Khamis, 2 Januari 2014

Bila cuti negeri berubah

Bermula tahun 2014, cuti umum bagi seluruh negeri Johor telah bertukar kembali ke hari Jumaat dan Sabtu dan sudah tentu semua pejabat kerajaan akan ditutup pada hari tersebut. Yang untungnya jadi kakitangan kerajaan ni, hari Khamis adalah setengah hari. Untungnya jadi orang gomen ye, sementara bagi syarikat swasta termasuk bank-bank tempatan di negeri Johor masih lagi bercuti pada hari Sabtu dan Ahad termasuk le di syarikat aku bekerja.

Minggu pertama adalah minggu yang agak kelam kabut (chaos) sebab anak-anak yang bersekolah bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu sementara mak ayah cuti pada Sabtu dan Ahad. Kalau aku orang gomen tentu boleh relaks dari hari Khamis sampai Sabtu tapi kerana aku keje swasta, aku lagi penat sebab cuti hanya pada hari Sabtu. Ahad dah sibuk nak hantar anak pergi balik sekolah semula. Nak buat macam mana kan? harapnya situasi ni akan stabil dalam pertengahan tahun ni.

Sebenarnya cuti hari Jumaat memang dah lama diidamkan dari dulu sebab anak-anak tak perlu kelam kabut pergi solat Jumaat dan nak ke sekolah agama dan para pekerja tak perlu keletihan melampau semasa dengar khutbah Jumaat tapi pihak syarikat tak berfikir macam tu walaupun syarikat aku bekerja ni banyak berhubung terus dengan pihak kerajaan negeri. Kesian pada yang terpaksa terkejar-kejar masa dengan orang gomen untuk dapatkan maklumat, kelulusan dan pelbagai urusan rasmi kerajaan lain. KPI dorang pastinya lari dari jadual sebenar. Itulah..ada baik buruknya cuti pada hari Jumaat ni. Kalau semua cuti disamakan lagi senang nak berurusan kan?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan