Isnin, 16 Disember 2013

Afiqah dah nak masuk darjah satu

Assalamualaikum.

Rasanya sudah terlalu lama benar tak menulis di dalam blog. Macam-macam cerita nak ditulis tetapi masa seakan mencemburui. Ada ke yang merindui tulisan aku ni?kalau blog ni popular seperti para penulis blog selebriti tu lain le kan? Takpe lah kalau tak de yang membacanya sebab sekurang-kurangnya kurang sikit stres bila menulis ni.

Ini alkisah anak dara aku yang akan memasuki darjah satu tahun depan. Sejak pertengahan tahun lagi aku dah cuba daftar anak dara aku ke sekolah kebangsaan berdekatan rumah mama aku dengan harapan tahun depan tak perlulah aku bersusah payah sangat tapi sampai hujung tahun tak de satu pun surat mengatakan anak aku layak bersekolah di situ. Bayangkan aku ulang alik naik turun pejabat bertanya beberapa kali tentang status sekolah anak dara aku tapi jawapan sangat menghampakan. Kali terakhir semasa konvo afiqah, sekali lagi aku tebalkan muka untuk bertanya fasal penempatan tahun depan dan cikgu yang berkaitan tu dengan konfidennya menolak kata-kata aku tanpa usul periksa. Sakitnya hati ini, apa salahnya kalau dia tak menggunakan bahasa yg lebih lembut atau kata puan balik dululah, nanti kita semak dan telefon puan kemudian ke. Dan memang kebetulan hari itu aku mendapat tahu syarikat aku akan menaja sebuah sekolah menengah dan sebuah sekolah rendah sebagai sebuah sekolah amanah bermula tahun depan. Jadi sebagai motivasi untuk anak aku dan untuk diri sendiri, aku terus bawak anak dara aku pergi melihat sekolah yg dikatakan. Sebenarnya aku dah mohon pun sekolah tu pada tarikh akhir sebab ramai kenkawan kat ofis kata ia bukan sekolah swasta tapi sekolah tu macam sekolah swasta dan yuran seperti sekolah biasa. Mcm mana tu? entahlah.



Bila afiqah tengok sekolah ni dia pun teruja. Sekolah apa ni bu?akupun cakap, kalau ada rezeki, tahun depan fiqah sekolah ni lah. cantik kan? belajar pandai-pandai, tak semua orang berpeluang ke sekolah ni tau. Iye ker? dia dah tersengih-sengih. Dan memang rezeki dia agaknya, tak sampai seminggu kemudian aku mendapat berita gembira yang afiqah ditawarkan ke sekolah ini. Air mata kesyukuran mengalir. Ibu dia yg excited ok! bukan semua orang berjaya tau. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku anak yg cerdas dan comel tapi kemudian jadi cam satu masalah lak. Tempat tu jauh terperuk kat pedalaman dan aku rasa memang ramai orang tak tahu tempatnya dan adalah perkara-perkara yang boleh melemahkan semangat aku untuk menghantar anak aku ke sana. Mama dan adik-adik aku pun macam tak menyokong dengan pelbagai alasan tapi kerana aku yang beria nak hantar jadi aku buat tak dengar je lah bebelan dorang. Tak lama kemudian, sekolah rendah yg afiqah pernah pra sekolah tu pun hantar surat mengatakan dia diterima bersekolah di situ. Masa tu hati aku dah tawar sangat. Kenapa baru sekarang? siap beritahu anak aku ditempatkan di kelas pertama di sekolah tersebut. Aku simpan aje surat tu sebab manalah tahu kan tiba-tiba sekolah ni kata tak jadi buka tahun ni, kesian anak aku tak dapat bersekolah di mana-mana. Oh ye, masa konvo ari tu afiqah dapat gak anugerah tokoh cemerlang. Kategori apa ibu dia tak ingat. minta maaf ye. hehehe..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan