Isnin, 1 Oktober 2012

Cuti Bersalin Awal..nak ke tak nak

Diam tak diam dah pun masuk bulan Oktober, maknanya semakin hampir dgn tarikh untuk bersalin. Hujung minggu ni genap 9 bulan dan dari tarikh itu bermulalah aku berulang alik seminggu sekali ke klinik kesihatan buat routine check up. Bosannya. Biasanya tak sampai 2 minggu aku dah pun selamat bersalin dan aku harap kali ni pun sama sbb aku dah tahap bosan asyik ulang alik jumpa misi dan doktor. Asyik cucuk jari je..kalo dekat tak pe gak dari ofis..ni satu jam perjalanan pun tak sampai-sampai.

Suami ada mengesyorkan aku amik cuti bersalin awal kerana kekerapan sakit pinggang dan kram di bawah ari-ari semakin nyata. Aku juga rasa cepat letih dan adakalanya mcm dh tak larat sangat nak membuat kerja-kerja rumah ditambah pula dgn kenakalan anak-anak yang sedang meningkat naik..aduhai. Mujur lah suami banyak membantu menyelesaikan kerja-kerja rumah dan adakalanya dia suruh aku berehat saja dan pedulikan kerenah anak-anak. Bila suami suarakan suruh cuti awal tu aku mcm rasa sayang cuti bersalin awal sedangkan due date bersalin ada 3 minggu lagi. Suami aku bimbang dengan keadaanku yang memandu menuju ke pejabat dari rumah yang agak jauh dari hospital tambahan pula aku dah mula menunjukkan tanda sakit-sakit, takut terberanak kat ofis pula nnti. Mungkin ada betulnya kerisauan suami kerana mengandung sebelum-sebelum ni bila cukup bulan suami yg akan menghantar dan mengambil disebabkan jarak dari pejabat dulu dan tempat kerja suami tak berapa jauh. Ramai gak member sepejabat dan kawan-kawan fb yg kata lebih baik aku amik cuti awal tapi kalau cuti awal pun tak bersalin kan ke boring? tambahan pula ngandung kali ni aku suka sangat berjalan. Kalau dapat makan angin aku sangat gembira, hilang semua kesakitan dan ngilu serta sengal. Pelik kan? sebelum tu nak bergerak pun terkepot-kepot menahan sakit tapi bila dh start jalan aku pulak yang laju smp terlupa sakit tadi. Ada potensi si kecil yang bakal lahir ni kuat berjalan mcm ibu dia. hehehe. Mengandungkan Afiq dulu aku paling tak suka berjalan malah nak berhadapan dgn suasana orang ramai sangat menyesakkan dan bila lahir si Afiq, memang betul dia masa kecil-kecil tak suka berjalan malah tak suka bunyi bising-bising atau suasana orang ramai. Dia punya melalak..aduhai..tensen aku bila terpaksa bawak dia ke mana-mana. Pernah lah aku bawak anak aku lari dari kelompok orang ramai semasa anak jiran mengadakan majlis kahwin. Dia terperanjat mendengar bunyi kompang dan gendang lalu meraung sekuat hati..sabo je lah kan.

Doakan kali ni aku dapat bersalin normal tanpa sebarang masalah dan moga baby yang akan lahir nnti sihat sejahtera dan doakan aku dapat bersalin awal..bukan pe..hilang rasa sengsara menunggu ni..

2 ulasan:

  1. amik je cuti awal..eza pun dah start amik maternity leave next week..kalau malas nak naik keje amik je unpaid leave nanti..hehehe..

    BalasPadam
  2. akak dh cuba cuti sehari tp hasilnya sangat membosankan. Rasanya ngandung kali ni baby lebih gemar berjalan-jalan daripada lepak tak buat apa kat umah. Aku rasa mabuk dan migrain sehari kat umah. Nak wat keje2 umah, mmg tak leh renyah sangat sbb memang akan sakit ari-ari dan sengal kat pinggang. Rasa cam tak sabar nak beranak, lagi cepat lagi bagus

    BalasPadam