Rabu, 19 Disember 2012

Sesuatu utk dikongsi bersama

Hari ni merupakan hari pertama aku naik kerja setelah bercuti bersalin. Tu lah sapa suruh amik cuti bersalin awal tapi nak buat cam ne, memang waktu tu mendesak. Ok. tolak cite tu ketepi sebab pada hari ini aku dapat satu ilmu berguna yang boleh dikongsi bersama dgn orang lain. Ilmu tentang gangguan seksual di tempat kerja. Selama ni aku selalu beranggapan gangguan seksual di tempat kerja biasanya melibatkan lelaki dan perempuan tetapi anggapan itu adalah salah. Ia boleh terjadi samada lelaki dan perempuan, perempuan dengan perempuan atau lelaki dan lelaki dan juga tidak kira status seseorang itu. Tidak kira lah samada dia adalah pekerja ataupun majikan selagi ia menjengkelkan, tidak selesa dan tidak boleh diterima oleh mangsanya, ia dikatakan sebagai satu bentuk gangguan terutama apabila ia bersifat lucah atau mempunyai maksud tersirat (double meaning). Gangguan dibahagikan kepada 2 kategori utama iaitu samada berbentuk ugutan atau perbuatan menganggu mangsa setiap hari yang menjengkelkan. Ia juga tidak hanya terhad di tempat kerja, mungkin dalam satu acara anjuran syarikat atau latihan berpasukan yang diambil kesempatan oleh pemangsa utk melakukannya. Gangguan juga mungkin melibatkan dalam bentuk gambar pornografi, mesej di telefon bimbit, bahasa tubuh badan atau kata-kata lucah atau yang berbentuk 'double meaning' walaupun dibuat secara melawak (humor). Jadi awas ye kenkawan, adakalanya kita tak bermaksud lain tapi tanggapan seseorang terhadap kata-kata boleh membawa maksud berbeza. Apakah tindakan untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa gangguan seksual atau menjadi seseorang yang dianggap melakukan gangguan seksual terhadap rakan sekerja yang lain? 1) Tetapkan di kepala (setkan minda)bahawa jika kita tidak mahu perkataan yang tak sepatutnya diucapkan di hadapan orang tua diluahkan, jadi kita perlu berfikir sebelum mula melontarkan kata-kata.Contoh : Kita memuji baju yang dipakai oleh kawan kita yang sangat cantik pada hari itu bukan kerana tubuh badannya yang membuatkan dia rasa kita mempunyai maksud lain. 2) Jika ia bukan hal berkenaan kerja, jadi abaikannya. Ketika rakan setugas lain mula untuk bergossip isu sensitif (hal dalaman rumah tangga) atau ingin memulakan gangguan. Berterus terang dengan menegur dengan tegas dan terangkan kepadanya hal peribadi diri tiada kena mengena dengan dirinya. Jika mereka memperlekehkan tindakan kita, terangkan padanya perbuatan mereka adalah melampaui batas. Jika tidak berkesan laporkan kepada pihak yang boleh membawa kes ke pengadilan. Kes akan mengambil masa tetapi sekurang-kurangnya sikap pemangsa tu dapat dikawal. Boleh melaporkan kepada Ketua Jabatan, pihak pengurusan tertinggi dan kes siasatan perlu dibuka sebaik saja aduan diterima. Jadi kenkawan jangan biarkan diri dianiaya atau membiarkan si pelaku mengambil kesempatan ke atas kamu ye. Ada Akta yang melindungi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan