Rabu, 15 Januari 2014

utk dikongsi bersama--tazkirah sempena maulidur rasul

Petang semalam kompeni tempat aku bekerja menjemput seorang ustaz muda dari program Imam Muda iaitu Ustaz Hassan untuk memberikan tazkirah sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini. Tajuknya 'mudahnya menjemput rezeki'. Macam pernah aku dengar perkataan tu. Kalau tak silap buku mengenainya sedang laris di pasaran. Di sana sini member kat fb memperkatakannya tapi malangnya tak de seorang pun sudi berkongsi inti pati dalam buku tersebut. Tidak salah kan kalau kita berkongsi pengetahuan satu dua dari buku tersebut semata-mata untuk pengetahuan kenkawan, dapat gak pahala kan? tapi itu tidak berlaku.

Ok berbalik pada tazkirah tersebut. Bagaimana kita hendak menjemput rezeki kerana biasa kita dengar manusia sibuk mencari rezeki. Bagaimana menjemput rezeki dengan mudah? .Berikut adalah beberapa perkara yang menurut ustaz muda tersebut jika dipratikkan insyaallah mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka. Antaranya : Berselawatlah kepada Rasul kerana sesiapa yang banyak berselawat akan dipermudahkan rezeki.

Tunaikanlah solat dhuha dan jadikan amalan. Berdasarkan hadith yg sahih, segala urusan akan dipermudahkan.

Banyakkan bersedekah kerana sesapa yang menginfakkan hartanya ke jalan Allah bagai sebiji benih yang membuahkan 7 butir tangkai dengan setiap cabang membuahkan 100 biji buah setiap satunya. Begitulah nilainya setiap sedekah yang kita lakukan. Jangan sesekali kedekut kerana janji Allah itu benar.

Bantu orang dengan ikhlas- Jika kita bantu orang lain dengan ikhlas semata-mata kerana Allah insyaallah, akan dibalas dengan rezeki yang tidak disangka-sangka. Mungkin bukan dalam bentuk wang tapi perkara-perkara lain yang kita tidak terfikir sebelum ini.

Dan yang terakhir yang dikongsikan adalah buat baiklah kepada kedua ibu bapa (sekiranya masih ada) kerana doa dari ibu bapa biasanya makbul. Aku teringat kisah seorang member ni dia beria-ia berpesan kepada aku agar sentiasa mendengar kata ibu bapa terutamanya ibu dan kalau boleh jangan kecilkan hati ibu. Dia berkata demikian sebab dia kini yatim piatu dan sangat merindui ibunya yang dulu sentiasa mendoakan dia berjaya dalam hidup. "Kalau bukan doa ibu, aku tak jadi seperti sekarang", katanya. Katanya lagi sewaktu dia susah nak dapat kerja dulu, dia selalu meminta ibu dia doakan dia dapat mencari rezeki halal dan setiap kali ingin pergi temuduga dia akan meminta ibu dia buatkan solat hajat utknya dan alhamdulillah berkat doa seorang ibu, dia berjaya mendapat jawatan yang diidamkan. "Sekarang aku tak de ibu yang boleh mendoakan kebahagiaan aku tapi aku tak pernah lupa doakan rohnya".

Bersyukurlah kita yang masih mempunyai ibu bapa di depan mata yang boleh ditaburkan bakti untuknya walaupun adakalanya bertikam lidah setiap kali bertemu. Air yang dicincang tidak akan putus kan? bila dah tiada jasad nanti pasti kita akan mengenang kembali masa lalu yang tidak akan dapat diulang kembali.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan