Khamis, 1 Mei 2014

Lawatan Amal ke Baitul Maghfirah

Assalamualaikum semua,

Walaupun badan tak sihat akibat demam, batuk dan selsema tapi tidak mematahkan semangat aku untuk meninjau lokasi kedua sebuah badan kebajikan di kawasan sekitar Johor Bahru. Lawatan kali ini di BBU (Bandar Baru Uda). Alhamdulillah, memang dipermudahkan Allah apabila ada 2 rakan baikku sanggup menemaniku ke sana. Aku ni bukannya pandai bercakap sangat walaupun niat hati tu sangat murni.hehehe

Pada pagi 01/05/2014 (Hari Buruh), sewaktu orang lain sibuk bercuti di sana sini aku bersama rakan-rakan pergilah ke rumah kebajikan ni dan disambut oleh salah seorang penyelianya, Pn Marshita. Lembut orangnya dan peramah. Keadaan persekitarannya nyaman aje. Tapi keadaan agak sunyi. Menurut Puan Marshita, anak-anak di situ telahpun keluar untuk memenuhi jemputan kahwin. Setelah berbual hampir sejam tentang latar belakang tempat tersebut dan bertanya tentang jenis keperluan yang mereka perlukan, aku meminta izin untuk mengambil gambar agar dapat ditatap oleh bakal-bakal penderma di face book atau dalam web ni. Dari perbualan ringkas tu dan dari pandangan kasar kami, mereka sangat memerlukan tilam baru kerana tilam sedia ada sangat uzur. Begitu juga dengan almari yang dah terlalu buruk dan terkopak di sana sini. Keperluan lain adalah, ada sesiapa yang pakar dalam bidang wiring/ electrical maintenance? boleh bantu rumah kebajikan ini disebabkan banyak peralatan elektrik yang perlu dibaiki.

Untuk makluman, perbualan spontan kami juga telah membuahkan idea untuk membawa mereka (anak-anak ini) outing sehari dan lokasi yang kami pilih adalah di kawasan pantai atau paling tidak pun berkunjung ke perpustakaan dengan adalah beberapa agenda tambahan yang perlu dirangka. Kami cadangkan pada hujung minggu ini tapi bergantunglah kepada berapa duit tabungan yang berjaya dikutip. Berikut gambar yang sempat dipaparkan.







Note : Program 'outing' yg dirancang hujung minggu ini terpaksa ditunda ke 24/05/2014 berikutan minggu ini dan minggu berikutnya penuh jadual anak-anak ini dengan program yg telah dirancang awal oleh pihak pengurusan. Harap maklum



Tiada ulasan:

Catat Ulasan