Isnin, 31 Disember 2012

Prestasi akhir tahun

Seperti biasa, setiap akhir tahun pasti HR Department akan buat sessi mengingatkan kakitangan baru dan lama tentang pentingnya mengisi PMS form final rating sebelum dateline dan seperti biasa mereka semua termasuk aku akan hantar di saat-saat akhir..hehehe tapi tahun ni agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya kerana untuk diriku sendiri aku bolehlah dikategorikan sebagai staff tergantung. Kenapa aku cakap cam tu sebab semenjak kontrak aku berkhidmat ditamatkan di PBT sekitar bulan 8 ari tu hinggalah aku naik kerja sekarang ni, GM aku lansung tak pernah risau atau memikirkan apakah tugasan yang perlu aku pikul atau pada siapa aku harus melaporkan diri. Bayangkan orang lain penuh meja menimbun-nimbun dengan tugasan sedangkan aku hanya duduk setiap hari tanpa berbuat apa-apa. Bukan tak pernah aku suarakan pada GM aku tapi entahlah...dia suh aku berehat je dulu. Kalo sehari dua takpe gak kan? mungkin pada org lain, seronoknya tak de keje tp utk aku yang dh biasa banyak keje rasa boring tahap gaban. Pernah aku suarakan pada seorang kawan aku ni, dia pun pernah mengalami situasi yang sama dan dia ada bagi aku tips berguna yang boleh aku gunakan. Pada waktu yang sama aku harus yakin bahawa rezeki itu dari Allah, jika tiba masa khidmat aku tidak diperlukan aku harus bersedia menerima kenyataan. Aku selalu berfikir positif dan cuba untuk terus positif..iyelah buat masa ni lah. Dan sempena tahun yang baru yg akan tiba esok, sebentar tadi aku dh ketuk pintu bilik bos aku dan bertanya soalan cepu emas utknya. Jawapannya masih sama, "aku akan fikirkan nanti, buat masa ni ko anggaplah ko masih di jawatan lama kau tu" (untuk satu unit yg dah tak wujud). Apa-apalah bos, saya hanya pasrah aje

Ahad, 30 Disember 2012

kalo dah terpaksa...

Petang semalam, kali pertama aku tinggalkan baby Haziq bersama ayahnya kerana aku harus bergegas ke OUM sbb final exam, bukan kelas ok, kalo tak aku dh lama tuang kelas. Oleh kerana kelam kabut aku hanya sempat perah susu satu botol saja dan bertawakkal yang susu tu cukuplah untuk tempoh sementara aku tak de nnti. Harap ayah dia tak panik bila si kecik tu mengaruk nnti. Baby Haziq ni dia tak macam akak atau abang dia, kalo haus memang tak sabar dan kalau menangis tu memang huru hara kita dibuatnya. Aku rasa jiran kiri kanan depan belakang boleh dengar suara dia dgn jelas kalau menangis mengalahkan budak kene dera dibuatnya :p. Tulah, dulu jiran-jiran aku kata umah aku mcm tak de budak kecik, senyap sunyi sentiasa dan jarang dengar tangisan budak kecik tp sekarang bukan setakat dengar baby aku melalak malah suara si akak dan abang terjerit jerit bermain sampai malam buta pun dh cukup menyakitkan telinga. Kat dewan peperiksaan, hanya Allah saja yg tahu debar di dadaku. Dahlah aku ni tengah tak sihat, selsema batuk dan sakit tekak ditambah dengan pening pale membuatkan apa yang aku baca dan hafal langsung tak membuahkan hasil menyebabkan aku ambil keputusan keluar dewan awal. aduh..pasti result aku hancur lagi. Entahlah, di akhir-akhir ni memang aku rasa down sangat. Selalunya keputusan assignment aku tak pernah mengecewakan kerana aku rajin buat research tapi result kali ni di bawah par, jadi aku hanya berharap kalau lulus dah cukup baiklah kerana banyak paper lain yang aku kene repeat kalau nak grad cepat.brb

Khamis, 27 Disember 2012

Baby Haziq dan ruam

Pagi semalam, mama menegur bila tgk pipi baby Haziq merah-merah mcm kene ruam dan aku mengaku tak perasan. Iyelah, mungkin ruam lampin atau ruam susu kerana menyusukan anak dengan mata separa mengantuk di waktu awal pagi kan. Member aku bagi petua, guna bedak berubat botol merah 'Agnesia' tu dan buat ala bedak sejuk dan sapukan seluruh kawasan ruam. Aku suh mama buatkan dan alhamdulillah, dia tak merengek dan kata mama kulit dia beransur ok tapi malam tu sesampai je kat umah dan ketika nak tukar lampinnya, aku baru perasan seluruh tubuh dia termasuk muka sume dipenuhi ruam merah sampai aku risau sangat dan menelefon suami suruh balik umah segera. Bila aku g klinik malam tadi, doktor sahkan dia bukan kene demam campak sebab dia memang tak demam tapi kerana ruam yang disebabkan oleh sejenis virus. Ruam ni boleh terjadi samada alahan habuk atau bulu-bulu pada baju yang baru dibeli tetapi belum dibasuh tapi terus dipakaikan pada bayi (itu agak mustahil sbb Haziq pakai baju biasa), mungkin juga alahan sabun mandi (aku guna mandian khas bayi aje) atau juga kepanasan sekeliling yg menyebabkan kulit sensitif dia mudah bertindak balas. Memang dia merengek je ketika tu, sian dia tapi sesudah aku sapukan ubat di seluruh badan dan agak berkurangan gatalnya, dia dh mula senyum-senyum dan berbunyi bunyi. Mungkin nak cakap badan dia dh lega dan mengadu badan dia tadi tak selesa. Jadi esok adalah hari untuk aku buat spring cleaning besar-besaranlah. Semua barang akan aku sterilkan dgn pencuci dettol yang tak berapa sedap ada bau spital tu. Ah tak kira, kalo sorang dh start sakit mcm ni maka haruslah dibuat jika tau mau ianya merebak kepada yang lenlain.

Rabu, 26 Disember 2012

Kenapa perlu peramah?

Aku tak pasti aku pernah catatkan di sini atau tidak tapi cerita ini hanyalah cerita kosong melibatkan sepasang suami isteri yang berbeza watak tapi saling melengkapi satu sama lain. Sang suami sering memerhatikan tingkah laku isteri yang adakalanya agak pelik atau janggal dimatanya. Sebagai contoh, isterinya gemar menegur orang di sana sini dan berbual dengan rancaknya macam sahabat lama yang sudah lama tak mendengar khabar berita dan biasanya bila ditanya kembali pada sang isteri, isteri hanya angkat bahu dan mengatakan tidak kenal pun dengan sapa dia berbual tadi. Pelik kan? dan bila ditanya lagi pada si isteri kenapa menegur mereka dan apa yang dibualkan. Si isteri hanya menjawab, salahkan menegur orang dengan hormat dan keramahannya tak akan mengurangkan apa-apapun malah bertambah kenalan baru.Sebagai contoh, suatu hari semasa selepas selesai membeli belah di sebuah pasaraya, semasa hendak meletakkan troli di tempatnya datang seorang pakcik tua (jaga) yang ditugaskan utk mengumpul troli agar tidak bersepah di kawasan parkir, si isteri tadi menegur pakcik tadi dengan bertanyakan pukul berapa shif pakcik tu akan berakhir serta berbual kosong sebelum masuk semula ke dalam kereta. Sang suami menjeling ke arah isterinya. Seperti biasa soalan yang akan diajukan adalah adakah awak kenal pakcik tu? apa yang dibualkan? dan isteri hanya tersenyum dan kata apalah awak ni; Pakcik tu saya tak kenal tapi saya kesian tengok dia. Dah tua tapi masih memerah kederat membanting tulang buat kerja xtra. Dahlah jadi jaga kene pulak kutip troli. Jadi apa salahnya saya bertanya khabar dan berbual kosong dengan tujuan menggembirakan hatinya. Sekurang-kurangnya pakcik tu kata ada jugak orang menghargai kerjayanya. Berbekalkan kekaguman dengan semangat peramah sang isteri, sang suami mencuba nasib dengan mula memaniskan muka dan menegur orang di sekelilingnya. Orang yang pertama ditegur adalah seorang pakcik yang sedang memancing di sebuah lokasi tepi pantai berteluk. "Banyak dapat ikan pakcik?", tegurnya tapi dibalas dengan herdikan oleh pakcik tu pula. "Awak nampak byk sangat ke ikan yang saya dapat?. Dahlah jangan menyibuk nanti ikan tak nak dekat". Merah padam muka sang suami lalu berlalu pergi. Dia tak berputus asa, kali ni selepas membeli belah, sang suami meng'offer'kan diri menghantar sendiri troli ke tempatnya semata mata nak menegur seorang petugas yang kebetulan sedang mengutip troli yang bersepah di sana sini. "Dik, sorang je ke kutip troli ni sume?". Nak tahu apa jawapan budak tu? "A'aa. mesin rosak (mesin kutip troli).Dah order dari KL belum sampai", dengan gaya lemah lembutnya kemudian tersenyum senyum ke arah sang suami. Sang suami terus tepuk dahi. Alamak! si lembut rupanya, baik aku cabut lari dulu. Masuk dalam kereta, nak pecah perut si isteri gelak bila diceritakan kembali hal tersebut. Peristiwa ketiga pula berlaku semasa sang suami terpandang seorang pekerja pembersihan sedang membersihkan kawasan pusat membeli belah tapi sekali lagi dia dimarahi kerana seolah menghinanya hinggakan sang suami malu dibuatnya sampai satu ketika tu sang suami bertanya pada si isterinya apakah petua keramahan isterinya? isterinya hanya angkat bahu. "Tak de rahsia". Puas sang suami mengorek rahsianya dan si isteri tetap dengan jawapan yang sama. Sebenarnya peristiwa yang berlaku di atas adalah kisah benar yang terjadi pada aku dan suami dan aku rasa ia juga pernah berlaku pada rakan-rakan lain di luar sana. Suami aku sering cemburu melihat aku boleh berbual dengan orang asing tanpa sebarang masalah. Dia bukan cemburu buta ok tapi dia pelik bagaimana reaksi orang itu terhadap aku. Rahsianya? tak de rahsia. Memang tak de rahsia. Aku sebenarnya bukan dalam kategori orang yang peramah pun. Kalau orang tak kenal pun akan kata aku ni sangatlah sombong dan aku ni jenis orang yang takut-takut sebenarnya nak memulakan bicara tapi segalanya berubah bila aku bertemu dengan seseorang yang membuka minda dan membuatkan aku ingin mencubanya. Cuba keluar dari kepompong pemalu dan takut takut kepada seorang yang peramah dan disenangi ramai. Memanglah tak mudah untuk memenangi hati orang. Tujuan aku menegur pakcik jaga dulu pun sebab niat aku untuk mengembirakan hati dia agar dia tahu bahawa ada orang menghargai kerjanya dan usahanya. Mungkin pada kita, alah memang dah kerja dia jadi peduli apa kan? tapi kalau kita ucapkan terima kasih dengan seikhlas hati pada pakcik tu cuba lihat apa reaksi wajahnya? bukankah itu satu bentuk terapi yang bagus. Tentang kes suami aku pula, aku nak tergelak pun ada juga bila dia gagal tapi aku tak salahkan dia yang telah berusaha bersungguh-sungguh tapi belum menunjukkan hasil yang memuaskan. Takpe, boleh cuba lagi.

Selasa, 25 Disember 2012

Musim anak nak naik sekolah

Sempena cuti krismas semalam, aku mengambil kesempatan membawa anak-anakku ke klinik dan kemudian ke mart berdekatan untuk membeli peralatan persekolahan. Pada awalnya suami aku mencadangkan kami pergi sahaja ke Tesco atau Jusco tapi aku tak setuju sbb tinjauan yang telah kubuat (cewah..aku dah buat tinjauan lebih berkali kali untuk membuat perbandingan harga dan keperluan lain sebelum membelinya)barangan di Tesco ada yang mahal ada yang murah dan ada yang tak lengkap jadi aku mencadangkan suami aku pergi @mart (sebuah pasaraya harga patut) yang berdekatan sbb tahun lepas aku pernah mendapatkan beg sekolah Afiqah di situ dengan harga munasabah.Cuba bayangkan kalau di Tesco beg sekolah ada gambar Barbie atau Princess (haruslah kan katanya anak perempuan kan)rege beg mesti dlm sekitar RM49.90-RM79.90 tp kat sini rege beg boleh dpt pada harga RM17.90 sahaja. Itu baru beg, belum lagi kasut, stokin, baju, tudung, anak tudung dan lenlain lagi. Setakat ni aku berpuas atilah membeli belah kat situ terutama masa nak raya, pilihan banyak dan harga juga memuaskan dibandingkan di kompleks membeli belah macam Angsana,Tesco atau Jusco. Alhamdulillah, segala keperluan untuknya berjaya dipenuhi. Rabak gaklah poket tapi masih lagi dalam budget dan belikan jugaklah beg untuk Afiq. Iyalah, akak nak beg dia pun nak,akak amik alatan menulis dia pun nak gak. Sib baik tak mintak kasut. fuhh..tu baru dua org..

Rabu, 19 Disember 2012

Sesuatu utk dikongsi bersama

Hari ni merupakan hari pertama aku naik kerja setelah bercuti bersalin. Tu lah sapa suruh amik cuti bersalin awal tapi nak buat cam ne, memang waktu tu mendesak. Ok. tolak cite tu ketepi sebab pada hari ini aku dapat satu ilmu berguna yang boleh dikongsi bersama dgn orang lain. Ilmu tentang gangguan seksual di tempat kerja. Selama ni aku selalu beranggapan gangguan seksual di tempat kerja biasanya melibatkan lelaki dan perempuan tetapi anggapan itu adalah salah. Ia boleh terjadi samada lelaki dan perempuan, perempuan dengan perempuan atau lelaki dan lelaki dan juga tidak kira status seseorang itu. Tidak kira lah samada dia adalah pekerja ataupun majikan selagi ia menjengkelkan, tidak selesa dan tidak boleh diterima oleh mangsanya, ia dikatakan sebagai satu bentuk gangguan terutama apabila ia bersifat lucah atau mempunyai maksud tersirat (double meaning). Gangguan dibahagikan kepada 2 kategori utama iaitu samada berbentuk ugutan atau perbuatan menganggu mangsa setiap hari yang menjengkelkan. Ia juga tidak hanya terhad di tempat kerja, mungkin dalam satu acara anjuran syarikat atau latihan berpasukan yang diambil kesempatan oleh pemangsa utk melakukannya. Gangguan juga mungkin melibatkan dalam bentuk gambar pornografi, mesej di telefon bimbit, bahasa tubuh badan atau kata-kata lucah atau yang berbentuk 'double meaning' walaupun dibuat secara melawak (humor). Jadi awas ye kenkawan, adakalanya kita tak bermaksud lain tapi tanggapan seseorang terhadap kata-kata boleh membawa maksud berbeza. Apakah tindakan untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa gangguan seksual atau menjadi seseorang yang dianggap melakukan gangguan seksual terhadap rakan sekerja yang lain? 1) Tetapkan di kepala (setkan minda)bahawa jika kita tidak mahu perkataan yang tak sepatutnya diucapkan di hadapan orang tua diluahkan, jadi kita perlu berfikir sebelum mula melontarkan kata-kata.Contoh : Kita memuji baju yang dipakai oleh kawan kita yang sangat cantik pada hari itu bukan kerana tubuh badannya yang membuatkan dia rasa kita mempunyai maksud lain. 2) Jika ia bukan hal berkenaan kerja, jadi abaikannya. Ketika rakan setugas lain mula untuk bergossip isu sensitif (hal dalaman rumah tangga) atau ingin memulakan gangguan. Berterus terang dengan menegur dengan tegas dan terangkan kepadanya hal peribadi diri tiada kena mengena dengan dirinya. Jika mereka memperlekehkan tindakan kita, terangkan padanya perbuatan mereka adalah melampaui batas. Jika tidak berkesan laporkan kepada pihak yang boleh membawa kes ke pengadilan. Kes akan mengambil masa tetapi sekurang-kurangnya sikap pemangsa tu dapat dikawal. Boleh melaporkan kepada Ketua Jabatan, pihak pengurusan tertinggi dan kes siasatan perlu dibuka sebaik saja aduan diterima. Jadi kenkawan jangan biarkan diri dianiaya atau membiarkan si pelaku mengambil kesempatan ke atas kamu ye. Ada Akta yang melindungi.

Selasa, 27 November 2012

Gian nk shopping

Terlalu lama sangat bertapa di dalam rumah. Genap sebulan ari tu aku ajak suami g shopping complex. Kalau orang dulu2 pasti dah dileterinya, takut masuk angin lah nnti bentan tapi kehendak hati yg teringin sangat nk jalan mengatasi segalanya. Alasan cari baju afiqah kerana badan dia yg semakin 'chubby' serta mencari baju basahan utk baby Haziq tp last last hanya sehelai t-shirt yg sempat diambil kerana faktor saiz susah nak cari yang sesuai dan berbaloi serta kesuntukan masa ditambah pula dgn faktor kenakalan anak-anak aku..tensen aku nak shopping bawak dorang. Taubat lah lepas ni aku nak shopping bawak dorang.

Berbalik pada cite berpantang tadi aku tahu aku ni tak ikut cara pantang yg betul, ada yg aku buat ada yg saja aku abaikan. Contohnya, kalo orang dulu2 kata, tak leh minum air banyak2 tp aku minum dengan byk sekali sebab aku tak nak susu badan kurang. Biarlah perut boroi janji anak kenyang menyusu. Aku juga banyak makan buah-buahan seperti betik, limau, epal dan anggur sbb perlukan serat dan juga vitamin C.

Bab makanan pulak, aku ikut mcm org dulu-dulu buat. Aku hanya makan masakan tanpa minyak. Kalau tak kukus, rebus, celur atau bakar sahaja. Kalo ada minyak pun, hanyalah minyak bijan. Aku juga tak makan jamu-jamu sebab serik anak tak nak menyusu jadi aku gantikan dengan supplemen vitamin kesihatan utk tubuh badan. Yang masih aku ikut seperti berurut, bertungku, pakai pilis dan param serta berbengkung walaupun tak setiap hari.Hasilnya, alhamdulillah badan lebih sihat dan yg penting aku tak menyusahkan mama aku semasa berpantang. Bersalin sblm ni mama yang jaga. Oleh kerana katanya dia tak de pengalaman menjaga orang bersalin, jadi dia masak apa semua aku bedal. Biasanya dia masak byk guna minyak walaupun dia tahu orang bersalin mana boleh makan benda berminyak dan lagi aku tak nak menyusahkan dia nak bergerak ke sana ke mari dan dijadikan alasan dia tak dpt ke mana-mana. Aku pun harus faham masa dan tenaga yang telah dicurahkan pada aku jadi kali aku jaga diri sendiri dan di rumah sendiri.Mujurlah dapat suami yang bertanggungjawab dan dialah yang mengambil alih tugas suri rumah termasuk memasak, membasuh baju, pinggan mangkuk, pergi pasar serta menghantar aku ke klinik atau pergi ke mana-mana. Syukur alhamdulillah.

Selasa, 6 November 2012

Masalah biasa selepas bersalin

Salam semua, Hari ni aku nak citekan serba sedikit masalah yg biasa dihadapi oleh ibu-ibu selepas bersalin. Aku rasa sapa yang pernah melaluinya mesti mcm terkenang-kenangkan..aduhai..siksanya menempuh alam berpantang. 1. Luka episitomi (luka jahitan) Sapapun yg pernah bersalin normal dan kemudian terpaksa di potong tak kisah lah bentuk J ke, L ke atau pukul 7 sekalipun atau koyak corak bunga setaman sekalipun pastinya kene jahit ye tak? Kalo banyak jahitan maka terpaksa le menanggung sakit semasa nak bergerak, nak duduk, nak buang air kecil dan paling siksa semasa nak buang air besar. Perghhh..rasa cam nak terberanak lagi sekali bila nak meneran. Adakalanya rasa cam jahitan bawah tu terbukak terus sbb siksanya nak melalui ujung dubur yang terjahit sekali dengan kulit bahagian dipotong tu. Ada org masih boleh menahan sakit tp ada gak yg pengsan. Kalau tanya aku, bohonglah tak sakit. Masa operation perut dulu pun sama gak komplikasinya. nak buang air besar pun sakit gak, nak meneran sangat takut jahitan di perut terbukak, lagipun adakalanya jahitan di perut mungkin boleh terlekat dgn usus tp tak pastilah (aku cuma terbaca kat satu artikel dlm majalah berkenaan c-zer dan implikasinya)jadi jahit atas ke bawah ke sama je kesannya, selagi tak baik jahitan selagi tu nak buang air besar mcm satu mimpi ngeri. Tak buang air besar lagi teruk kesannya. 2. Buasir Biasanya sapa yg pernah kene buasir time ni le dia akan menonjolkan diri atau paling tidak ketika kita di akhir semester mengandung, tekanan dari perut telah menolak saluran usus di dubur utk terkeluar semasa meneran untuk membuang air besar dan selepas itu masuk semula selepas selesai membuang air besar. Tu buasir tahap kedua tapi adakalanya semasa proses meneran semasa bersalin buasir tu akan terkeluar terus dan tidak boleh dimasukkan semula. Ni dah tahap ketiga dan adakalanya memang kene buat pembedahan untuk membuangnya. Pengalaman bersalin anak ketiga ni, buasir aku keluar dan membengkak sehingga menyukarkan aku utk duduk atau baring. Patutlah aku pernah nampak org dlm hari duduk atas boya. Macam-macamlah petua org bagi tapi ia hanya akan masuk balik apabila aku dapat membuang air besar seperti sediakala, jika tidak dia tetap akan terkeluar dan membengkak. 3. Batuk Batukpun siksa gak. Kalo semasa mengandung memanglah itu tanda alahan semasa mengandung tapi selepas bersalin aduhai..siksanya. Kalo yang pernah kene c-zer, pastinya batuk adalah satu fobia krn setiap kali batuk kita akan kepit badan kita sehabis boleh utk mengelakkan rasa sakit di tempat jahitan. Kalo bersalin normal pun sama gak sakitnya. Kalo dapat buang batuk tu waktu tu jugak, rasa cam lega gile. 4. Bisa darah meroyan Ini perkara biasa. Normal ke operation ke sama je kesannya. Kita tetap akan rasa sakit bisa sangat kerana masih ada darah beku di dalam rahim yang akan keluar. Selagi tak keluar selagi tu bisa itu akan terasa. Ada org kata bisa tu akan hilang bergantung pada berapa anak yang pernah kita lahirkan. Misalnya dalam kes aku, aku bersalin anak ketiga, maka 3 hari lah aku akan rasa bisanya. Untuk mengurangkan rasa bisa, kalo kat spital, dorang kasi panadol aje tp kalo di rumah aku akan guna tungku utk menuam kawasan rahim dan perut agar darah beku cepat pecah dan mengalir keluar. 5. Bengkak payudara Biasanya hari kedua dah start kene bengkak payudara. Saiz buah dada akan membesar dua kali ganda dan keras. Kalo puting tersumbat jawabnya bertambah le sakit. Cara nak mengurangkan ialah tuam ngan air batu dulu diikuti tuam ngan air panas dan galakkan anak menyusu badan sepenuhnya. Bukan saja bengkak akan surut malah rahim akan cepat mengecut dan bisa darah meroyan akan segera hilang. Kalo tak jalan juga (mungkin anak tidak menyusu atau tidak menyusukan bayi dgn susu badan) kene pam keluar le susu tersebut dan jika tidak bisanya boleh menyebabkan demam. Jangan tak tahu bisa bengkak susu ni boleh menyebabkan kita bentan dan aku pernah mengalaminya beberapa kali tp mujur waktu tu suami dan keluarga sentiasa berada di sisi, jika tidak kompem aku kene sawan. aku akan sambung nnti di lain masa kerana ehem si kecil aku dh bangun..minta susulah apalagi

Ahad, 4 November 2012

Tolong aku kekeringan susu!

Seperti ibu-ibu lain aku dah lama pasang angan-angan ingin menyusukan anak sepenuhnya dengan susu badan walaupun aku tahu agak perit apabila bayi kerap menyusu dan adakalanya mengelupas dan luka puting susu dibuatnya tapi cabaran kali ini yang sangat mengecewakan aku adalah aku kekeringan susu badan semasa dalam berpantang lagi. Sudah le anak melalak semasa menyusu, mungkin kerana susu badan kurang mengalir dan mungkin juga dia tak cukup puas. Puting berdarah toksah citelah. Setiap kali si kecil ni menyusu aku rasa nak meraung menahan kesakitan. Ada misi kata teknik lekapan aku salah tapi dia sendiri tengok bagaimana aku memegang dan menyuakan puting payudara pada bayi. Lagipun ini bukan kali pertama aku menyusukan anak. Ada sekali tu mata aku bengkak disebabkan tak cukup tido kerana anak asyik melalak dari awal pg smp ke siang. Aku dah rasa give up sampai ada masanya mcm nak campak je anak aku tu. Mujur adik aku kebetulan datang dan terus menyusukan anak aku.Yer, dia dh jadi anak susuan adik aku. Ada masanya lansung tak keluar susu badan walaupun telah cuba memerahnya berkali kali. Masa tu rasa nak nangis pun ada. Aku bertawakkal aje pd waktu tu, ingatkan nak cari susu formula di kedai tp seawal 1.30 pg mana ada kedai bukak? jadi nak dijadikan cerita aku guna susu Afiq yg dicairkan utk bg kat adik dia. Tu lah saja ikhtiar terakhir pd waktu terdesak. Kesian baby aku, dah haus sangat dia telan aje, mujur tak de sembelit atau buang2 air. Nak kata aku tak mengurut, seawal lepas bersalin aku dh mengurut payudara utk keluarkan susu. Aku juga byk makan sayuran dan amalkan petua utk membanyakkan susu tapi usaha murni aku nak menyusukan anak dgn susu badan sepenuhnya punah begitu sahaja. Nampaknya misi aku kali ini tidak berjaya, tidak seperti masa kecil akaknya dan abgnya..sedih tau.

Rabu, 31 Oktober 2012

bermulanya pertapaanku

mulai ari ni aku akan update status jika berkesempatan dalam bentuk catatan diari kerana ingin meraikan kehadiran cinta hati baru kami, Mohamad Haziq Hazim yang telah selamat dilahirkan pada 23 Oktober 2012 beberapa hari sebelum umat islam menyambut Aidil Adha. 23/10/2012 4.00pm Suara azan Asar terdengar dari masjid berdekatan rumah. Pada waktu-waktu begini biasanya aku sudah siap memasak utk juadah malam dan sedang bersiap siap utk mandi sebelum mengambil anak-anak pulang dari sekolah. Maklumlah, jarak antara rumah dan tadikanya agak jauh jadi utk mengelakkan kesesakan lalulintas kene le bertolak awal. Tapi petang tu rasa lain mcm sakit, dah le terlewat untuk memasak rasa sakit seakan hendak datang haid agak lama dan berpanjangan selama minit sblm hilang. Masa sakit tu lansung tak boleh bergerak. Risau dgn keadaan diri terus menelefon suami dan meminta dia saja yang menguruskan anak-anak. Memang lah tanda belum keluar tapi rasa sakit tu mcm makin kerap dan tetap setiap setengah jam. Sekitar jam 5.30pm, tanda untuk melahirkan sudah keluar tapi suami pula tak nampak bayang. Bila dia tiba di rumah, aku cuba tenangkan diri krn beranggapan masih jauh lg masa utk melahirkan. sebenarnya aku tak nak suami kelam kabut kerana jarak antara rumah kami dgn hospital tak jauh, tak smp 15 minit perjalanan pun sedangkan jarak antara rumah dan tadika harus melalui lebuhraya yang pastinya sesak di waktu orang balik bekerja. kalo aku ikut suami ambil anak dari tadika dan hantar ke rumah mama dan patah balik ke hospital, aku rasa ada karang terberanak dalam kereta. aku masih boleh bagitau suami yg waktu bersalin masih lagi jauh. Betul dugaanku, suami stuck dalam jam di lebuhraya dan memberitahu mungkin tiba lewat sikit. Aku cuba menelefon keluarga tapi biasalah mama mudah panik dgn situasi cam tu, dia suruh angah datang dan hantar aku ke hospital padahal rumah angah bukannya dekat. kontraksi aku pula makin kerap, dari setiap setengah jam ke setiap 10 minit. Mujur teringat jiranku yg tinggal berdekatan dan meminta bantuannya.Syukur alhamdulillah. sesampai ke hospital terus ke bilik saringan dan terus ke bilik bersalin kerana bukaan dah 4.5cm katanya. Bermula dr situ, perhitungan bermula dan alhamdulillah aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki 3.03kg tepat jam 11.40pm tanpa sebarang koyakan atau potongan. Tapi memang bersalin kali ini sangat menyakitkan dan aku rasa trauma pulak. Sebab apa,sebelum bersalin pun aku telah diduga dgn pelbagai penyakit dan alahan yg cukup menyakitkan ditambah pula saat melahirkan. Rasa cam taubat nak mengandung lagi tapi tulah kelebihan yang Allah berikan pada wanita kerana boleh melupakan semua rasa sakit tu selepas itu hingga tidak ada sekelumit pun perasaan benci kepada Pencipta Nya atau anak yang dikandung serta anak-anak yg seterusnya. bersambung nnti..haziq dh menjerit

Sabtu, 13 Oktober 2012

mcm-mcm perangai

Cite yang aku nak beritahu ari ni fasal pengalaman aku sebagai pelanggan di dua buah gerai yang aku rasa patut untuk kita renungkan. Gerai pertama ni tak berapa jauh dari rumah aku dan lokasinya memang jadi tumpuan sbb di jalan raya utama di perumahan ini. Masakan sedap amik order cepat cuma makanan dan minuman nya aje yg berejam menunggu. Member-member aku gelarkan gerai tu gerai satu jam sebab kalo tak sejam menunggu tak sah. Tapi yang peliknya, ramai tu orang sanggup menunggu giliran. Nak kata tukang masak nya sorang,aku tengok 2 org warga emas. dan kalo org kata mungkin sbb tukang masak org lama jadi slow sikitlah tapi bagaimana pulak dgn tukang buat air yg berejam gak nak siapkan air. Gerai kedua lak memang terkenal ngan kue tiaw dia. Cara dia memasak, dia hanya masak satu persatu dan mungkin kerana penat bercampur panas baran membuatkan owner cum tukang masak selalu naik angin masa tengah masak dan biasanya dia blah mcm tu aje ketika org tgh ramai menunggu. Bila angin dia reda, dia terus mulakan memasak tanpa rasa bersalah. bayangkan betapa bengangnya pelanggan mcm aku yg dah sejam menunggu. Sib baik le masa tu aku memang tgh mengidam sangat nak makan kue tiaw goreng dia jadi terpaksa le menunggu sejam lagi tp yg buat aku bertambah bengang tu..smp rumah dah le sejuk kue tiaw tu, dah tu rasa hangus aje. Bila berhadapan dengan kerenah tuan punya gerai cam ni, aku rasa dorang ni patut amik time management atau anger management le. Jika sikap mereka tidak diubah, sesedap mana pun masakan mereka jika pelanggan bosan, tiada gunanya meniaga sbb lambat laun mereka terpaksa gulung tikar bukan kerana masakan mereka tapi sbb sikap mereka sendiri.

Khamis, 11 Oktober 2012

Zaman dh berubah...

Orang lama sering berkata, zaman dah berubah tapi adat tetap perlu dijaga. Betul tak?. Aku tak tahulah nak cakap apa tapi aku yang dalam kategori moden gak adakalanya macam terasa janggal untuk mengikut petua nenek moyang yang tidak relevan dimataku dan hanya mengikut apa yg selesa buatku sahaja. Memang le kene bebel dek orang tua..hehehe. Contohnya lah masa bersalin anak sulung dulu, aku bersalin secara c-ser. Takde kalangan dlm keluargaku yang pernah bersalin c-ser jadi mama pun sendiri tak berapa mahir tentang pantang larang menjaga orang yg bersalin dan main hentam saja. Aku tidak memakai pilis, param apalagi berbengkung, bertungku semua tu. Cuma makan ubat yang diberi doktor sahaja. Akhirnya jahitan bocor dan yang merana aku jugak. Kelahiran anak kedua pula normal dan kali ni aku merasalah memakai param, pilis, berurut sume tu. Rasa berbeza sangat dan ternyata tubuh lebih segar walaupun pada awalnya aku rasa rengsa sbb kepanasan dgn badan berlilit rempah ratus tapi hasilnya aku cepat sihat daripada biasa. Cuma dalam banyak2 pantang tu, aku cuma tak minum air akar kayu krn takut anak kene kekuningan dan juga tidak mahu susu badan menjadi pahit. Pengalaman meminum kacip fatimah masa anak pertama dulu hingga menyebabkan air susu badan pahit sangat memberikan pengajaran kerana anak menangis sepanjang hari kerana tidak dapat menyusu hingga aku terpaksa menawarkan susu badan sendiri dengan pelbagai cara. Mujur tak de pe pe..fuhh..serik. Untuk anak ketiga ni aku teringin nak guna set bersalin spt yg diwar-warkan di iklan media cetak tapi buat masa ni aku belum putuskan nak beli yang mana. Bercakap fasal bayi ni pulak. Aku tiba-tiba teringat tentang beberapa hal di klinik kesihatan yg membawa bayi mereka utk pemeriksaan rutin. Mana-mana ibu bapa yg baru dapat anak memanglah teruja mendapat ahli baru dlm keluarga mereka. Mereka dipakaikan dengan pakaian terbaru dan terbaik utk anak mereka tapi adakalanya terasa cam janggal utk seorang bayi yg baru saja menjenguk dunia dgn pelbagai aksesori yg adakalanya sarat dan adakalanya membuatkan bayi tersebut tidak selesa. Sebagai contoh, katalah bayi tu baru sebulan dua menjenguk dunia, dari segi fizikal yg masih merah yang adakalanya tidak cukup bulan sepatutnya ibu bapa tu boleh berfikir bayi tersebut mudah terdedah kepada bahaya jangkitan kuman dan memerlukan perlindungan extra spt selimut atau bedung tp org skrg aku tgk dah le tak berbedung, tak bersarung tangan atau kaki dan budak tu kesejukan mengigil dengan suara terketar2 kalo menangis. Walaupun cuaca kat luar panas terik sekalipun tapi suhu bayi dan suhu kita tak sama. kalo dia kat dlm perut tu lain le, dia memang selesa dgn suhu persekitarannya. kalo tak nak pakaikan sarung tangan dan kaki tak kisah, pakaikanlah baju senyawa (romper) yg tutup kaki dan untuk tangan tu kita leh tutup ngan kain sekiranya perlu sbb bayi sukakan kehangatan sama seperti di dalam rahim ibunya dan sekiranya tidak dia mudah terkejut dan akan menangis dan itulah pemandangan yg aku lihat di klinik tersebut. Kesian bayi-bayi tu sbb dipakaikan baju berjenama dan fesyen mcm org dewasa tp penyudahnya budak tu merengek aje. Ramai gak para ibu skrg yg enggan menyusukan anak mereka dgn susu badan. Mungkin segan di hadapan khalayak ramai atau mungkin tak de lansung susu badan kot? entahlah. Aku teringat ada satu kisah ni, kerana tak mahu menyusukan anak dia dgn susu badan, dia sanggup bagi anak dia susu kambing segar lah, susu itu inilah dan penyudahnya anak dia masuk hospital kerana demam panas melampau dan kekuningan melampau. Mujur anak dia tak meninggal atau cacat otak. Apalah salahnya bagi walaupun sikit kerana khasiat susu ibu tinggi tp entah lah apapun alasannya dia terpaksa tanggung le kesannya kan? Aku berdoa semoga kali ni aku dapat menyusukan bayi secara eksklusif selama 2 thn seperti anak sulungku tanpa sebarang masalah.
Hari ni seawal aku mencecah kaki ke dlm ofis ramai yg menegurku krn masih lg belum cuti bersalin. Hehehe..nak wat cam ne, baby tak mau kuar lagi. 2 hari aku cuti kerana check up kesihatan dan jumpa doktor pakar sudah cukup memberikan rehat secukupnya. Menurut kata doktor, segalanya ok. dia dah check keadaan bayi, ukur lilit badan, berat dan air ketuban sume serta jantina sekali. Kelihatan si kecil sedang khusyuk nyonyot ibu jarinya sambil tido. hehehe. Kesan luka atau parut dari kes mengandung dan bersalin lepas tidak ada. fuh lega. Jika tidak, ada besar kemungkinan untuk dibedah sekali lagi kerana berisiko. Sekarang ni tinggal tunggu masa je lah. Moga semuanya dipermudahkan. Dan sebagai tidak menghampakan harapan suami, mama papa, adik beradik dan kenkawan yang sangat prihatin pada diri ini, ya saya tahu anda semua sayang saya..love u all. Aku akan mula mengambil cuti bersalin awal secara rasminya Isnin depan. Jadi aku mesti naik keje pada 14/12/2012 samada suka atau tak suka. Aku sendiri akui, keadaan fizikal diri tidak mengizinkan aku utk bergerak sgt walau hati melompat-lompat nak berjalan. Aku harap hujung minggu ni selamatlah aku bersalin, kalo bersalinlah.

Selasa, 2 Oktober 2012

budget 2013 dan aku


Budget 2013 Malaysia HighlightsCheck out the Budget Malaysia 2013 (Bajet 2013 malaysia) highlights announced today.
1) RM200 one-off rebate for purchase of 3G smartphone for persons aged from 21 to 30 with monthly income of RM3,000 or below.2) BR1M 2.0: RM250 assistance money for single individual aged 21 and above with monthly income not more than RM2,000. RM500 assistance money for household earning less than RM3000.3) 50% discount on KTM Komuter fares extended to all Malaysians with a monthly income of RM3,000 and below and who travel by KTM Komuter.4) Reduce sugar subsidy by 20 sen per kg from 29 Sept 2012. 5) Individual income tax rate to be reduced by 1 percentage point for the first RM50,000 of chargeable income. Child tax relief be increased from RM4,000 to RM6,000 per child for children aged 18 and above and receiving receiving full-time tertiary education. 6) Book voucher of RM250 for students in Form 6 as well as Higher Learning Institutions. (Previously RM200)7) PTPTN loans: Incentive – repayment of full loan from 1 October 2012 until 30 September 2013, a discount of 20% will be given on their loan. Regular repayment gets a 10% discount.8) My First Home Scheme income limit for individual loans raised from RM3,000 to RM5,000 per month.9) Bonus of 1.5x month for public servants, Half month paid during 2012 Hari Raya. Remaining one month be paid in 50% in Dec 2012 and 50% in Jan 2013.10) School Aids: RM100 for every primary and secondary school students.11) FREE Mammography screening for women aged above 40.
Read more: http://www.hokangtao.com/2012/09/budget-2013-malaysia-highlights.html#ixzz28DLnYhRS (Sumber:internet)



Kalo aku belek senarai tu sume tak de satu pun yg ada kene mengena dgn aku. Kalo katalah nak dptkan rebet utk telefon pun tak lepas sbb umur aku dh terlebih had. Nak dapatkan bantuan BR1M pun tak lepas sbb aku dh kawin, umur pun dh terlebih. Bonus lagi le tak de kene mengena ngan aku cuma aku teringin sangat kalo skim Prisma tu ada skim rumah mampu milik yg mampu dibeli dan dibayar oleh golongan marhain cam aku. Ini tidak, rumah dah le sume mahal nak mampuih, gaji seciput jadi impian utk memiliki rumah teres setingkat walaupun second hand pun aku tak mampu..huhuhu. Rumah yg dulu dikategorikan murah bagi teres 2 tkt 20'x60' skrg regenya adalah sekitar RM300K-RM400K, jadi bayangkan berapa angka gaji seseorang yg mampu membelinya. Mujurlah, suami ada rumah sendiri walaupun rumah lama kos rendah yg kecil tp tak pelah..ada rezeki nnti pelan-pelan kayuh kasi renovate sikit-skit tp buat masa ni mmg tak mampu nak buat apa-apa lagi. Nak dapatkan personal loan pun bukannya mudah sekarang dan jumlah yg ditawarkan pun bukannya spt yg kita mampu nak bayar.

Isnin, 1 Oktober 2012

Cuti Bersalin Awal..nak ke tak nak

Diam tak diam dah pun masuk bulan Oktober, maknanya semakin hampir dgn tarikh untuk bersalin. Hujung minggu ni genap 9 bulan dan dari tarikh itu bermulalah aku berulang alik seminggu sekali ke klinik kesihatan buat routine check up. Bosannya. Biasanya tak sampai 2 minggu aku dah pun selamat bersalin dan aku harap kali ni pun sama sbb aku dah tahap bosan asyik ulang alik jumpa misi dan doktor. Asyik cucuk jari je..kalo dekat tak pe gak dari ofis..ni satu jam perjalanan pun tak sampai-sampai.

Suami ada mengesyorkan aku amik cuti bersalin awal kerana kekerapan sakit pinggang dan kram di bawah ari-ari semakin nyata. Aku juga rasa cepat letih dan adakalanya mcm dh tak larat sangat nak membuat kerja-kerja rumah ditambah pula dgn kenakalan anak-anak yang sedang meningkat naik..aduhai. Mujur lah suami banyak membantu menyelesaikan kerja-kerja rumah dan adakalanya dia suruh aku berehat saja dan pedulikan kerenah anak-anak. Bila suami suarakan suruh cuti awal tu aku mcm rasa sayang cuti bersalin awal sedangkan due date bersalin ada 3 minggu lagi. Suami aku bimbang dengan keadaanku yang memandu menuju ke pejabat dari rumah yang agak jauh dari hospital tambahan pula aku dah mula menunjukkan tanda sakit-sakit, takut terberanak kat ofis pula nnti. Mungkin ada betulnya kerisauan suami kerana mengandung sebelum-sebelum ni bila cukup bulan suami yg akan menghantar dan mengambil disebabkan jarak dari pejabat dulu dan tempat kerja suami tak berapa jauh. Ramai gak member sepejabat dan kawan-kawan fb yg kata lebih baik aku amik cuti awal tapi kalau cuti awal pun tak bersalin kan ke boring? tambahan pula ngandung kali ni aku suka sangat berjalan. Kalau dapat makan angin aku sangat gembira, hilang semua kesakitan dan ngilu serta sengal. Pelik kan? sebelum tu nak bergerak pun terkepot-kepot menahan sakit tapi bila dh start jalan aku pulak yang laju smp terlupa sakit tadi. Ada potensi si kecil yang bakal lahir ni kuat berjalan mcm ibu dia. hehehe. Mengandungkan Afiq dulu aku paling tak suka berjalan malah nak berhadapan dgn suasana orang ramai sangat menyesakkan dan bila lahir si Afiq, memang betul dia masa kecil-kecil tak suka berjalan malah tak suka bunyi bising-bising atau suasana orang ramai. Dia punya melalak..aduhai..tensen aku bila terpaksa bawak dia ke mana-mana. Pernah lah aku bawak anak aku lari dari kelompok orang ramai semasa anak jiran mengadakan majlis kahwin. Dia terperanjat mendengar bunyi kompang dan gendang lalu meraung sekuat hati..sabo je lah kan.

Doakan kali ni aku dapat bersalin normal tanpa sebarang masalah dan moga baby yang akan lahir nnti sihat sejahtera dan doakan aku dapat bersalin awal..bukan pe..hilang rasa sengsara menunggu ni..

Khamis, 27 September 2012

Karnival Nusajaya



Hari Sabtu lepas rajin le pulak aku nak bawak anak-anak ke Karnival ni di Kota Iskandar, Nusajaya walaupun aku tahu mesti orang ramai dan parking susah nak dapat tapi kerana anak-anak merengek nak pergi juga terpaksa le gagahkan diri walaupun badan ni memang tak larat nak mendaki bukit dari tempat parking tu menuju ke datarannya. Boleh tahan jauh jugaklah sampai sengalnya terasa hingga ke hari ini. Masa aku pergi tu orang bolehlah ramainya tp menurut kata member-member lain, ari Ahad lagi pack giler org. Dah macam semut selautan.

Dapatlah tengok beberapa artis dari dekat dan jauh macam Nabila anak Amy Search di booth TV3 tgh karaoke ngan para peminat. Kalo ikutkan aku rasa Dataran Mahkota tu tak de lah mcm besar sangat tp sangat lenguh dibuatnya menawaf satu kawasan. Sempat lah tgk Dayang Nurfaizah dan Jaclyn Victor menyanyi serta pergi ke booth-booth lain. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, kul 6.45 ptg kami balik. Anak-anak aku pun dh lenguh kaki dan merengek bagai, aku sendiri pun dh lepak sebenarnya tp sempat singgah rumah mama utk tumpang solat sebelum balik ke rumah. Mujur le esoknya tu adalah hari Ahad, jadi memang anak-anak terbongkang le di rumah sementara aku ada kelas T1 pd petang Ahad tu.

Rabu, 19 September 2012

Bila kewarasan fikiran di tapak kaki

Hampir setiap hari kita terbaca di dada akhbar atau di media elektronik kisah bayi-bayi yang dibuang umpama sampah yang tidak berharga. Sangat menyayat hati kerana ada juga manusia di luar sana yang tidak berperi kemanusiaan. Apapun alasannya, bayi yang tidak berdosa itu tidak layak dibuat begitu. Sekurang-kurangnya bagi le mereka peluang untuk hidup dengan memberikan kepada orang lain daripada menambah dosa besar selain dosa berzina kepada dosa sebagai seorang pembunuh.

Yang aku pelik tu, semasa melakukan dosa, dorang (yang berzina ni) tak pernah terfikir ke atau hanya campak implikasi ke tepi saja layaknya. Tak takut implikasi penyakit kelamin atau mengandung luar nikah atau juga mati dalam keadaan mengaibkan? Sudah banyak cerita di sana sini, samada di dalam Al Quran malah cebisan kisah-kisah dari petikan akhbar tentang masalah ini tapi sedikit saja orang ingin ambil iktibar agaknya. Dan yang melahirkan anak tak sah taraf tu tak sakit ke ketika bersalin? aku yang dah nak beranak masuk 3 ni pun seriau aje bila mengenangkan sakitnya ketika nak bersalin. Sakitnya ketika bersalin memang susah nak digambarkan dengan kata-kata, hanya Allah saja Maha Mengetahui. Jadi macam pelik bila orang yang bersalin anak tak sah taraf ni mcm mudah sangat je ker? mcm buang air besar pastu pam aje atau campak kan aje di mana mana? tak ke kesian melihat wajah bayi yg comel tidak berdosa tu. kalo bunuh sekalipun ia tidak akan mengurangkan dosa malah tidak dapat disorokkan pun kesalahan itu sbb buktinya semua yang melakukan perbuatan terkutuk tu senang saja nak detect dan ditangkap. Macam mana tak kene detect kalo tuan punya badan yang selama ini berjaya menyorokkan kandungan hingga melahirkan tapi tak dapat menyembunyikan akibat dari bersalin tersebut. Dan yang pastinya adakalanya uri masih lagi tertinggal kat dalam kan?kalo kat spital habis dah dikorek-korek oleh misi atau doktor perbidanan tapi kalo bersalin sendiri boleh ker korek sendiri tanpa implikasi tumpah darah?

Sebenarnya kat luar sana ramai lagi orang yang tidak bernasib baik atau belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata walau puas berusaha dan kebanyakan dari mereka dengan rela hati menjaga anak angkat umpama anak kandung sendiri sejak dari merah lagi dan kebanyakan dari mereka biasanya akan terus menambah jumlah bilangan tersebut tanpa ada rasa ragu-ragu walaupun ada kalangan yang memberitahu adakalanya anak-anak angkat ni bila besar nanti akan melupakan jasa orang yg membesarkannya. Aku pun jika ditakdirkan rezeki lebih teringin gak nak amik anak angkat tapi buat masa ni cukuplah dengan rezeki yang Allah bagi dulu. Ini kerana aku sendiri pun setiap kali mengandung setiap kali tu le ada aje dugaan penyakit tapi aku yakin setiap yang berlaku ada hikmahNya.

Jumaat, 14 September 2012

Hajat di hati yg menggunung tinggi

Walaupun raya dh nak abis, dateline utk bersalin semakin dekat, kelas akan bermula tak lama lagi tapi hajat di hati nak jenjalan sampai puas tak pernah padam. Kalo ikutkan cakap-cakap mama aku, adik beradik aku dan kenkawan yang lain mereka sume macam tak mengalakkan aku merayap ke sana ke mari kerana perut aku memang dah ke bawah di tambah pula aku dah mula merasa sakit-sakit pinggang dan kaki tapi..tapi itu tidak mematahkan semangat untuk aku berjalan kan?

Selepas seronok beraya di kampung, beraya dan jenjalan di Kuala Lumpur serta beraya di rumah kenkawan di sekitar JB aku teringin nak makan angin atau bersantai di kawasan sekitar aje tapi perancangan asal terpaksa dilupakan kerana rege sume tempat tu sangat le mahal kecuali le aku disponsor. :(. Memang tak de rezeki le kot nak merasa berjalan kat Legoland atau tidur dan main air kat Lotus Desaru. Suami aku kata daripada membazir buang duit kat sana lebih baik aku beli barang-barang untuk baby. Sebenarnya barang baby yg asas dah ada cuma beli utk tambah2 aje. Aku pun tak tahu kenapa le kali ini aku rasa kalo aku dapat berjalan untuk sekali aje lagi aku baru rasa puas sebab nanti dalam pantang dah tak leh berjalan. Duduk je kat umah diam-diam. Huwaaa..tak bestnya.

kalo le impian aku dapat direalisasikan..alangkah indahnya..

Jumaat, 7 September 2012

Catatan minggu lepas

Assalamualaikum.

Dah lama tak menulis jadi mcm kekok pulak nak mulakan dari mana. Minggu lepas adalah minggu yang agak sibuk. Bukan sibuk apa tapi al maklumlah masih lagi dlm tempoh mood raya jadi jadual hujung minggu memang penuh dengan undangan rumah terbuka cuma yang menariknya hujung minggu lepas kebetulan ia jatuh pada Hari Kebangsaan Malaysia disambung dgn cuti ganti jadi cuti tersebut digunakan sepenuhnya utk membawa anak-anak makan angin ke Kuala Lumpur sambil berhari raya ke rumah kenkawan di sana. Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan lancar dan sangat-sangat berterima kasih kepada semua rakan-rakan di Kuala Lumpur yang sudi mengambil dan menghantar ke hotel tempat penginapan kami anak beranak dan juga membawa kami ke destinasi sana sini tanpa sebarang caj pun!. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik korang. Terubat rindu aku yg dari sehari ke sehari nak sangat berjumpa. Biasanya yang kita plan mcm nak rak takkan jadi tapi yg kita buat last minute atau ad hoc tu le yang akan berjaya, tul tak?.

Time cuti merdeka tu juga aku mendapat berita sedih bahawa impian aku untuk mendapat tiket free ke Legoland hanya tinggal mimpi semata-mata kerana tak de maknanya dorang nak kasi tiket tu walaupun pernah berjanji suatu ketika dulu yang aku pasti akan dapat sbb masa aku bertugas kat authority dulu, dorang dah janji sbb  aku telah bersusah payah menyiapkan pelan-pelan untuk diendos YDP. Tiba masanya yang tak de kene mengena yang dapat. Anggaplah sebagai tiada rezeki lah kan walaupun dalam hati ini sangatlah kecewa. Dan bertambah kecewa bila melihat gambar-gambar mereka yang pergi, lansung tak de kene mengena dgn pembikinan tempat tu dan kebanyakan dari mereka memang lebih daripada mampu untuk membeli tiket ke situ. Kalo orang golongan marhain cam aku ni, tak yah mimpilah..buang duit je bak kata suami aku. Duit nak g tempat tu lebih baik beli pampers dan susu anak lagipun aku dah nak bersalin katanya. Aku pun berkata dalam hati, takpe lah..memang sudah tersurat bukan rezeki utk aku kan.

Hujung minggu ni pula aku teringin nak g beraya umah kenkawan sekitar JB. Kalo tak nnti kecik ati dorang. KL yang jauh aku boleh sampai takkan le area dekat2 sini tak leh sampai?hehehe. Ini kira penutup raya le ye tapi bukan penutup acara untuk aku jalan-jalan. Ikut perancangan, ujung bulan ini kompeni ofis aku ni nak buat Family Day kat Lotus Desaru. Wah! bestkan. terubat gak kesedihan hati ni. Lepas tu rasanya dah boleh full stop sbb memang dah nak dekat sangat tarikh utk bersalin. Harapnya dapatlah bersalin normal tanpa sebarang masalah walaupun aku ni setiap kali mengandung memang berisiko.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Salam Aidilfitri



Hari ini merupakan hari terakhir dalam kalendar bekerja sebelum bercuti panjang selama seminggu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada hari Ahad ini, 19hb Ogos 2012. Hari ni pun ramai member-member seofis yang telah bercuti samada sepenuhnya atau separuh hari. Aku tak amik sbb bila fikirkan balik kejap lagi pun memang dah boleh balik jadi tak yah lah membazir cuti kan? anak-anak pun di rumah mama, jadi tak perlu risau sangat.

Di kesempatan ini juga aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari rakan-rakan yang mengenali diri ini samada secara sengaja atau tidak telah melukakan atau mengguris hati dengan perbuatan atau perkataan ye. Di hari yang penuh keberkatan ini diharap bukanlah hari terakhir kita dapat bersama berkongsi cerita suka duka ye kenkawan. Tak maulah dengar cerita sedih bila naik kerja nanti. Semoga segalanya berjalan lancar.

Salam sayang

Suzie

Khamis, 16 Ogos 2012

Saya sudah berpindah

Dah lama tak menulis di blog jadi tahu-tahu aje multiply akan menutup ruangannya secara rasmi pada Disember ini dan secara tidak lansung membuatkan aku terpaksa berpindah ke weblog lain yg boleh diakses secara percuma..sudah tentulah kan! sapa tak nak..hehehe. Aku perlukan weblog utk aku meluahkan isi hati atau berkongsi maklumat bersama rakan-rakan siber lain.

Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan selamat datang kembali kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini.  Aku akan cuba update weblog ini dari semasa ke semasa ok.