Rabu, 1 Januari 2014

Minggu pertama 2014-anak-anak bersekolah

Sebenarnya aku tak suka tahun baru 2014 ni. Dah pun membenci sebelum tahun tu masuk lagi. Kenapa? sebab bahang kenaikan harga barang keperluan dan perkhidmatan akan naik sudahpun terasa sebelum tahun baru bermula lagi. Jika orang kata tahun baru ni gaji penjawat awam, bonus dan pelbagai insentif kerajaan sediakan utk mereka, menyebabkan mereka gembira dan puas ati tapi apa kaitannya dengan pekerja swasta yang tak de apa-apa impak malah hanya menerima tempias kenaikan barangan aje dahpun membuat aku mengeluh.

Oklah kita tinggalkan cerita tu dulu sbb aku tak pun menyambutnya tetapi sibuk dengan persiapan anak-anak sekolah. Si akak di darjah satu sementara si adiknya di pra sekolah 1. Mujur kedua-duanya di sekolah yang sama. Hari pertama persekolahan akak, aku tak hantar pun ke dalam kelasnya. Aku hanya turunkan dia di pintu belakang sekolah sebab pintu depan penuh sesak dengan kenderaan ibu bapa yang anak mereka kali pertama sekolah agaknya jadi mereka teruja nak tengok anak mereka di dalam kelas. Lagipun si akak dah cakap tak payah hantar, dia tahu kelas mana dia sepatutnya berada sementara si adik, afiq aku hantar 10 min kemudian setelah jalan tak berapa sesak dan ada tempat utk park kereta. Mujur waktu tu perhimpunan jadi aku terus serahkan afiq kepada guru yang bertugas dan terus balik. Aku tak tengok pun afiq ni masuk kelas mana lagipun guru besar dah cakap ibu bapa kena serahkan amanah pada sekolah utk menjaga anak-anak mereka. Tinggalkan mereka di sekolah, pandai-pandailah guru bertugas jaga mereka. Ada yang pengsan, ada yang meraung macam histeria tapi sekejap je. Biasalah..drama hari pertama persekolahan.

Waktu jam persekolahan hampir berakhir, aku dah terpacak kat pondok menunggu. Bukan menunggu anak aku tapi menunggu van mana yang akan melalui jalan ke rumah mama supaya senang esok lusa amik dia. Alhamdulillah, dah settle tu aku terus suruh afiq naik dengan van tu untuk pulang. Tengahari pulak, giliran si akak, afiqah pulang. Aku tak naikkan van sebab nak kejar masa utk ke sekolah agama, jadi aku terus amik dia dan hantar ke rumah atuk mak dia utk makan, mandi, solat dan bersiap ke sekolah agama pula.

Tiba di sekolah agama, ada taklimat pula untuk anak-anak darjah satu. Zaman aku sekolah agama dulu tak de pun sume benda ni. Pandai pandailah cari kelas sendiri, cari ustazah sendiri dan cari kerusi sendiri sbb dulu satu kelas memang terlalu padat dengan anak murid. Dan anak murid ni pula bukan semua sama umur, ada yang belasan tahun pun ada sebab sapa yang tak lulus dia tak akan naik gred. Kes kene buli dalam kelas tu satu perkara biasa, bukan buli yg melibatkan fizikal tapi lebih kepada psikologilah. Kes tertidur dalam kelas pun perkara biasa sbb dah kepenatan bersekolah di sekolah kebangsaan sebelah pagi.

Berbalik kepada cerita anak aku tu, selepas balik dari sekolah agama. Petang tu sampai rumah atuk dia, dia akan tukar baju dan tidur sebab sebelah petang pukul 6.30 petang pula ke kelas menggaji. memang agak penatlah jadual dia tapi nak buat macam mana, jika aku tak buat macam tu sampai besar nanti pun tak pandai menggaji.

Bila balik umah..aku baru terasa penat nya ari ni dan semalam. Macam penat tak sudah menguruskan anak-anak sekolah. Belum lagi urusan kat umah lagi. Bila urusan umah dah siap, barulah aku ada masa bertanya tentang persekolahan anak-anak. Macam mana hari pertama di sekolah dan kedua-duanya nampak gembira dan alhamdulillah esok ibu tak yah lah tunggu kat sekolah ye. Ibu hanya anta sampai depan pintu masuk sekolah aje lah. Nanti aku ceritakan pengalaman seminggu di sekolah pula. Nak tengok bagaimana semangat persekolahan mereka. Adakah semakin luntur atau masih berkobar-kobar?.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan