak datang umah aku? tak de pun. Setakat ni 2 org je yg memang tak pernah miss datang umah aku setiap tahun. Adakah aku sangat berkira dlm persahabatan? tak tahulah pandangan orang tapi secara peribadi aku jenis orang yang tak kisah dalam berkawan. Takda istilah pilih kawan berdasarkan pangkat ke, status ke, atau apa jua lah kerana pada aku tidak rugi mempunyai ramai kawan tapi adakalanya agak kecil hati bila mendengar cerita kenkawan ni buat kunjung mengunjung ke rumah kenkawan lain termasuklah yang terdekat dgn rumah kita tapi lansung tak nak singgah rumah kita padahal dah boleh sangat kan kalau punya niat utk mengeratkan silaturahim? kalau ada yang terasa tu aku minta maaf banyak-banyak kerana adakalanya kita ada membuat hati orang tersinggung hingga dia akan ingat sampai mati segala kesilapan kita hingga tak sanggup utk melihat wajah kita lagi.

Kalau ada di kalangan kenkawan aku yang berpendapat begitu, aku sekali lagi memohon ribuan ampun dan maaf dengan kalian semua dan aku berharap kalian menegur jika ada yang tidak enak dari segi sikap atau kata-kata kerana manusia memang tak boleh lari dari melakukan kesilapan dan haruslah menerima teguran dengan berhemah. 

Kenapa aku cite semua ini di sini kerana aku sekarang berada dalam keadaan dilema samada nak meneruskan niat utk memasak utk jamuan makan-makan bagi kenkawan sekolah yang konon-kononnya nak datang berkunjung ke rumah pada hujung minggu ni. Masalahnya, tak de seorang pun yang awal-awal kata dorang confirm nak datang, dan yang beria mengajak kenkawan datang ke rumah aku tu pun sendiri tak confirm nak datang pukul berapa. Aku tak nak kisah 4 tahun lalu berulang. Untuk apa aku memasak untuk 50 orang tapi yang datang tak sampai 10 orang. Apa patut aku buat?


Khamis, 1 Ogos 2013

Pengertian puasa dan raya

Apakah pengertian puasa dan raya pada diri korang? Adakah dengan kedatangan Ramadhan hati gembira sebab fikir akan raya atau adakah waktu Ramadhan adalah waktu untuk berehat dari kesibukan dunia dan banyak menumpukan ibadah atau bulan untuk buat duit?

Aku teringat satu ceramah agama tentang bulan Ramadhan yang mengatakan bila tibanya Ramadhan, terdapat 4 golongan yang biasa kita temui iaitu :

i) Golongan yang memang tak ambil tahu lansung- Ramadhan ke Zulkaedah ke dia memang tak amik kisah. Pada dia semua hari adalah sama.

ii) Golongan kedua pula adalah golongan yang merasakan Ramadhan adalah bulan siksaan kerana terpaksa menahan lapar dan dahaga selama sebulan di waktu siang hari.

iii) Golongan ketiga pula adalah golongan yang sangat gembira dengan kehadiran Ramadhan kerana inilah masanya untuk menambahkan amalan yang dilipat gandakan pahalanya dibandingkan hari-hari biasa.

iv) Golongan keempat pula adalah golongan yang gembira dengan kehadiran Ramadhan kerana mengingatkan tentang raya. Keseronokan menyambut raya mengatasi penghayatan bulan Ramadhan itu sendiri.

Menurut ustaz itu lagi, Ramadhan bagai sebuah institusi yang hadir setahun sekali dan semua golongan wajib memasukinya bermula dari awal Ramadhan dengan niat hinggalah akhir Ramadhan.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang barakah sebab itu kalau kita meniaga apa pun pasti akan untung lumayan walaupun bak kata ustaz tu, jual air longkang pun orang akan beli (misalannya lah). Jual kopiah pun boleh untung apatah lagi jual makanan dan minuman di bazaar Ramadhan.

Bulan Ramadhan juga mengingatkan kita tentang kehidupan orang yang miskin dan susah sebab jarang kita ambil tahu atau membanggakan golongan ini kerana kita biasa teruja dengan golongan orang kaya yang mewah dengan jenama mahal-mahal sedangkan golongan yg miskin dan susah ini lebih memerlukan perhatian kita bukan sahaja di bulan Ramadhan tapi di bulan-bulan yang lain juga. 

Bagi golongan berpendapatan rendah seperti aku, peluang untuk menyumbang dari segi wang ringgit tu tak de le banyak mana kan, yang penting ikhlas untuk membantu. Kebetulan ada kenkawan yang prihatin dan menjadi sukarelawan ni mewar warkan program sumbangan itu dan ini, jadi aku sumbangkanlah setakat yang aku mampu sebagai tanda sokongan buat mereka dan juga sebagai doa agar kehidupan mereka yang mendapat sumbangan itu akan bertambah baik dari hari semalam. Bayangkan orang yang susah yang hanya mampu pasrah setelah tiada jalan keluar dari kepompong kemiskinan tiba-tiba muncul bantuan yang tidak diduga. Pasti mereka gembira dan bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Syukur ya Allah.

Di akhir kesempatan ini, berbaki tinggal beberapa hari saja lagi sempena menjelangnya Aidil fitri, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf pada sesiapa yang mengenali diri ini, yang tersalah kata atau perbuatan yang menyinggung perasaan mereka harap diampunkan. 

Wasalam