Rabu, 26 Disember 2012

Kenapa perlu peramah?

Aku tak pasti aku pernah catatkan di sini atau tidak tapi cerita ini hanyalah cerita kosong melibatkan sepasang suami isteri yang berbeza watak tapi saling melengkapi satu sama lain. Sang suami sering memerhatikan tingkah laku isteri yang adakalanya agak pelik atau janggal dimatanya. Sebagai contoh, isterinya gemar menegur orang di sana sini dan berbual dengan rancaknya macam sahabat lama yang sudah lama tak mendengar khabar berita dan biasanya bila ditanya kembali pada sang isteri, isteri hanya angkat bahu dan mengatakan tidak kenal pun dengan sapa dia berbual tadi. Pelik kan? dan bila ditanya lagi pada si isteri kenapa menegur mereka dan apa yang dibualkan. Si isteri hanya menjawab, salahkan menegur orang dengan hormat dan keramahannya tak akan mengurangkan apa-apapun malah bertambah kenalan baru.Sebagai contoh, suatu hari semasa selepas selesai membeli belah di sebuah pasaraya, semasa hendak meletakkan troli di tempatnya datang seorang pakcik tua (jaga) yang ditugaskan utk mengumpul troli agar tidak bersepah di kawasan parkir, si isteri tadi menegur pakcik tadi dengan bertanyakan pukul berapa shif pakcik tu akan berakhir serta berbual kosong sebelum masuk semula ke dalam kereta. Sang suami menjeling ke arah isterinya. Seperti biasa soalan yang akan diajukan adalah adakah awak kenal pakcik tu? apa yang dibualkan? dan isteri hanya tersenyum dan kata apalah awak ni; Pakcik tu saya tak kenal tapi saya kesian tengok dia. Dah tua tapi masih memerah kederat membanting tulang buat kerja xtra. Dahlah jadi jaga kene pulak kutip troli. Jadi apa salahnya saya bertanya khabar dan berbual kosong dengan tujuan menggembirakan hatinya. Sekurang-kurangnya pakcik tu kata ada jugak orang menghargai kerjayanya. Berbekalkan kekaguman dengan semangat peramah sang isteri, sang suami mencuba nasib dengan mula memaniskan muka dan menegur orang di sekelilingnya. Orang yang pertama ditegur adalah seorang pakcik yang sedang memancing di sebuah lokasi tepi pantai berteluk. "Banyak dapat ikan pakcik?", tegurnya tapi dibalas dengan herdikan oleh pakcik tu pula. "Awak nampak byk sangat ke ikan yang saya dapat?. Dahlah jangan menyibuk nanti ikan tak nak dekat". Merah padam muka sang suami lalu berlalu pergi. Dia tak berputus asa, kali ni selepas membeli belah, sang suami meng'offer'kan diri menghantar sendiri troli ke tempatnya semata mata nak menegur seorang petugas yang kebetulan sedang mengutip troli yang bersepah di sana sini. "Dik, sorang je ke kutip troli ni sume?". Nak tahu apa jawapan budak tu? "A'aa. mesin rosak (mesin kutip troli).Dah order dari KL belum sampai", dengan gaya lemah lembutnya kemudian tersenyum senyum ke arah sang suami. Sang suami terus tepuk dahi. Alamak! si lembut rupanya, baik aku cabut lari dulu. Masuk dalam kereta, nak pecah perut si isteri gelak bila diceritakan kembali hal tersebut. Peristiwa ketiga pula berlaku semasa sang suami terpandang seorang pekerja pembersihan sedang membersihkan kawasan pusat membeli belah tapi sekali lagi dia dimarahi kerana seolah menghinanya hinggakan sang suami malu dibuatnya sampai satu ketika tu sang suami bertanya pada si isterinya apakah petua keramahan isterinya? isterinya hanya angkat bahu. "Tak de rahsia". Puas sang suami mengorek rahsianya dan si isteri tetap dengan jawapan yang sama. Sebenarnya peristiwa yang berlaku di atas adalah kisah benar yang terjadi pada aku dan suami dan aku rasa ia juga pernah berlaku pada rakan-rakan lain di luar sana. Suami aku sering cemburu melihat aku boleh berbual dengan orang asing tanpa sebarang masalah. Dia bukan cemburu buta ok tapi dia pelik bagaimana reaksi orang itu terhadap aku. Rahsianya? tak de rahsia. Memang tak de rahsia. Aku sebenarnya bukan dalam kategori orang yang peramah pun. Kalau orang tak kenal pun akan kata aku ni sangatlah sombong dan aku ni jenis orang yang takut-takut sebenarnya nak memulakan bicara tapi segalanya berubah bila aku bertemu dengan seseorang yang membuka minda dan membuatkan aku ingin mencubanya. Cuba keluar dari kepompong pemalu dan takut takut kepada seorang yang peramah dan disenangi ramai. Memanglah tak mudah untuk memenangi hati orang. Tujuan aku menegur pakcik jaga dulu pun sebab niat aku untuk mengembirakan hati dia agar dia tahu bahawa ada orang menghargai kerjanya dan usahanya. Mungkin pada kita, alah memang dah kerja dia jadi peduli apa kan? tapi kalau kita ucapkan terima kasih dengan seikhlas hati pada pakcik tu cuba lihat apa reaksi wajahnya? bukankah itu satu bentuk terapi yang bagus. Tentang kes suami aku pula, aku nak tergelak pun ada juga bila dia gagal tapi aku tak salahkan dia yang telah berusaha bersungguh-sungguh tapi belum menunjukkan hasil yang memuaskan. Takpe, boleh cuba lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan