Selasa, 25 Jun 2013

Alhamdulillah..hujan juga akhirnya



Alhamdulillah,syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana tidak disangka-sangka tengahari ini hujan turun mencurah-curah. Sejuk dan nyaman suasana setelah musim panas dan kering berserta jerebu teruk melanda bumi Malaysia.

Tidak pasti samada hujan ini adalah hujan buatan hasil dari pembenihan awan atau memang rahmat daripada Allah tapi yang pasti ramai yang menarik nafas lega dan bersyukur sangat-sangat. Insyaallah, selepas hujan reda nanti pasti awan tidak lagi kelabu dipenuhi asap yang menyesakkan dan anak-anak aku tak perlu pakai topeng lagi utk ke mana-mana. Memang ada hikmahnya peristiwa jerebu ni kerana ia membuatkan kita sedar betapa pentingnya kita menjaga alam sekitar dan bumi Allah ini. Umpama jiran sebelah membakar sampah tp asapnya masuk ke rumah kita, mungkin bukan rumah kita sorang tapi mungkin merebak ke rumah yang berdekatan sedangkan rumah jiran yang memulakan pembakaran tu tidak le seteruk mana kan? itulah perumpamaannya. Tapi jika jiran itu seorang yg prihatin dia akan kekang pembakaran dengan mengambil pendekatan lain, mungkin dengan cara menimbus ala kompos ke atau recycle balik barang yang tak perlu.

Aku harap hujan akan turun juga di kawasan lain yang teruk dilanda jerebu seperti di Muar dan utara tanahair. Aku pernah merasai kesannya jadi aku harap kawasan lain di Malaysia tidak perlu merasai suasana itu. Sangat tidak sihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan