Jumaat, 27 Disember 2013

Tak ada rezeki..nak wat cam ner..redha je lah

Mungkin di kala ini ramai ibu bapa sedang sibuk membuat persiapan terakhir membeli barang keperluan anak-anak yang akan bersekolah minggu depan. Tak kisah le samada beli buku-buku sekolah, baju, kasut, beg serta peralatan menulis, yang penting semuanya memerlukan pengorbanan wang dan masa.

Seperti yang pernah aku beritahu sebelum ini, Afiqah sepatutnya bersekolah di sekolah amanah 2014 tapi atas sebab-sebab teknikal, sekolah tu tak dapat dibuka pada Januari ni jadi murid-murid yang terpilih tu katanya akan ditumpangkan di sekolah bistari lain. Namun, sekolah yang diberi tu agak jauh dari lokasi rumah aku dan rumah mama aku. Tak mungkin aku boleh hantar tepat pada masanya, maka dengan berat hati aku menolak tawaran tersebut. Kesian afiqah tapi nak buat macam mana, belum ada rezeki dia agaknya. Sapa lah tak nak anak pintar dan bersekolah di sekolah yang bagus tapi mungkin ada hikmah lain yang tersembunyi. 

Kebetulan pula, adik dia yang no.2 yg mulut berat tu akan bersekolah di pra sekolah 1 di sekolah yang sama dengan afiqah jadi secara tidak lansung akak akan sentiasa perhatikan adiknya. Afiq ni berat mulut tapi boleh tahan ligat juga orangnya tapi aku berharap dia juga secerdas akak. Sekarang ni aku tengah buat budget utk tahun depan. Tambang van utk afiq balik dari sekolah ke rumah mama dan tambang van dari sekolah agama ke rumah mama sbb tengahari aku akan amik afiqah dari sekolah, balik umah mama untuk makan dan tukar baju sebelum dihantar ke sekolah agama. Petang pula kene pergi mengaji. Kurus lah anak dara aku nanti.hehehe..aku dah dapat bayangkan si montel aku nanti pasti tertidur di mana-mana. Dia mana boleh tak tahan ngantuk tapi nak buat macam mana dah lagu cam tu.

Walaupun 2014 bakal jadi tahun mengeluh dengan semua kenaikan harga, aku berharap ada sinar menggembirakan akan terjadi kerana bagi golongan marhain yg berpendapatan rendah macam aku sangat terasa...



Isnin, 23 Disember 2013

musim manisan di dalam botol..hehehe












Yang belah kiri ni adalah cheese cake in a jar dan yg belah kanan ni pula adalah red velvet in a jar. Apa beza dan kesamaannya? bezanya yg satu tak perlu dibakar sbb guna cheese sepenuhnya dan red velvet dibakar guna kaedah double boiler tp masih ada cream cheese di dalamnya.

Kenapa aku tiba-tiba cerita fasal makan? sebab member-member kat ofis ni sangat menggemari kedua-dua pemanis mulut ni hinggakan sanggup cari org yang pandai utk membuatnya. Nak buat sendiri memang tak de lah sebab masing masing sibuk dengan keluarga dan anak-anak termasuk le aku kan.hehehe.

Bila belek-belek resepi tu tak de lah susah mana tapi maaflah aku memang tak akan membuatnya kerana anak kecil aku pasti akan menganggu..huru hara karang dapur. Jalan paling mudah, order je lah. untung sapa yg pandai buat tu..save budget org kata.

Khamis, 19 Disember 2013

aduhai 2014

Aku ingatkan di tahun baru 2014 nnti boleh le menarik nafas lega sekiranya perbelanjaan keluarga dapat dikurangkan dan kenaikan gaji akan berlaku tapi sebelum semua itu menjadi kenyataan <-sesuatu yang tidak pasti dan sukar diramal tiba-tiba berlaku kenaikan dalam semua perkara. 

Dari harga minyak, harga gula, kemudian melarat kepada tambang bas sekolah, tambang LRT, tol lebuhraya, cukai pintu pun naik, bil air dan api pun dah naik. Kemudian GST le pulak dalam semua servis..sangat-sangat membebankan bagi golongan bawahan yang gaji tak sampai RM2,500 macam aku. Aku ada 2 orang anak yang akan bersekolah tahun hadapan. Tentulah kos semakin meningkat sedangkan aku tak der pun merasa sangat nikmat 1M yang diwarwarkan tu. Klinik 1M aku tak pergi, pernah pergi tp apa gunanya kalau ubat selalu habis stok?pergi kedai 1M tp barangan yg ditawarkan tak de lah murah sangat, lagi murah kalau aku beli kat pasaraya hypermarket yg siap ada diskaun voucher lagi utk ahlinya. Kedai 1M, kat tempat aku tak de pun nampak bayangnya. Kalau ada pun bukan tiap-tiap bulan aku kene beli kain kan?BR1M pun aku tak pernah dapat. Yang aku pernah dapat hanya voucher buku bernilai RM250 dan aku sangat memanfaatkan untuk membeli buku-buku rujukan yg memang mahal dan sedikit alatulis.

Kot ye pun nak cover balik kos yg dah over spend tahun lepas takkan le sampai menekan golongan bawahan. Kalau macam ni le gayanya, aku rasa silap ari bulan rakyat negara ni pun akan buat demonstrasi mcm kat Indon mungkin lebih teruk dari demonstrasi Bersih dulu yg lebih fokus kpd politik. Aku tak sukakan keganasan dan aku juga tak sukakan tekanan  yg seperti ini. Aku tertarik dengan kata-kata Ketua Pengarang HM 2 hari lepas berkenaan adakah perlu diadakan sambutan awal tahun 2014 dengan pancaran laser bagai, bunga api mercun import yg mahal serta mengupah artis luar dan dalam negara yg pastinya menelan kos berbillion ringgit sedangkan pada waktu yang sama rakyat negara ini sedang berdukacita atas musibah banjir dan tertekan dengan kos sara diri yg meningkat? adakah patut? tp ada dorang kisah? adakah pak menteri ni merasai kesusahan golongan bawahan? ada? moga Allah memberikan mereka hidayah dan buka hijab mereka utk melihat di luar ruang lingkup keselesaan mereka.

Aku tak menyebelahi mana-mana tapi aku sangat berharap yang kerajaan M'sia kalau beria nak bantu tu, bantu lah betul-betul. Tak payah promote macam-macam kempen tapi semua tak jalan dan tak berkesan pun.





Isnin, 16 Disember 2013

Kalau le aku kaya..hehehe

Sapa pernah dengar lagu ni "Kalau aku kaya", nyanyian Altimet dan Awi Rafael. Kalau terdengar memang boleh hilangkan stress sekejap dan bolehlah berangan-angan. Tak salah berangan jadi kaya kan? bak kata member aku kat dlm fb dia, cuba tulis satu cek kepada diri sendiri dan tulis berapa banyak amaun yg kita impikan dan kemudian letak di mana yang kita boleh nampak sebagai satu bentuk motivasi atau target yang kita impikan.

Mungkin ada betulnya tapi aku ni jenis orang yang realistik jadi aku tak suka berangan tanpa sebarang persediaan dan sekiranya aku rasa ia adalah mustahil jadi aku tak akan beria-ia untuk menggapainya. Tak de lah mati kempunan kalau tak dapat pun. Aku dah biasa susah jadi aku tak heran sangat kalau tak jadi kaya. 

Mungkin ada gak lah sekelumit cemburu di hati apabila terbaca dan terpandang gambar-gambar kenkawan yang bergembira dengan kehidupan mereka sekarang. Muka mereka cantik-cantik, pakaian glam-glam, rumah yang gah, percutian yang menarik di sana sini, harta, pekerjaan dan bla bla bla tapi kemudian aku berkata kepada diri sendiri. Untuk apa aku cemburu pada orang lain pada sesuatu yang hanya akan membuatkan aku rasa menjeruk hati. Kenapa Allah tak berikan kelebihan itu semua kepada aku, satu dua pun cukuplah. Tapi kemudian aku pujuk diri sendiri dengan berkata, mungkin di dalam gambar aku bahagia tapi di dalam hati? ada sesapa tahu? mungkin mereka kaya tapi hutang mereka berkepuk, adakah mereka bahagia? mungkin mereka ada penyakit kronik atau pelbagai masalah lain yang tak kita jangkakan jadi jangan cepat cemburukan orang lain tapi bersyukur dengan segala pemberian yang Allah berikan kerana apa yang di dunia ini hanyalah sementara jadi jangan mudah terpedaya. Kemudian aku pernah mendengar satu ceramah agama yang menceritakan serba sedikit tentang keadaan syurga, mungkin sesuatu yang tak dapat digambarkan oleh pemikiran kita dan sedikit sebanyak memberikan aku sedikit motivasi agar tidak terlalu mendambakan kemewahan dunia. Patutlah ada orang yang alim tapi zuhud, ada orang yang kaya tetapi zuhud sebab mereka tidak memandang dunia semata-mata tetapi menggunakannya untuk pelaburan di akhirat.

Selepas ni, aku patut tulis kalau le aku kaya kat akhirat nanti...hehehe (insyaallah tapi kene tingkatkan iman kalau tak rugi selamanya)

Afiqah dah nak masuk darjah satu

Assalamualaikum.

Rasanya sudah terlalu lama benar tak menulis di dalam blog. Macam-macam cerita nak ditulis tetapi masa seakan mencemburui. Ada ke yang merindui tulisan aku ni?kalau blog ni popular seperti para penulis blog selebriti tu lain le kan? Takpe lah kalau tak de yang membacanya sebab sekurang-kurangnya kurang sikit stres bila menulis ni.

Ini alkisah anak dara aku yang akan memasuki darjah satu tahun depan. Sejak pertengahan tahun lagi aku dah cuba daftar anak dara aku ke sekolah kebangsaan berdekatan rumah mama aku dengan harapan tahun depan tak perlulah aku bersusah payah sangat tapi sampai hujung tahun tak de satu pun surat mengatakan anak aku layak bersekolah di situ. Bayangkan aku ulang alik naik turun pejabat bertanya beberapa kali tentang status sekolah anak dara aku tapi jawapan sangat menghampakan. Kali terakhir semasa konvo afiqah, sekali lagi aku tebalkan muka untuk bertanya fasal penempatan tahun depan dan cikgu yang berkaitan tu dengan konfidennya menolak kata-kata aku tanpa usul periksa. Sakitnya hati ini, apa salahnya kalau dia tak menggunakan bahasa yg lebih lembut atau kata puan balik dululah, nanti kita semak dan telefon puan kemudian ke. Dan memang kebetulan hari itu aku mendapat tahu syarikat aku akan menaja sebuah sekolah menengah dan sebuah sekolah rendah sebagai sebuah sekolah amanah bermula tahun depan. Jadi sebagai motivasi untuk anak aku dan untuk diri sendiri, aku terus bawak anak dara aku pergi melihat sekolah yg dikatakan. Sebenarnya aku dah mohon pun sekolah tu pada tarikh akhir sebab ramai kenkawan kat ofis kata ia bukan sekolah swasta tapi sekolah tu macam sekolah swasta dan yuran seperti sekolah biasa. Mcm mana tu? entahlah.



Bila afiqah tengok sekolah ni dia pun teruja. Sekolah apa ni bu?akupun cakap, kalau ada rezeki, tahun depan fiqah sekolah ni lah. cantik kan? belajar pandai-pandai, tak semua orang berpeluang ke sekolah ni tau. Iye ker? dia dah tersengih-sengih. Dan memang rezeki dia agaknya, tak sampai seminggu kemudian aku mendapat berita gembira yang afiqah ditawarkan ke sekolah ini. Air mata kesyukuran mengalir. Ibu dia yg excited ok! bukan semua orang berjaya tau. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku anak yg cerdas dan comel tapi kemudian jadi cam satu masalah lak. Tempat tu jauh terperuk kat pedalaman dan aku rasa memang ramai orang tak tahu tempatnya dan adalah perkara-perkara yang boleh melemahkan semangat aku untuk menghantar anak aku ke sana. Mama dan adik-adik aku pun macam tak menyokong dengan pelbagai alasan tapi kerana aku yang beria nak hantar jadi aku buat tak dengar je lah bebelan dorang. Tak lama kemudian, sekolah rendah yg afiqah pernah pra sekolah tu pun hantar surat mengatakan dia diterima bersekolah di situ. Masa tu hati aku dah tawar sangat. Kenapa baru sekarang? siap beritahu anak aku ditempatkan di kelas pertama di sekolah tersebut. Aku simpan aje surat tu sebab manalah tahu kan tiba-tiba sekolah ni kata tak jadi buka tahun ni, kesian anak aku tak dapat bersekolah di mana-mana. Oh ye, masa konvo ari tu afiqah dapat gak anugerah tokoh cemerlang. Kategori apa ibu dia tak ingat. minta maaf ye. hehehe..