Ahad, 14 Julai 2013

Dugaan berpuasa bagi ibu yang menyusu..

Tahun lepas yg sudah aku berjaya berpuasa penuh (tuang 2 hari pun kerana kene paksa minum air gula) walaupun dalam keadaan sarat mengandung. Alhamdulillah tak de masalah kesihatan yang lenlain tapi tahun ini, baby yang kat dalam tu dah keluar dan sedang membesar dan bergantung sepenuhnya pada susu ibu walaupun dia dah boleh makan.

Aku akui puasa kali ini sangat mencabar kerana kali pertama aku mencuba puasa ganti pun aku dah pengsan apatah lagi puasa di bulan Ramadhan. Adakalanya aku ok, tapi kalau hujung minggu di mana baby bergayut aje maka kering badan di buatnya, bukan setakat itu sahaja aku punya gula dalam darah turun mendadak dan rasa badan bisa macam nak demam. Esoknya pula macam sebu satu badan. Ikutkan ati macam nak bukak aje tapi bila fikirkan dah separuh hari, teruskan ajelah. Lagipun dalam hati cakap, kalau aku ponteng ari ni pun aku kene ganti gak di lain hari dan kesannya pun sama gak macam ni.

Yang paling aku risau tentulah bekalan susu badan adakah mencukupi utk baby. Buat masa ni ok aje tapi tak tahulah di minggu-minggu akan datang. Kalau stok merudum maka terpaksalah aku ponteng sehingga ia naik kembali dan sambung berpuasa kembali. Buat masa ni anak aku tak nak terima susu formula dan kurang makan jadi kesian kalau dia tak cukup zat kan? aku jadi ibu yang dalam dilema dibuatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan