Rabu, 10 Julai 2013

Persiapan awal utk raya

Baru 2 Ramadhan tapi aku dah sibuk cite fasal raya yek? aku cuma ingin berkongsi cerita ni hanyalah sebagai tips untuk korang yang berpendapatan rendah macam aku yang selalu berada dalam dilema setiap kali ada perayaan besar yang memerlukan budget yang agak besar juga padahal gaji memang ngam-ngam tiap-tiap bulan.

Biasanya aku membeli barangan baju untuk anak-anak awal-awal lagi. Sekitar 3,4 bulan sebelum puasa. Mungkin bulan Januari katalah kan, aku ada lebihan tunai dalam tangan, jadi aku akan beli ikut budget tersebut dan baju tersebut aku akan simpan dan sorokkan dari pengetahuan anak-anak. Biasanya saiz yang aku pilih besar sedikit supaya bila raya nanti tak de le terketat atau singkat kan?. Ini sajalah cara aku berbelanja. Biasanya baju-baju yang aku pilihpun bukannya jenis yg branded tetapi yg sedap mata memandang dan selesa untuk dipakai dan anak-anak aku pun bukannya jenis yang cerewet. Jumlah baju pun aku hadkan kerana tidak mahu dikatakan membazir. Sekadar 2 atau 3 helai sudah mencukupi. Bila bab tu baju dah settle, duit tu diperuntukkan utk kuih muih raya pula. Pun aku dah buat budget awal-awal lagi.

Biasanya untuk budget kuih raya adalah berdasarkan rating prestasi tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya samada ramai yang mengunjungi rumah atau sebaliknya. Biasanya aku hanya membeli kerepek 2,3 jenis dan 2 jenis kuih muih tradisional seperti kuih tart dan biskut coklat tapi tahun ni aku hanya membeli kerepek sahaja 3 jenis. Tu pun tak sampai sekilo setiap satu kerana tahun lepas memang tak ramai orang yg datang rumah. Jadi buat apa membazir ye tak?

Sekarang ni sekiranya hari raya jatuh pada bila masa-masa pun aku masih lagi ada tunai dalam tangan. Untuk juadah raya biasanya budget dari suami dan aku pilih hidangan yg paling ringkas dan senang dimasak seperti rendang ayam, lontong dan sambal goreng jawa sebab aku tahu bila aku tiba di rumah mama, pasti akan penuh meja dengan hidangan yg pelbagai hinggakan juadah yg aku bawa tak tersentuh lansung. Sangat merugikan kan?

Bila balik kampung pastinya budget duit raya dan duit minyak memang tak dapat dielakkan. Aku dah ketepikan budget tersebut dan biasanya tong-tong bersama suami jadi tidak le teruk sangat dan yang penting aku tak berhutang sebelum raya menjelma dan kering kontang selepas seminggu raya berlalu. Biarlah simple janji tidak berhutang. Korang ada buat cam ni? mungkin budget korang besar jadi tidak menghadapi masalah membeli belah last minute atau memilih jenama yang diingini ikut kehendak hati tapi pada aku sekeluarga..kesederhanaan itu adalah trademark kami.hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan