Rabu, 15 Oktober 2014

Projek Kelas Rakyat JB

Salam semua,

Entri hari ni berkenaan aktiviti kebajikan terbaru yang akan aku jalankan tak lama lagi. Sejak tahun lepas aku memang mengimpikan agar satu program yang dianjurkan oleh pertubuhan yang dijalankan oleh para sahabat aku dapat juga dilaksanakan di Johor Bahru tetapi malangnya tak boleh dijalankan sebab kekurangan tenaga kerja dan kewangan.

Aku bergerak secara solo dan aktiviti amal ini aku lakukan bila ada waktu kelapangan atau memang ada sesuatu perkara penting yang harus dilakukan baru ia berjalan. Contoh : projek meraikan anak-anak yatim. Baru lah satu pasukan sukarela ditubuhkan untuk merealisasikan impian tersebut dan kemudian ia terbubar dengan sendiri. Nama pun kerja sukarela jadi tiada paksaan untuk membantu dalam apa jua bentuk samada kewangan, tenaga, idea atau buah tangan.

Memang aku akui, adakalanya aku hampir putus asa sebab untuk mencari orang yang sama minat membantu memang payah tapi Allah Maha Berkuasa dan sentiasa membantu di waktu aku sangat memerlukan. Aku dipertemukan dengan seorang adik manis yang baru berusia 20an dan mempunyai semangat yang jitu untuk membuat kerja kebajikan. Semangat yang ditunjukkannya mengingatkan aku semasa aku muda-muda dulu. Syukur alhamdulillah. Oleh kerana semangat dan jiwa muda, dia lebih cepat dari aku dalam perancangan dan pelaksanaan jadi aku amanahkan dia handle perkara yang aku tak tergapai.

Perancangan terdekat adalah untuk mengadakan kelas tuisyen untuk anak-anak yatim di Ar Rayyan. Selama ni aku tak pernah terfikir akan merealisasikannya. Sebenarnya bukan mudah untuk mencari orang yang sanggup melakukan kerja amal seperti mengajar anak-anak yatim secara percuma tanpa mengharapkan sebarang imbuhan tapi insyaallah takdir Allah itu mengatasi segalanya. Setakat hari ini, respon dalam fb positif dan kelas pertama nanti ada 5 orang yang sanggup menghadirkan diri membantu anak-anak ini.

Bercerita tentang rumah Ar Rayyan ni, aku ketahui melalui rakanku, Sherrina dari Projek Iqra'. Satu lagi rumah anak yatim swasta aku singgahi. Melihatkan pemandangan di dalamnya, syahdu rasa hati apatah lagi mendengar cerita tentang latar belakang para penghuninya. Memang sangat serba kekurangan dibandingkan rumah anak-anak yatim swasta lain yang pernah aku kunjungi. Hendak menolak impian mereka memang tak sampai hati tapi aku tiada pengalaman dalam mengajar apatah lagi nak handle pelajar corot dan bermasalah. Apa nak ajar pun aku tak pasti lagi tapi aku setkan minda aku agar berfikir secara positif. Kenali diri mereka dulu dan kemudian kaji permasalahan mereka dan atasinya. 

aku akan sambung cerita anak-anak ini di lain masa ye..