Isnin, 24 November 2014

Projek Baju Sekolah 2015

Salam semua,

Maaf lambat update status kerana kesibukan tugas harian dan kerja-kerja amal. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah sebab memberikan saya kesempatan utk membantu anak-anak yatim dan asnaf di kawasan saya.

Pada mulanya kunjugan saya ke sebuah sekolah rendah di sini untuk mendapatkan senarai pelajar miskin dan anak yatim untuk tajaan baju raya tahun depan tetapi pihak sekolah meminta agar menaja pakaian sekolah dahulu kerana anak-anak ini memang sangat daif. Kalau nak ikutkan perancangan, saya perlu kaji dulu latar belakang mereka barulah boleh saya setuju atau tidak memasukkan mereka dalam senarai penerima tetapi atas kesuntukan masa, saya setuju sementelah guru-guru di situ lebih memahami kehidupan anak-anak murid mereka. Dengar cerita pun, air mata dah bergenang di kelopak mata. Pada waktu yang sama, sebuah rumah kebajikan anak-anak yatim ni mengharapkan bantuan saya untuk mendapatkan tajaan persekolahan untuk anak-anak tersebut. Terus terang waktu tu saya rasa macam nak tolak sebab saya perlukan waktu tapi saya yakinkan diri, jika rezeki untuk mereka ada, tiada yang mustahil Allah akan mempermudahkan segala urusan. Saya berpegang kepada prinsip itu.

Suara hati itu telah diwar-warkan kepada kawan saya, penaung projek tersebut tapi oleh kerana dia sibuk agaknya, saya mengambil langkah drastik dengan membuat banner sendiri. Saya tahu saya tak ada kepakaran dalam membuat banner yang cantik dan menarik tapi apa yang penting kempen perlu dilancarkan dan duit perlu dikumpul kerana hanya sebulan sahaja dari tarikh dilancarkan untuk mengumpul dana tersebut. Dari hanya 61 orang anak yatim dan asnaf menjadi 63 orang kesemuanya kerana 2 daripadanya dimasukkan last minute oleh guru-guru. 


Semua gambar yang dipaparkan adalah bakal para penerima projek baju sekolah ini. Pada masa yang sama saya juga memberikan tuisyen percuma untuk rumah kebajikan anak-anak yatim Ar-Rayyan. Itu akan saya updatekan di lain cerita.

Alhamdulillah, sambutan setakat ini amat mengalakkan dan insyaallah berkat doa dan sumbangan anda semua akan saya salurkan kepada mereka. Terima berita gembira juga pagi tadi. Insyaallah. Ada kemungkinan bukan setakat bakal menikmati harga yang rendah dari pasaran malah berkemungkinan lengkap dengan set peralatan persekolahan. Malah ada pihak yang sanggup nak menampung kos sekiranya tidak mencukupi. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hati saya ini. Terbayang wajah gembira mereka saat menerima hadiah tersebut. 

Untuk keterangan lebih lanjut tentang status terkini program di atas, bolehlah menjenguk dalam fb di bawah title 'Projek Baju Sekolah 2015 Untuk Anak-Anak Yatim dan Asnaf '.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan