Khamis, 2 Mei 2013

Kenapa le sikap manusia begitu yek?

Ari ni 2hb Mei iaitu ulangtahun ke 15 aku bekerja di syarikat ini tapi bukan itu yang aku nak cerita tapi berkaitan dengan musim pilihanraya. Ramai yang sudah tahu tentang tarikh keramat tersebut dan dah bersedia untuk mengundi pada hari Ahad ini, 5 Mei 2013. Masuk ni kali ketiga atau keempat kot aku akan mengundi. Tempat masih sama tapi DUN selalu berubah, entah tak tahu sebab apa.

Pilihanraya kali ni, memang dari awal lagi dah panas dengan cerita sensasi di sana sini terutama dengan kecanggihan teknologi terkini kan?semua maklumat boleh disebarkan sepantas angin dan di mana saja. Ramai member dah mengeluh kat fb, sms semua fasal pancing undi. Kat suratkhabar dan tv lagilah, sampai kat bonet kereta pun boleh di lihat di sana sini orang mempromosi pancing undi.

Aku sebenarnya tidak lah berminat sangat dengan politik apatah lagi menyokong mana-mana parti sebab padaku asas politik sebenarnya untuk kepentingan rakyat kan? tapi kenapa ia menjadi satu medan untuk mencemuh dan melemparkan fitnah dan dusta pada sesama manusia. Kalau dulu oklah kalo si A dari pembangkang akan bercerita semua yg buruk fasal si B dari parti pemerintah dan si B pun akan mengata si A sekian sekian sekian dan begitulah peel mereka berdua tapi senario sekarang yang aku pelik bukan setakat parti lawan yang mereka cemuh dan fitnah tapi calon-calon dalam parti mereka sendiri pun mereka boleh terang-terang melemparkan fitnah. auzubillah min zalik. Mereka macam tak peduli dosa dan pahala asalkan kononnya dapat pancing undi. Tapi orang yang datang tu pun kalau tahu hukumnya, pasti tak sanggup kat akhirat nanti memikul dosa mengikut sama membenarkan fitnah itu disebarkan kan?

Aku setuju dengan cara salah seorang member aku yang memilih calon yang neutral cara pidatonya. Maksudnya orang tersebut tidak menzalimi lawannya dengan cerita fitnah tetapi dia memberikan perspektif baru tentang cara dia mentadbir nanti. Maknanya, calon tersebut bukan sahaja menunjukkan apa yang dia boleh buat berdasarkan rekod prestasi peribadinya tetapi apa yang beliau boleh janjikan dan direalisasikan dan bukti rekod perkhidmatannya sebelum ni. Dia juga memberikan hujah yang baik. Kan bagus kalau semua calon-calon YB semua ikut cara cam tu. Tak perlu sessi mengata itu dan ini sebab itu dah macam cara ortodoks le. Memang le macam best mengata orang, macam nasi berlaukkan sambal belacan tapi pedasnya dan kesannya merosakkan perut juga kan?.

Satu lagi aku berharap selain akan ada lah wajah2 baru yang memberikan dimensi baru dalam politik dan pentadbiran aku juga berharap calon-calon YB ni semua jagalah kesihatan. Kalau yang memang ada penyakit berat cam sakit jantung, gout atau darah tinggi tak payahlah bertanding dan tak payahlah berebut nak jadi YB sebab nanti tak sampai sepenggal dah kene cari calon lain utk bertanding kawasan tu. Sejarah politik negara kita telahpun menyaksikan begitu ramai YB kat M'sia ni tak panjang umur, tak sampai sepenggal dah meninggal, macam mana nak berkhidmat untuk rakyat?

Satu lagi tu aku pun tak faham kalau dah lama sangat jadi YB tu atau menteri tu, satu ketika kene bagi peluang orang lain untuk duduk di kerusi tu. Macam payah sangat dorang nak lepaskan jawatan walaupun orang dah tak nak lagi dah. Alasan mereka, para penyokong masih lagi menyokong mereka. Iye ker? ker demi kepentingan diri sendiri. Entahlah..tapi yang pasti hidup ini ibarat roda..kejap di atas kejap di atas. Janganlah sampai sanggup menindas orang lain untuk kepentingan diri kerana akibatnya nanti kita juga yang merana. Kat dunia masih lagi orang kata ok tapi kat akhirat nanti..sendiri rasalah.

Aku hanya memberikan sekadar pandangan peribadi ye..jangan terlalu taksub kecuali ketakwaan kepada Allah yang Maha Esa yang Maha Mengetahui dan Maha segalanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan