Isnin, 31 Disember 2012

Prestasi akhir tahun

Seperti biasa, setiap akhir tahun pasti HR Department akan buat sessi mengingatkan kakitangan baru dan lama tentang pentingnya mengisi PMS form final rating sebelum dateline dan seperti biasa mereka semua termasuk aku akan hantar di saat-saat akhir..hehehe tapi tahun ni agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya kerana untuk diriku sendiri aku bolehlah dikategorikan sebagai staff tergantung. Kenapa aku cakap cam tu sebab semenjak kontrak aku berkhidmat ditamatkan di PBT sekitar bulan 8 ari tu hinggalah aku naik kerja sekarang ni, GM aku lansung tak pernah risau atau memikirkan apakah tugasan yang perlu aku pikul atau pada siapa aku harus melaporkan diri. Bayangkan orang lain penuh meja menimbun-nimbun dengan tugasan sedangkan aku hanya duduk setiap hari tanpa berbuat apa-apa. Bukan tak pernah aku suarakan pada GM aku tapi entahlah...dia suh aku berehat je dulu. Kalo sehari dua takpe gak kan? mungkin pada org lain, seronoknya tak de keje tp utk aku yang dh biasa banyak keje rasa boring tahap gaban. Pernah aku suarakan pada seorang kawan aku ni, dia pun pernah mengalami situasi yang sama dan dia ada bagi aku tips berguna yang boleh aku gunakan. Pada waktu yang sama aku harus yakin bahawa rezeki itu dari Allah, jika tiba masa khidmat aku tidak diperlukan aku harus bersedia menerima kenyataan. Aku selalu berfikir positif dan cuba untuk terus positif..iyelah buat masa ni lah. Dan sempena tahun yang baru yg akan tiba esok, sebentar tadi aku dh ketuk pintu bilik bos aku dan bertanya soalan cepu emas utknya. Jawapannya masih sama, "aku akan fikirkan nanti, buat masa ni ko anggaplah ko masih di jawatan lama kau tu" (untuk satu unit yg dah tak wujud). Apa-apalah bos, saya hanya pasrah aje

Ahad, 30 Disember 2012

kalo dah terpaksa...

Petang semalam, kali pertama aku tinggalkan baby Haziq bersama ayahnya kerana aku harus bergegas ke OUM sbb final exam, bukan kelas ok, kalo tak aku dh lama tuang kelas. Oleh kerana kelam kabut aku hanya sempat perah susu satu botol saja dan bertawakkal yang susu tu cukuplah untuk tempoh sementara aku tak de nnti. Harap ayah dia tak panik bila si kecik tu mengaruk nnti. Baby Haziq ni dia tak macam akak atau abang dia, kalo haus memang tak sabar dan kalau menangis tu memang huru hara kita dibuatnya. Aku rasa jiran kiri kanan depan belakang boleh dengar suara dia dgn jelas kalau menangis mengalahkan budak kene dera dibuatnya :p. Tulah, dulu jiran-jiran aku kata umah aku mcm tak de budak kecik, senyap sunyi sentiasa dan jarang dengar tangisan budak kecik tp sekarang bukan setakat dengar baby aku melalak malah suara si akak dan abang terjerit jerit bermain sampai malam buta pun dh cukup menyakitkan telinga. Kat dewan peperiksaan, hanya Allah saja yg tahu debar di dadaku. Dahlah aku ni tengah tak sihat, selsema batuk dan sakit tekak ditambah dengan pening pale membuatkan apa yang aku baca dan hafal langsung tak membuahkan hasil menyebabkan aku ambil keputusan keluar dewan awal. aduh..pasti result aku hancur lagi. Entahlah, di akhir-akhir ni memang aku rasa down sangat. Selalunya keputusan assignment aku tak pernah mengecewakan kerana aku rajin buat research tapi result kali ni di bawah par, jadi aku hanya berharap kalau lulus dah cukup baiklah kerana banyak paper lain yang aku kene repeat kalau nak grad cepat.brb

Khamis, 27 Disember 2012

Baby Haziq dan ruam

Pagi semalam, mama menegur bila tgk pipi baby Haziq merah-merah mcm kene ruam dan aku mengaku tak perasan. Iyelah, mungkin ruam lampin atau ruam susu kerana menyusukan anak dengan mata separa mengantuk di waktu awal pagi kan. Member aku bagi petua, guna bedak berubat botol merah 'Agnesia' tu dan buat ala bedak sejuk dan sapukan seluruh kawasan ruam. Aku suh mama buatkan dan alhamdulillah, dia tak merengek dan kata mama kulit dia beransur ok tapi malam tu sesampai je kat umah dan ketika nak tukar lampinnya, aku baru perasan seluruh tubuh dia termasuk muka sume dipenuhi ruam merah sampai aku risau sangat dan menelefon suami suruh balik umah segera. Bila aku g klinik malam tadi, doktor sahkan dia bukan kene demam campak sebab dia memang tak demam tapi kerana ruam yang disebabkan oleh sejenis virus. Ruam ni boleh terjadi samada alahan habuk atau bulu-bulu pada baju yang baru dibeli tetapi belum dibasuh tapi terus dipakaikan pada bayi (itu agak mustahil sbb Haziq pakai baju biasa), mungkin juga alahan sabun mandi (aku guna mandian khas bayi aje) atau juga kepanasan sekeliling yg menyebabkan kulit sensitif dia mudah bertindak balas. Memang dia merengek je ketika tu, sian dia tapi sesudah aku sapukan ubat di seluruh badan dan agak berkurangan gatalnya, dia dh mula senyum-senyum dan berbunyi bunyi. Mungkin nak cakap badan dia dh lega dan mengadu badan dia tadi tak selesa. Jadi esok adalah hari untuk aku buat spring cleaning besar-besaranlah. Semua barang akan aku sterilkan dgn pencuci dettol yang tak berapa sedap ada bau spital tu. Ah tak kira, kalo sorang dh start sakit mcm ni maka haruslah dibuat jika tau mau ianya merebak kepada yang lenlain.

Rabu, 26 Disember 2012

Kenapa perlu peramah?

Aku tak pasti aku pernah catatkan di sini atau tidak tapi cerita ini hanyalah cerita kosong melibatkan sepasang suami isteri yang berbeza watak tapi saling melengkapi satu sama lain. Sang suami sering memerhatikan tingkah laku isteri yang adakalanya agak pelik atau janggal dimatanya. Sebagai contoh, isterinya gemar menegur orang di sana sini dan berbual dengan rancaknya macam sahabat lama yang sudah lama tak mendengar khabar berita dan biasanya bila ditanya kembali pada sang isteri, isteri hanya angkat bahu dan mengatakan tidak kenal pun dengan sapa dia berbual tadi. Pelik kan? dan bila ditanya lagi pada si isteri kenapa menegur mereka dan apa yang dibualkan. Si isteri hanya menjawab, salahkan menegur orang dengan hormat dan keramahannya tak akan mengurangkan apa-apapun malah bertambah kenalan baru.Sebagai contoh, suatu hari semasa selepas selesai membeli belah di sebuah pasaraya, semasa hendak meletakkan troli di tempatnya datang seorang pakcik tua (jaga) yang ditugaskan utk mengumpul troli agar tidak bersepah di kawasan parkir, si isteri tadi menegur pakcik tadi dengan bertanyakan pukul berapa shif pakcik tu akan berakhir serta berbual kosong sebelum masuk semula ke dalam kereta. Sang suami menjeling ke arah isterinya. Seperti biasa soalan yang akan diajukan adalah adakah awak kenal pakcik tu? apa yang dibualkan? dan isteri hanya tersenyum dan kata apalah awak ni; Pakcik tu saya tak kenal tapi saya kesian tengok dia. Dah tua tapi masih memerah kederat membanting tulang buat kerja xtra. Dahlah jadi jaga kene pulak kutip troli. Jadi apa salahnya saya bertanya khabar dan berbual kosong dengan tujuan menggembirakan hatinya. Sekurang-kurangnya pakcik tu kata ada jugak orang menghargai kerjayanya. Berbekalkan kekaguman dengan semangat peramah sang isteri, sang suami mencuba nasib dengan mula memaniskan muka dan menegur orang di sekelilingnya. Orang yang pertama ditegur adalah seorang pakcik yang sedang memancing di sebuah lokasi tepi pantai berteluk. "Banyak dapat ikan pakcik?", tegurnya tapi dibalas dengan herdikan oleh pakcik tu pula. "Awak nampak byk sangat ke ikan yang saya dapat?. Dahlah jangan menyibuk nanti ikan tak nak dekat". Merah padam muka sang suami lalu berlalu pergi. Dia tak berputus asa, kali ni selepas membeli belah, sang suami meng'offer'kan diri menghantar sendiri troli ke tempatnya semata mata nak menegur seorang petugas yang kebetulan sedang mengutip troli yang bersepah di sana sini. "Dik, sorang je ke kutip troli ni sume?". Nak tahu apa jawapan budak tu? "A'aa. mesin rosak (mesin kutip troli).Dah order dari KL belum sampai", dengan gaya lemah lembutnya kemudian tersenyum senyum ke arah sang suami. Sang suami terus tepuk dahi. Alamak! si lembut rupanya, baik aku cabut lari dulu. Masuk dalam kereta, nak pecah perut si isteri gelak bila diceritakan kembali hal tersebut. Peristiwa ketiga pula berlaku semasa sang suami terpandang seorang pekerja pembersihan sedang membersihkan kawasan pusat membeli belah tapi sekali lagi dia dimarahi kerana seolah menghinanya hinggakan sang suami malu dibuatnya sampai satu ketika tu sang suami bertanya pada si isterinya apakah petua keramahan isterinya? isterinya hanya angkat bahu. "Tak de rahsia". Puas sang suami mengorek rahsianya dan si isteri tetap dengan jawapan yang sama. Sebenarnya peristiwa yang berlaku di atas adalah kisah benar yang terjadi pada aku dan suami dan aku rasa ia juga pernah berlaku pada rakan-rakan lain di luar sana. Suami aku sering cemburu melihat aku boleh berbual dengan orang asing tanpa sebarang masalah. Dia bukan cemburu buta ok tapi dia pelik bagaimana reaksi orang itu terhadap aku. Rahsianya? tak de rahsia. Memang tak de rahsia. Aku sebenarnya bukan dalam kategori orang yang peramah pun. Kalau orang tak kenal pun akan kata aku ni sangatlah sombong dan aku ni jenis orang yang takut-takut sebenarnya nak memulakan bicara tapi segalanya berubah bila aku bertemu dengan seseorang yang membuka minda dan membuatkan aku ingin mencubanya. Cuba keluar dari kepompong pemalu dan takut takut kepada seorang yang peramah dan disenangi ramai. Memanglah tak mudah untuk memenangi hati orang. Tujuan aku menegur pakcik jaga dulu pun sebab niat aku untuk mengembirakan hati dia agar dia tahu bahawa ada orang menghargai kerjanya dan usahanya. Mungkin pada kita, alah memang dah kerja dia jadi peduli apa kan? tapi kalau kita ucapkan terima kasih dengan seikhlas hati pada pakcik tu cuba lihat apa reaksi wajahnya? bukankah itu satu bentuk terapi yang bagus. Tentang kes suami aku pula, aku nak tergelak pun ada juga bila dia gagal tapi aku tak salahkan dia yang telah berusaha bersungguh-sungguh tapi belum menunjukkan hasil yang memuaskan. Takpe, boleh cuba lagi.

Selasa, 25 Disember 2012

Musim anak nak naik sekolah

Sempena cuti krismas semalam, aku mengambil kesempatan membawa anak-anakku ke klinik dan kemudian ke mart berdekatan untuk membeli peralatan persekolahan. Pada awalnya suami aku mencadangkan kami pergi sahaja ke Tesco atau Jusco tapi aku tak setuju sbb tinjauan yang telah kubuat (cewah..aku dah buat tinjauan lebih berkali kali untuk membuat perbandingan harga dan keperluan lain sebelum membelinya)barangan di Tesco ada yang mahal ada yang murah dan ada yang tak lengkap jadi aku mencadangkan suami aku pergi @mart (sebuah pasaraya harga patut) yang berdekatan sbb tahun lepas aku pernah mendapatkan beg sekolah Afiqah di situ dengan harga munasabah.Cuba bayangkan kalau di Tesco beg sekolah ada gambar Barbie atau Princess (haruslah kan katanya anak perempuan kan)rege beg mesti dlm sekitar RM49.90-RM79.90 tp kat sini rege beg boleh dpt pada harga RM17.90 sahaja. Itu baru beg, belum lagi kasut, stokin, baju, tudung, anak tudung dan lenlain lagi. Setakat ni aku berpuas atilah membeli belah kat situ terutama masa nak raya, pilihan banyak dan harga juga memuaskan dibandingkan di kompleks membeli belah macam Angsana,Tesco atau Jusco. Alhamdulillah, segala keperluan untuknya berjaya dipenuhi. Rabak gaklah poket tapi masih lagi dalam budget dan belikan jugaklah beg untuk Afiq. Iyalah, akak nak beg dia pun nak,akak amik alatan menulis dia pun nak gak. Sib baik tak mintak kasut. fuhh..tu baru dua org..

Rabu, 19 Disember 2012

Sesuatu utk dikongsi bersama

Hari ni merupakan hari pertama aku naik kerja setelah bercuti bersalin. Tu lah sapa suruh amik cuti bersalin awal tapi nak buat cam ne, memang waktu tu mendesak. Ok. tolak cite tu ketepi sebab pada hari ini aku dapat satu ilmu berguna yang boleh dikongsi bersama dgn orang lain. Ilmu tentang gangguan seksual di tempat kerja. Selama ni aku selalu beranggapan gangguan seksual di tempat kerja biasanya melibatkan lelaki dan perempuan tetapi anggapan itu adalah salah. Ia boleh terjadi samada lelaki dan perempuan, perempuan dengan perempuan atau lelaki dan lelaki dan juga tidak kira status seseorang itu. Tidak kira lah samada dia adalah pekerja ataupun majikan selagi ia menjengkelkan, tidak selesa dan tidak boleh diterima oleh mangsanya, ia dikatakan sebagai satu bentuk gangguan terutama apabila ia bersifat lucah atau mempunyai maksud tersirat (double meaning). Gangguan dibahagikan kepada 2 kategori utama iaitu samada berbentuk ugutan atau perbuatan menganggu mangsa setiap hari yang menjengkelkan. Ia juga tidak hanya terhad di tempat kerja, mungkin dalam satu acara anjuran syarikat atau latihan berpasukan yang diambil kesempatan oleh pemangsa utk melakukannya. Gangguan juga mungkin melibatkan dalam bentuk gambar pornografi, mesej di telefon bimbit, bahasa tubuh badan atau kata-kata lucah atau yang berbentuk 'double meaning' walaupun dibuat secara melawak (humor). Jadi awas ye kenkawan, adakalanya kita tak bermaksud lain tapi tanggapan seseorang terhadap kata-kata boleh membawa maksud berbeza. Apakah tindakan untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa gangguan seksual atau menjadi seseorang yang dianggap melakukan gangguan seksual terhadap rakan sekerja yang lain? 1) Tetapkan di kepala (setkan minda)bahawa jika kita tidak mahu perkataan yang tak sepatutnya diucapkan di hadapan orang tua diluahkan, jadi kita perlu berfikir sebelum mula melontarkan kata-kata.Contoh : Kita memuji baju yang dipakai oleh kawan kita yang sangat cantik pada hari itu bukan kerana tubuh badannya yang membuatkan dia rasa kita mempunyai maksud lain. 2) Jika ia bukan hal berkenaan kerja, jadi abaikannya. Ketika rakan setugas lain mula untuk bergossip isu sensitif (hal dalaman rumah tangga) atau ingin memulakan gangguan. Berterus terang dengan menegur dengan tegas dan terangkan kepadanya hal peribadi diri tiada kena mengena dengan dirinya. Jika mereka memperlekehkan tindakan kita, terangkan padanya perbuatan mereka adalah melampaui batas. Jika tidak berkesan laporkan kepada pihak yang boleh membawa kes ke pengadilan. Kes akan mengambil masa tetapi sekurang-kurangnya sikap pemangsa tu dapat dikawal. Boleh melaporkan kepada Ketua Jabatan, pihak pengurusan tertinggi dan kes siasatan perlu dibuka sebaik saja aduan diterima. Jadi kenkawan jangan biarkan diri dianiaya atau membiarkan si pelaku mengambil kesempatan ke atas kamu ye. Ada Akta yang melindungi.