Khamis, 1 Ogos 2013

Pengertian puasa dan raya

Apakah pengertian puasa dan raya pada diri korang? Adakah dengan kedatangan Ramadhan hati gembira sebab fikir akan raya atau adakah waktu Ramadhan adalah waktu untuk berehat dari kesibukan dunia dan banyak menumpukan ibadah atau bulan untuk buat duit?

Aku teringat satu ceramah agama tentang bulan Ramadhan yang mengatakan bila tibanya Ramadhan, terdapat 4 golongan yang biasa kita temui iaitu :

i) Golongan yang memang tak ambil tahu lansung- Ramadhan ke Zulkaedah ke dia memang tak amik kisah. Pada dia semua hari adalah sama.

ii) Golongan kedua pula adalah golongan yang merasakan Ramadhan adalah bulan siksaan kerana terpaksa menahan lapar dan dahaga selama sebulan di waktu siang hari.

iii) Golongan ketiga pula adalah golongan yang sangat gembira dengan kehadiran Ramadhan kerana inilah masanya untuk menambahkan amalan yang dilipat gandakan pahalanya dibandingkan hari-hari biasa.

iv) Golongan keempat pula adalah golongan yang gembira dengan kehadiran Ramadhan kerana mengingatkan tentang raya. Keseronokan menyambut raya mengatasi penghayatan bulan Ramadhan itu sendiri.

Menurut ustaz itu lagi, Ramadhan bagai sebuah institusi yang hadir setahun sekali dan semua golongan wajib memasukinya bermula dari awal Ramadhan dengan niat hinggalah akhir Ramadhan.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang barakah sebab itu kalau kita meniaga apa pun pasti akan untung lumayan walaupun bak kata ustaz tu, jual air longkang pun orang akan beli (misalannya lah). Jual kopiah pun boleh untung apatah lagi jual makanan dan minuman di bazaar Ramadhan.

Bulan Ramadhan juga mengingatkan kita tentang kehidupan orang yang miskin dan susah sebab jarang kita ambil tahu atau membanggakan golongan ini kerana kita biasa teruja dengan golongan orang kaya yang mewah dengan jenama mahal-mahal sedangkan golongan yg miskin dan susah ini lebih memerlukan perhatian kita bukan sahaja di bulan Ramadhan tapi di bulan-bulan yang lain juga. 

Bagi golongan berpendapatan rendah seperti aku, peluang untuk menyumbang dari segi wang ringgit tu tak de le banyak mana kan, yang penting ikhlas untuk membantu. Kebetulan ada kenkawan yang prihatin dan menjadi sukarelawan ni mewar warkan program sumbangan itu dan ini, jadi aku sumbangkanlah setakat yang aku mampu sebagai tanda sokongan buat mereka dan juga sebagai doa agar kehidupan mereka yang mendapat sumbangan itu akan bertambah baik dari hari semalam. Bayangkan orang yang susah yang hanya mampu pasrah setelah tiada jalan keluar dari kepompong kemiskinan tiba-tiba muncul bantuan yang tidak diduga. Pasti mereka gembira dan bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Syukur ya Allah.

Di akhir kesempatan ini, berbaki tinggal beberapa hari saja lagi sempena menjelangnya Aidil fitri, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf pada sesiapa yang mengenali diri ini, yang tersalah kata atau perbuatan yang menyinggung perasaan mereka harap diampunkan. 

Wasalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan