Isnin, 26 Mei 2014

Petang yang indah itu utk mereka .Projek amal #2 sukses

Pertama kali aku ingin mengucapkan syukur alhamdulillah kepadamu ya Allah yang telah mempermudahkan segala urusan. Tanpa keredhaanMu, apa yang dirancang belum tentu menjadi kenyataan.

Aku tak mau cerita banyak rasanya sebab apa yang dah berlaku, telahpun berlaku. Yang pahit aku telankan sahaja tapi kenangan manis yang tercipta sangat indah dan rasanya berbaloi dengan usaha dan matlamat aku selama ini. Masih terbayang wajah gembira, ceria adik-adik manis tersebut. Kalau le aku kaya kan, aku akan bagi lebih banyak duit untuk mereka. Aku hidangkan gambar-gambar berikut untuk korang nikmati sendiri pengalaman mereka. 




Ini adalah persiapan utk adik-adik tersebut. hadiah utk pasukan, individu dan goodie bags

Aku bersyukur dikurniakan member yang ringan tulang dalam membantu membalut hadiah-hadiah tersebut. 


Ini pula lokasi tempat untuk majlis tersebut. Majlis ker?cam formal sangat tempat berjimba-jimba..hehehe



Antara permainan yang berjaya menarik minat mereka


Antara juadah makanan dan minuman yang disediakan khas utk mereka


Dah main game, tentulah nak main air kan? betapa teruja nak mandi kolam sejak awal tadi

 acara penyampaian hadiah individu dan pasukan yang menang

 duit pun dapat gak

 Ini pula hadiah yang dipilih secara rawak dari kotak rahsia

Ini pula gambar kenang-kenangan sebelum berpisah.

Walaupun sekejap tapi alhamdulillah, perkara yang hampir membuat aku putus asa tapi dengan izinNya, akhirnya aku berjaya juga sampaikan ada yang pelik bagaimana aku melakukannya. Tiada yang pelik jika kita berniat melakukannya semata-mata kerana Allah. Jika diizinkanNya lagi, aku ingin menggembirakan mereka lagi, insyaallah. Tapi kali ini aku belajar dari pengalaman. 



Khamis, 15 Mei 2014

Bukan senang utk buat kerja amal sekalipun

Dulu aku selalu dengar pepatah mengatakan bukan senang nak jadi senang yang membawa maksud. Setiap perkara yang membawa kejayaan itu tidak semudah yang disangka. Ianya memerlukan banyak pengorbanan sebelum boleh mengecap nikmat kejayaan. Tapi bagaimana pula dengan statement aku kat atas?

Pun lebih kurang juga maknanya. Hari ini, nak buat kerja amal atau nak cari pahala pun tidaklah semudah yang disangka walaupun niat kita murni tanpa sebarang prasangka atau sebab-sebab lain tapi ia tidaklah selurus atau semudah yang kita rancangkan. Mungkin adakalanya nampak cam remeh tapi kini baru aku tahu beban yang biasa kawan-kawan aku yang buat kerja amal sukarela sepenuh masa ini. Memang respeklah sebab memang terdiri dari orang-orang yang penyabar dan kuat semangat.

Aku rasa aku macam nak give-up a.k.a putus asa sebab untuk projek amal  kedua ini macam tak de sambutan pula. Mereka (kawan-kawan kat online) yang pada mulanya berdegar nak membantu tiba-tiba senyap begitu sahaja. Aku beranggapan mereka tidak berminat lagi mungkin ada masalah kewangan peribadi jadi tidak mahu menambahkan beban mereka jadi aku yang dah terlanjur berjanji ngan penyelia asrama rumah amal tu terpaksa le fikir alternatif duit poket sendiri atau buat collection dengan kenkawan rapat di pejabat untuk menampung kos. Bukan banyak sangat pun tapi bila dah tengah2 bulan ni, faham-faham ajelah..doakan semoga impian kedua ini tercapai juga. Aku mungkin tak sanggup utk war-warkan lagi fasal buat kerja amal ni sebab kekangan masa dan kewangan. Allah dah bagi aku peluang utk merealisasikan niat murni kawan-kawan tu dh cukup bersyukurlah.



Khamis, 8 Mei 2014

Ada hikmah rupanya semua ini...

Seperti yang aku war warkan, Sabtu ni sepatutnya aku akan membawa anak-anak yatim 'outing' dengan tujuan untuk menggembirakan mereka. Pada waktu yang sama aku ingin membuat 'suprise birthday party' untuk anak perempuanku, Manja. Tapi apa  kan daya, anak-anak yatim tu ada program lain jadi terpaksa le book pada tarikh lain iaitu 24.05.2014. Oklah, aku pun terpaksa le tukar dari segi menu, perancangan lain dan kos yang terlibat. Semua aku dah settlekan sejak semalam.

Hari ni punya cerita lak fasal perancangan untuk memasukkan nama mereka dalam senarai projek raya melalui pertubuhan kumpulan geng aku lah iaitu projek iqra'. Bila kawan aku kata, nama tempat tu ada kene mengena dengan arqam aku pun cakaplah mungkin pelanduk dua serupa sebab aku pernah jumpa satu rumah amal katanya yang guna nama sama tapi di tempat lain. Aku suruh kawan aku 'double confirmkan' dengan penyelia tempat tu sebab aku pasti ia adalah dua tempat berbeza.

Pada masa yang sama aku turut buat research di internet dan menelefon sendiri penyelia asrama perempuan dan menurut penyelianya setakat ini tempat tu tak de kene mengena ngan Al Arqam tetapi bila aku check kat internet, nama tempat tu memang salah satu cawangan cabang Arqam dengan nama pertubuhan rumah amal. Masya Allah, aku terperanjat dan memang tak sangka sanggup dorang gunakan anak-anak yatim ni untuk menggaburi mata masyarakat. Setahu aku yang kurang cerdik ni, dari segi luaran kita tengok cara mereka mengendalikan sama seperti rumah kebajikan yang lain cuma mungkin ada perbezaan dari segi rohaniah. Memang mereka menetapkan unsur 'pure islamic' dalam kehidupan seharian tp bila korang baca laman web mereka terutama yang bekas Al-Arqam ni, mereka ni mcm Syiah pun ye. Banyak yang tersasar dari matlamat islam yang sebenar. Sebab tu lah mereka diharamkan di Malaysia. Dan sekiranya memang betullah mereka ada kaitan dengan Arqam maka secara automatiknya aku tak boleh masukkan nama mereka dalam senarai penerima projek iqra'. Aduhai..sebab tu lah agaknya hati aku tak berapa tenang sejak dua tiga hari ni. Allah nak tunjukkan sesuatu rupanya. Tapi niat aku baik tau, aku nak tolong anak-anak ni. Aku ada anak jadi aku tahu bagaimana perasaan seorang anak yang serba kekurangan.

Aku rasa rancangan pada 24.05 tu aku teruskan sebab aku dah beli pun beberapa barangan untuk program tersebut tapi rancangan lenlainnya aku terpaksa le ubah. 

Khamis, 1 Mei 2014

Lawatan Amal ke Baitul Maghfirah

Assalamualaikum semua,

Walaupun badan tak sihat akibat demam, batuk dan selsema tapi tidak mematahkan semangat aku untuk meninjau lokasi kedua sebuah badan kebajikan di kawasan sekitar Johor Bahru. Lawatan kali ini di BBU (Bandar Baru Uda). Alhamdulillah, memang dipermudahkan Allah apabila ada 2 rakan baikku sanggup menemaniku ke sana. Aku ni bukannya pandai bercakap sangat walaupun niat hati tu sangat murni.hehehe

Pada pagi 01/05/2014 (Hari Buruh), sewaktu orang lain sibuk bercuti di sana sini aku bersama rakan-rakan pergilah ke rumah kebajikan ni dan disambut oleh salah seorang penyelianya, Pn Marshita. Lembut orangnya dan peramah. Keadaan persekitarannya nyaman aje. Tapi keadaan agak sunyi. Menurut Puan Marshita, anak-anak di situ telahpun keluar untuk memenuhi jemputan kahwin. Setelah berbual hampir sejam tentang latar belakang tempat tersebut dan bertanya tentang jenis keperluan yang mereka perlukan, aku meminta izin untuk mengambil gambar agar dapat ditatap oleh bakal-bakal penderma di face book atau dalam web ni. Dari perbualan ringkas tu dan dari pandangan kasar kami, mereka sangat memerlukan tilam baru kerana tilam sedia ada sangat uzur. Begitu juga dengan almari yang dah terlalu buruk dan terkopak di sana sini. Keperluan lain adalah, ada sesiapa yang pakar dalam bidang wiring/ electrical maintenance? boleh bantu rumah kebajikan ini disebabkan banyak peralatan elektrik yang perlu dibaiki.

Untuk makluman, perbualan spontan kami juga telah membuahkan idea untuk membawa mereka (anak-anak ini) outing sehari dan lokasi yang kami pilih adalah di kawasan pantai atau paling tidak pun berkunjung ke perpustakaan dengan adalah beberapa agenda tambahan yang perlu dirangka. Kami cadangkan pada hujung minggu ini tapi bergantunglah kepada berapa duit tabungan yang berjaya dikutip. Berikut gambar yang sempat dipaparkan.







Note : Program 'outing' yg dirancang hujung minggu ini terpaksa ditunda ke 24/05/2014 berikutan minggu ini dan minggu berikutnya penuh jadual anak-anak ini dengan program yg telah dirancang awal oleh pihak pengurusan. Harap maklum