Jumaat, 22 Ogos 2014

Hari berkabung buat Malaysia.



Hari ni hari berkabung seluruh Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia telah diingatkan untuk memakai pakaian gelap atau tidak berwarna terang dan cerah untuk menghormati ketibaan jenazah MH17. Aku tak menonton siaran lansung tersebut tapi petikan demi petikan di fb bersama-sama caption menyentuh hati secara tidak lansung mengundang air mata tersebut. Orang yang tidak pernah menghadapi situasi kematian keluarga terdekat pastinya tidak dapat merasai empati kesan tersebut.

Aku pula seorang yang berjiwa sensitif, mudah benar mengalir air mata. Ya, memang benar kematian itu pasti dan semua orang akan melaluinya tapi pemergian yang tidak dijangka seperti ini sangat memberikan kesan mendalam pada setiap keluarga mangsa. Ia tidak sama dengan kehilangan orang tersayang yang sakit sekian lama atau sakit tua. 

Bagi yang mempunyai anak kecil dan yang pergi itu adalah orang yang digantung harapan untuk keperluan keluarga, tak kira le suami atau isteri atau anak harapan keluarga selama ini pastinya sangat berat menghadapi kenyataan ini. Tapi aku percaya masa akan mengubat kesedihan mereka secara perlahan-lahan dan aku yakin mereka boleh berjaya. Mungkin mangsa tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal pada keluarga tersayang, jadi kita sebagai rakyat prihatin jangan le menambahkan kesedihan lagi pada keluarga mangsa dan waris terdekatnya dengan pelbagai cerita negatif di laman maya sebaliknya sedekahkan doa buat roh mangsa nahas pesawat MAS MH17 dan MH370 agar ditempatkan di kalangan golongan orang beriman.