Rabu, 20 Mac 2013

Mengimbau kenangan lama...




Isnin lepas atau lebih tepat pada 18/03/2013 lalu, anak sedara aku Nazreen telah memperolehi keputusan 4 flat dlm STPMnya. Alhamdulillah kerana segala kepayahan yang dilaluinya tidak pernah memadamkan semangat untuknya terus berjaya. Aku tahu STPM tidak semudah disangka. Ia bukan macam SPM dan sudah pastinya semasa tidak dapat menerima tawaran dari mana-mana pusat matrikulasi walaupun berkeputusan cemerlang  dan juga gagal dalam temuduga ATM pasti sedikit sebanyak mencalar hatinya.

Aku selalu nasihatkan dia, jangan mudah putus asa dan jangan beranggapan STPM tidak membawa apa-apa makna sebab aku pernah melaluinya dan aku yakin di sebalik kepayahan pasti akan membuahkan kejayaan dan hari ni dia boleh tersenyum bangga. Dia bukan saja menjadi pelajar terbaik di sekolahnya malah di daerahnya dan hari ini dia diundang untuk menerima sijil penghargaan sebagai pelajar terbaik STPM oleh Jabatan Pelajaran Negeri, menurut suami aku yang turut menemaninya tadi mengatakan bilangan pelajar Melayu yang cemerlang boleh dikira dengan jari tidak kira le SPM atau STPM. Pastinya akak ipar aku boleh tersenyum bangga kerana walaupun mereka bukan dari keluarga senang tapi boleh berjaya. Cuma pastinya dia juga terkilan kerana keputusan ini tidak dapat ditunjuk dan dikongsi bersama arwah ayahnya iaitu Abg Din. Menurut akak ipar aku, semasa pulang dari membawa slip keputusan berlari-lari anak dia ke halaman rumah tapi malangnya orang yang dia cari tiada. Pasti korang dapat bayangkan perasaannya kan?

Aku harap semangat juangnya masih lagi tinggi kerana masa hadapan kini terbentang utk dia mencipta sejarahnya sendiri. Kalau dia tanya aku, pastinya aku akan tanya soalan ini kembali, "Abang dah fikir ke nak jadi apa sebenarnya?". Abang adalah panggilan untuknya di rumah. Dia cuma tersengih. Insyaallah, semoga apa yang dia impikan akan tercapai. Suatu ketika dulu ketika aku berjaya mendapat 4P walaupun tidak le cemerlang tidak melayakkan aku untuk kemana-mana bukan kerana tidak mendapat tawaran tapi kerana kekangan kewangan keluarga. Tapi anak sedara aku ini dalam kategori bernasib baik walaupun dia bukan dari orang senang tapi ada saja bantuan perseorangan dan kerajaan yang membantu anak yatim sepertinya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan